Travelogue : Trip To Bandung Part 6 : The Last Day

by - November 29, 2015

Date: October 25th 2015

This is the very last part untuk post trip to Bandung. Untuk tarikh ni kami pergi ke tiga tempat. Jauh jugak perjalanan untuk hari tu. Dalam sejam macam tu untuk sampai ke destinasi. And our first destination is Taman Hutan Raya. Kat sini macam macam ada tau. More to forest and gua. Memang penat jugak lah sebab kena turun naik tangga. Hiks. 

trip ke bandung, bajet trip
trip ke bandung, bajet trip
Jauh jugak kena jalan kaki. Dahlah panas gila. Sabo jelah. Kami tak pergi semua tempat. Ada masuk certain gua je. Ingatkan nak pergi atas sikit dekat puncak bukit keraton aka keraton cliff tapi tempat tu kena tutup for a while. Rugi tak sempat ke sana sebab tengok dalam google view macam cantik je. Masa kat sini kami ditemani uncle iwan je. Aunty maria tak sanggup nak naik tangga time balik so dia tunggu luar aje hihihi. 

Next destination kami is floating market. Sebenarnya tak ada dalam iti pun nak kesana. Tapi uncle iwan dah bawak so kami ikut je. Tempat memang cantik tapi panas gila. Disebabkan panas gila dan silau, mata aku yang kecik ni pun makin sepet dah macam tak mampu nak terbuka luas je. Mood terus kelaut. Nak snap gambar pun takde mood. End up jalan jalan macam tu je dengan muka masam. Tapi tetap tersempat jugak snap gambar lah :D

trip ke bandung, bajet trip
trip ke bandung, bajet trip
trip ke bandung, bajet trip
trip ke bandung, bajet trip
Maafkan gambar kaki beta hahaks. Masa tu dah penat berjalan dah bosan takde kerja haa macam tu lah jadinya. Hiks. Macam macam makanan ada kat sana. Pau mereka comel comel belaka sebab bentuk kartun. Kreatif! Kalau ke sini mohon pakai sunblock dengan bawak payung. Panas okay huhuhu.

Next destination kami adalah Dusun Bambu. That day ada page yang post tempat tu so kami pun eksaited la nak ke sana walaupun banyak kali direject oleh uncle iwan hihihi. Dalam gambar memang cantik. Pergi sana pun memang cantik jugak but sadly its too crowded :( Susah nak ambik gambar lahhhh.

trip ke bandung, bajet trip, dusun bambu
trip ke bandung, bajet trip, dusun bambu
trip ke bandung, dusun bambu
trip ke bandung, dusun bambu
trip ke bandung, dusun bambu
trip ke bandung, dusun bambu
Dusun bambu ni pondok dia tu macam sarang burung. Yang bulat bulat tu sebenarnya tempat makan. Ada their own shop. Taklah tinggi sangat pun. Tapi sepanjang aku kat atas tu tapak kaki dengan tapak aku memang berpeluh habis. Gayat yang teramat. Pehh. Sini memang crowded gila. Nak ambil gambar pun ada je makhluk tuhan photobomb kat belakang hahaha. Ada sawah padi jugakk. Aku berjalan atas benda alah tu pun keluar peluh jantan gak. Alahai penakut betul x'D Aku takut jalan tu tak mampu nak menahan makhluk terlebih muatan ini hahahaa. 

Last but not least before went back to hotel, kami sempat singgah ke Rumah Miring. Kedai ni terletak kat area bukit macam tu. Boleh dapat view macam kat bukit moko. Tapi sini lagi kerennnn dong. Recommended! Especially untuk orang yang nak berdeting hahahaa. Romantik gila tempat. Tak ada gambar sebab gelap sikit suasana kat sana. Guna dim light. Yang nampak time ambik gambar cuma cahaya lampu je. Tsk nanti next time aku cari kamera yang boleh snap dalam gelap x'D Makanan kat rumah miring ni pun quite good jugak. Dap dap :D 

Selesai makan we went back to hotel. Sedih nak tinggalkan bandung sebab we were surrounded by kind and funny people kat sana hiks. Sporting walaupun tak sama umur ngiahaha. The next day aunty maria sent us to airport. Awal pagi dah gerak dalam pukul 7. Sekali tengok flight kami delay til 12PM. Disebabkan flight delay, tiket bas ke cameron petang tu pun burn sebab tak sempat catch up. 

Not all those who wander are lost. I will definitely go for solo trip again next time! :D It makes us to be independent okay hiks. Till here then! 

x

You May Also Like

4 comments

  1. wow.. seronoknya.. roughly, berapa kos ke sana? kena bawak kipas elektrik yg kecik la kalau ke sana..

    ReplyDelete
  2. cantik jugak tempatnya. selama ni mcm pndg rendah sikit huhu

    ReplyDelete
  3. Wahhhh dusun bambu macam best.... Hehe

    ReplyDelete
  4. Plan pergi next year. Insyaallah! Hehe

    ReplyDelete