Travelogue : Trip To Bandung Part 5 : Gedung Sate & Garcia Spa

by - November 28, 2015

Date: October 24th 2015


Jom sambung cerita di Bandung. Tak pandai habis pulak kan hiks. Tapi untuk hari keempat ni kami cuma berjalan sekitar bandar je. Shopping lagi. Sebab on previous day tak sempat shopping sangat. My friends yang memang berabis shopping hahaks. Kami shopping area Cihampelas Walk je. Senang dan mudah sebab sepanjang jalan ada outlet. Tak singgah pasar baru sebab tak sempat. 

Dah puas shopping beli ole-ole apa semua, aunty maria actually dari hari sebelumnya dah mention pasal gedung sate. So petang tu kami berkesempatan pergi ke gedung sate. Yang kelakarnya aku ingat gedung sate ni tempat orang jual sate dan makan sate hahahaa. Rupanya fikiran aku meleset jauh sekali. Its actually a governor's office. Hiks. 
trip ke bandung, gedung sate
Kat sini tak ambil gambar sangat sebab ramai orang. Tapi bangunan ni cantik sebab banyak lampu. Nampak tak sate atas bumbung tu? Disebabkan benda tu macam sate lah tempat ni dipanggil gedung sate. Kalau nak makan silakannnn tapi beware takut kena kejar orang sana sebab kau dah curik sate besar mereka :D 

Settle berjalan cuci mata kat sini, kami pergi borong kerepek kat satu tempat ni aku dah lupa nama dia. Sekotak besar kawan aku beli kerepek tau. Aku tak beli banyak sebab kalau aku beli pun memang tak banyak yang makan. Tsk. Dah selesai beli kerepek, kami terus balik direct ke hotel around pukul 8 macam tu.

Next plan Rio bawak pergi mandi hotspring. To be honest aku tak pernah mandi dalam kolam air panas especially awal pagi! Around pukul 10 macam tu aku dengan Mea macam biasa tunggu punya tunggu mamat dua orang ni sampailah pukul 11 malam. Dorang ni memang time keluar tengah malam agaknya hahaha. Macam the previous day, Rio dengan Mia, and aku dengan Avin. Garcia Spa ni located bawah sikit dari area tangkuban perahu. Means atas bukit macam tu lah tempatnya hahaha. Area Lembang which is around one hour away from Bandung. Memang kerja gila. Perjalanan ke Lembang ni berjuta kali ganda sejuk gila daripada perjalanan ke Bukit Moko. Serious sejuk yang teramat! It was my first time experience macam tu okay. Kalau pakai kereta maybe boleh dimaafkan. Tapi ni redah pakai scooter je memang angin kaw kaw gila. 
trip ke bandung, garcia spa
Haa gambar kat atas ni adalah Garcia Spa. Kami sampai dalam pukul 12 pagi macam tu. Ingatkan tak ada orang. Rupanya ramai betul manusia walaupun pukul 12 pagi!! Ada maybe tiga empat buah kolam depend on temperature agaknya. Kami berendam dalam kolam yang sedang panasnya. Tapi seriously aku rasa macam tak guna je berendam dalam hotspring tu. Kami berendam sampai pukul 1 pagi. For your info kat sini memang ramai orang ok. Yang gambar kat atas ni nampak macam tak ramai orang sebab tu bukan kolam untuk manusia. Tu kolam ikan!! x'D 

Dah puas bersiram, mandi manda hahahaa, kami TAK berbikini okay hahaha. Kami pakai tshirt. Dah settle berendam, keluar je dari kolam tu ya tuhannnn, sejuk gila!!!!! Aku memang off terus. Langsung tak boleh bercakap sebab gigi aku dah terketaq ketaq dah nak cakap macam manaaaaa. Huwa dalam tu kemain je panas. Sekali keluar waduh sejuk sekali yaach. But memang best kot sebab once in a life time kan buat kerja gila macam ni hahaha. Memang enjoy jugak lah. Hiks.

Kalau you guys ke bandung, do come to this place dalam pukul 12 pagi macam tu. You will be surprised with so many people dari tua ke muda semua ada x'D Affordable ok masuk sini. I paid for four of us tapi tak ingat berapa. But memang affordable :D Till here then! 

x

You May Also Like

2 comments

  1. Masa baca tajuk je memang ingatkan gedung sate tu tempat orang jual sate. lol

    ReplyDelete