Chasing Winter

chasing dreams

I have decided to have a winter trip this year yeay! Insyaallah kalau tak ada halangan, aku pasti akan teruskan rancangan aku. Semuanya disebabkan perasaan nak bergulingan atas hamparan salji hihihi. Tiket aku belum beli lagi. Tapi aku dah mula buat travel itinerary. Just in case ada tiket murah kan, boleh grab terus. At least tak gelabah sangat bila benda lain dah settle. Sebab kita tahu kita memang confirm nak ke sana. 

Total budget untuk trip kali ini aku prepare dalam dua ribu include flight tickets. But aku rasa tak sampai pun dua ribu. I will go with my 3 friends so we will share bayar yang benda keperluan macam hotel dan transport. Makanan pulak kami akan bawak bekal masing-masing untuk lebih jimat. At least tak jugak gunakan banyak budget untuk makanan. Dan tak jugak kebuluran hahaks. Insyallah kalau jadi pergi, aku akan catat semua benda from a to z. Biar senang buat superb travelogue. 

Im not gonna tell the destination yet. (but i think its too obvious hahah) But I plan to go on December. So far aku dah buat research tentang tempat tu. Kalau musim sejuk, siang akan jadi cepat gelap. Tapi tak apa. Bukan selalu boleh ada winter trip kan? 

Starting this month, kami 4 akan collect RM100 sorang until bulan 11. Dan duit tu adalah untuk hotel dan transport etc. Barulah fair and square. Since aku kepala bas untuk trip ni, responsibility aku banyak. I have to make travel itinerary, buy flight tickets and manage benda lain. Kawan aku semua serahkan kat aku since mereka cakap aku yang tahu banyak benda hahaha. Nasib baik travel dengan aku tau. Kalau travel dengan orang lain, memang kena reject okay :P Benda yang paling aku nak tekankan kat sini, travel at your own risk. Bukan tanggungjawab aku kalau ada apa-apa terjadi contohnya macam kena marah mak sebab travel jauh ke huhuhu. Well, aku tak apa sebab abah aku memang suruh aku pegi travel. Dorang plan nak ke australia tahun ni. Aku cakap aku nak ikut abah aku tak kasi pulak. Dia cakap aku dah besar dah boleh travel sendiri huhuhu.  

Semuanya aku akan sedia awal. Tapi orang selalu cakap, kita hanya mampu merancang aje. But jenis aku, kalau aku cakap aku nak A, aku mesti dapat A no matter what ahhahaah! So this trip will definitely going to happen. Unless betul betul ada benda yang tak dapat nak dielakkan. Maka berhuhuhuhulah kita dan mereput di rumah x'D

Till here then. Toddles ~ 

Where To Travel This Year?

where to travel


I am actually planning to go to Seoul with my friends. My target for this year is to chase the fresh winter. But I know its hard to predict when is the snow going to fall. So I've been reading some information about the activities that we can do in Korea during winter. But sadly, I kinda dislike it. I mean, its more to indoor activities rather than the outdoor one. Terus patah hati sobs. I wanna see the nature more okay. Plus the day will be shorter since hari cepat gelap kalau musim winter. Alahai. 

Where else to go? Tempat mana yang ada salji berpanjangan? I only know Switzerland je yang ada salji banyak even though its not a winter season hehehe! But damn yeah I'm on tight budget so its a no no not yet to travel sampai ke sana. 

Why do I choose winter season? Well, al-maklumlahhh kita ni kan tak pernah lagi tengok salji. So teringin la nak pegang nak main nak bergulingan atas hamparan salji tu huhuhu. Or should I just wait till I get enough budget then go to Europe? Walaoehhh :DDD Forever dreams tu! 

But seriously, last year dah travel ke Bandung & Bangkok. Actually my parents will maybe go to Australia on July. I want to follow them but my dad said I should travel alone rather than following him sobs ok sobs. I've grown up, I'm a big girl now so I need to travel alone he said. Well the great thing is he's giving me a greenlight to travel alone or with friends. Haaa jangan nangis ye apai kalau I travel ke Europe muahahaha :P But of course with my own money lahh. Impian aku memang nak jejakkan kaki ke sana. Insyallah soon. Doakan aku murah rezeki okay :D 

Huwaa patutkah aku ke Maldives? Hahahaha!! Atau ke Bali? Hmm hmm bingung nak decide ke mana. Padahal bajet tak banyak mana pun. Cukup cukup pun sebab aku ikut backpacker style. Hiks. Sapa, Vietnam now ada salji. Tapi mungkin tak lama. Aku nak tempat yang aku boleh layan musim bunga atau musim luruh tapi ada fresh salji hahahaha ok demand maaf aku gurau je uhuks. 

My biggest dream adalah untuk travel lama sikit. From one to another countries dan boleh rasa semua musim. If you were born wanderlust, maybe we can be travel buddies dengan syarat certain rules kena lulus dulu. Contohnya, aku ni morning person. Kalau kau jenis bangun lambat memang aku reject terus lahh ahahhaa. Demi kepentingan travel okayyy x'D 

Sooooo... Kemanakah kita tahun ni??!! Hope boleh dapat suggestion yang best x'D Negara Asia je okayyy. Tak mampu nak ke Europe x'D

x

Recipe : Cauliflower Goreng Kampung

Have you ever tried cooking cauliflower goreng kampung? Heheh! Its actually an atkins diet menu that they substitute the rice to veggies. Texture that almost similar to rice. Warna pun putih. It was my first time trying to cook it. I took the recipe from google! Easy peasy je :D

cara buat nasi atkins
Nampak sedap or tak?


Kurang warna warni pulak dalam makanan ni kan. Sebenanrnya aku lupa letak sayur hijau. Nak letak bayam tapi bayam dah habis. Hews. Abaikan ikan bilis yang agak rentung tu hahaha. Walaupun tak berapa nak rentung, but hakikatnya ikan bilis tu pahit. But still it tastes better bila makan dengan cauliflower goreng kampung tu. Soooo, lets cekidaut the recipe! 

Bahan - Bahan :
✿ cauliflower depend berapa banyak (blend kasar/sagat)
✿ bawang merah
✿ bawang putih
✿ cili padi
✿ belacan (sikit je)
✿ telur
✿ isi ayam (potong dadu ke bulat ke segitiga ke pun bole)

Cara - Cara : 
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan.
2. Panas minyak dan tumis bahan yang ditumbuk.
3. Masukkan isi ayam dan tumis sampai masak.
4. Pecah telur dan kacau bagi rata.
5. Masukkan kesemua cauliflower yang dah kena blend.
6. Bagi perasa dan gaul sebati. Then dah siap boleh makan terus!
7. Nak rasa sedap sikit boleh makan dengan ikan bilis :D

Haa senang je kan? Tutup mata pun boleh buat :D Minggu ni sebenarnya aku cuba nak buat atkins diet. Tiap pagi aku makan telur. Telur putih je. Kuning aku buang. But sadly bila dah tengahhari aku kecundang juaaaa. Huaa. Atkins diet ni tak boleh ambik carbs lebih dari 20g sehari. Aku minum susu anlene tiap hari. Satu kotak anlene dah 10g carbs tskkk. Lagi 10g tinggal so aku kena hati hati supaya tak overdose. Insyaallah hari isnin start lagi. Mudahan aku cekal dan tabah untuk katakan tidak pada makanan hiks. :D

x

Travelogue : Trip To Cameron Highland

I went here with my friend right after our trip to Bandung. We were supposed to go to CH on October 26th, 2015 at 530PM. I bought the bus tickets online and it was the very last bus for the day. I thought it was going to go well but unfortunately, our flight from Bandung to KL was delayed. It supposed to be a morning flight but AA rescheduled it to afternoon. Sobs. We missed our bus. Sampai KLIA around 4PM something rasanya. But yeah, tunggu luggage dah sekian, then masa sibuk cari luggage within the crowded, aku dengan kawan aku terpisah pulak. Aku nak call dia but sadly dia tak ada simcard sebab simcard dia hilang. Then nak kejar transport lagi nak cari terminal bas lagi phew. Lastnya ticket burned bebeh. Huhuhu. 

Aku memang dah nak cancel plan masa tu. But my friend insisted to go. So the next day we bought new tickets and gerak ke CH. Around pukul 2PM sampai. Sampai je terus cari hotel yang aku dah booked through agoda website. Masuk bilik terus landing hahaa. After few minutes keluar cari makan. Dah cari makan kami jalan jalan. Actually we had no idea where to go. Both first time datang sana. Tanya orang kat sana kalau kalau ada attraction places yang buka but sadly semua dah tutup. Sebab dah lewat kot. So we decided jalan kaki ke sana sini lols. 

trip ke cameron highland
Kami jalan lurus je hahaks. Entah apa ada sana kami pun taktau masa tu.
trip ke cameron highland
Then terjumpalah Robinson Falls ni. Jujur aku seram sebab rasanya kami dua je kat sini masa tu. Krik krik.

trip ke cameron highland
Selesai lawat Robinson Falls, kami jalan lurus je lagi. And end up ke rumah mayat hahaks. Seram hokay lols.

Masa jalan jalan kat sana, we met two guy travelers yang muncul entah dari mana yang pasti dari arah yang kami nak tuju. Lepas hiking katanya. So we greeted them and tanya, apa yang ada kat hujung jalan sana. Hahah nampak tak kelakarnya? Padahal orang malaysia tapi pi tanya foreign tourists pasal tempat tu. Dorang siap bukak map dalam phone lagi!! Mesti dalam hati dorang dah menyumpah kan huhuhuhu.

The next day kami follow short trip ke certain tempat kat sana. Lawat kebun teh, mossy forest and pergi ke puncak gunung brinchang! 

trip ke cameron highland

trip ke cameron highland

trip ke cameron highland
I refused to panjat the tower ok. But for the sake of amazing view, I dare myself to climb the steep stairs of the tower. Bukan apa, my fear of height is not a joke! Memang gayat gila vavun lahh. It worth it!! Memang view cantik. It was so cold kat sana and angin pun kuat. Nasib baik tak terbang hengpong aku. Huhuhu. After the trips baru aku sedar yang aku adalah nature lover sebenarnya hahaks. I have this special connection between nature. Chewahh. But yes, I do love nature! 

The night before yang kami jalan jalan tu, we stopped by this one shop that sells handmade leather stuffs. Aku suka leather. Suka sangat. So aku pun stop sana nak tengok dia buat pouch. Uncle tu friendly. Nak jugak layan kami dua yang bertenggek kat kedai dia for few minutes. Hiks. 

trip ke cameron highland
Ni stall Uncle Gil tu. Hmm aku tak pasti tu nama dia atau tak huhuhu. 
trip ke cameron highland
Feel lucky sebab kami dapat gift dari uncle tu. Dia bagi keychain siap buat nama lagi x'D
It was a short and nice trip jugaklah walaupun tak sempat cover tempat lain. 27/10 datang sana, 28/10 dah balik sebab tiket balik memang aku dah beli awal kat internet. Huhuhu. Btw, aku stay kat CH Traveler Inn. Sakai sebab bilik sana tak ada aircond tak ada kipas hahaha. Tapi kat sana memang sejuk lah. Syukur yang malam tu hujan so tak terasa panas huhuhu. 

Bajet tak banyak keluar pun. No worries sebab affordable jugak hiks. Cuma aku agak kecut dengan perjalanan dari KL ke Cameron ni. Jalan kecik je. Tempat tinggi pulak tu. Huhuhu. 

Till here then! Toddles~

Recipe : Ayam Percik

Hari ni main masak masak. Konon nak berdiet. Tapi tak tertahan godaan ayam percik buatan sendiri. Hahaks. It was my second try buat ayam percik. Dulu ikut resipi chefwan. Tadi ikut resipi yang dikutip dari google. Mudah je nak masak sekarang. Google je resipi terus macam macam yang keluar. Kalau ada yang tak pandai masak lagi tu aku tak tau lah. Kemalasan tahap apa tu? Hihihi.

cara buat ayam percik
ayam percik style aku yang umphhh :P

Well aku tau tak nampak macam ayam percik. Kawan aku cakap macam rendang ayam. But seriously itu ayam percik okay!! Terlebih apa entah sebab aku main campak je bahan yang ada. Kenapa tak jadi kuah putih ye? Dah macam tempoyak pun ada aku tengok. Insyallah esok aku akan cuba lagi sebab ada request dari big boss yang nak makan hihihi. 

Nowww.. Lets cekidaut the recipes! 

Bahan - Bahan :

✿ 2 Ketul Paha Ayam
✿ 1 Kotak Santan (guna separuh atau main agak je)
✿ Bawang Merah
✿ Halia (tak perlu banyak kot sebab aku letak sikit je)
✿ Kunyit Hidup (pun letak sikit je)
✿ Serai
✿ Cili Padi (letak banyak kalau nak pedas)
✿ Cili Boh (sesudu pun cukup)
✿ Buah Keras (taktau apa fungsi benda ni tapi aku letak 2 biji)

Kesemua bahan di atas di blend sekaligus okay. As you can see, aku tak letak berapa banyak bahan tu sebab aku main agak main campak ikut suka hati je hehehee. Yang penting kena konfiden!

Cara - Cara :

1. Panaskan sedikit minyak dan campak serai dan tumis sampai naik bau.
2. Tuang kesemua bahan yang dikisar dan masak sampai pecah minyak.
3. Letak asam keping 2 keping dan keluarkan lepas beberapa minit.
4. Seasoning (garam, gula & ajinomoto. aku letak lada hitam sikit.)
5. Campak ayam dan gaul rata. Biarkan sampai ayam masak atau half cooked.
6. Letak ayam dalam dulang dan bakar dalam oven. (sampai hangus sikit pun bole :P)
7. Lebihan kuah boleh masak sampai pekat.
8. Once ayam dah masak, tuang kuah as kuah ayam lols x'D *ape niiii

Ayam dah masak dah siap sesi photography then boleh lah dimakan dan dilahap sampai licin. Hew. Actually masa aku bakar ayam tu tadi aku nak ayam tu hangus sikit. Tapi lama aku tunggu tak pandai hangus pulak. So end up dah garing sikit aku keluarkan dari oven, garnish guna daun sup yang dah layu, sesi photography jap then terus ngappp. Diet pun hancus. Huhuhuu.

resepi ayam percik
Sedap walaupun resipi mudah je. Hiks. Cooking skill level up satu bar x'D

Till here then! Enjoy cooking and toddles! ~

x

Travelogue : Family Trip To Singapore

Singapore is the first place that I have been yang bukan dalam Malaysia. I went there in 2013 with my family. Actually we stayed in Johor and went to Singapore by bus. Balik hari. Since Singapore punya currency is quite expensive, so we decided not to stay there. Lagipun masa perjalanan pun tak lama sangat. We woke up early just to catch the bus. But since orang bekerja pun ramai, thats why agak crowded sikit lah. But for the sake of seeing new place kena lah sacrifice sikit kan heheh!

Masa ni baru nak berjinak dengan travel. Less research so we end up jalan sekitar bandar je. Perasaan masa tu memang eksaited nak tengok tempat orang je. Takde sibuk nak buat route ke apa tah so that boleh cover banyak tempat. Tapi dulu mana tahu apa-apa kan. Kalau pegi Singapore, means Singapore jelah. Padahal kalau buat research awal boleh cover tempat lain jugak huhu. 

So the first place yang kami lawat once dah menapak kat Singapore, we directly went to Universal Studio. Macam sakai duhh. Masa ni pun skill photography macam hare. Memang takde bakat ambik gambar betol lah hahaha! 

trip ke singapore
trip ke singapore
trip ke singapore
Teringin nak main ni tapi ayah tak kasi wuuuu
trip ke singapore
trip ke singapore
trip ke singapore
trip ke singapore
trip ke singapore
Entah apa je kan gambar aku snap hahaks. Takpelah. Janji ada untuk kenangan. :D
trip ke singapore
Meet Merlion! Creature berkepala singa dan berbadan ikan. Comel gitewww!
For one day kami cuma pergi area sini je. Jalan jalan melepak etc huhuhu.

The next day kami pergi area Marina Bay. Jalan tengok building :D

trip ke singapore
trip ke singapore
trip ke singapore
trip ke singapore
trip ke singapore
trip ke singapore
trip ke singapore
trip ke singapore
trip ke singapore
trip ke singapore
ArtScience Museum & Marina Bay Sands Hotel 
I was addicted taking photos of the building. Itu je yang menarik. Nak snap gambar nature tak ada pulak hehehee. I wish we could stay one night there tapi tak berkesempatan pulak. Sebabnyaaaa.. Aku nak tengok Garden By The Bay kat sana. Cantik woooo.

garden by the bay
Gambar Google
Sayang tak sempat nak ke sana. Insyaallah next time will do :D I am super excited when it comes to travel thingy. Siapa tak suka travel and explore tempat baru kan? Hiks.

Till here then. Toddles! ~

x

Travelogue : Family Trip To Bangkok

I went to Bangkok with my family on last July. I don't remember for how many days we were there but I think its around 6 to 7 days. Yeah, almost one week. It was my first time, our first time went to non-muslim country. We didn't really prepared anything for the trip especially foods. (I wish I joined BBM group earlier so we don't have a mess trip heheh!) Guess what, its freaking hard to find halal foods in Bangkok. Ada memang ada. But since it was our first time and we didn't make careful research for the places, so our trip tunggang langgang. 

We stayed at Berkeley Hotel dekat area Pratunam. The hotel is great and kalau malam memang kat situ ada night market. So boleh shopping pakai baju tido hehehe! Makanan? Well, halal foods area situ memang tak ada. You need to ride tuk-tuk to take you to places yang ada halal foods. Around few minutes macam tu. Tapi kalau jalan kaki memang jauh. Sobs. We did bring a box of food. Tapi tak cukup ler pulak. Bawak maggi 2 bungkus 2 hari dah habis. Sebab kami ada 7 orang. Semua pun dobon piranha king kong kuat makan hahaha! 

trip ke bangkok
Welcome to Bangkok! :D
trip ke bangkok
Kabel dorang memang acani agaknya :P
trip ke bangkok
Half of Bangkok city <3
trip ke bangkok
Erawan Shrine. Tempat yang kena bom haritu. Im super glad we went here before kes bom tu berlaku. 
trip ke bangkok
Khlong Saen Saeb river.
trip ke bangkok
Tuk tuk thailand. Dorang bawak ni mcm nak racing je. Sabo jelah. 
Kami sekadar berjalan sekitar bandar aje. Keluar masuk shopping mall. Kalau travel dengan ayah, he loves to go to shopping malls and window shopping je. Aku pun tak faham hahaks. Ikut jelahh. Kalau nampak yang murah and bagus, shopping lahh. Hiks. Currency masa pegi sini haritu boleh dikatakan okay jugak lah. But kalau makanan, since halal foods is rare, ada agak sedikit mahal. Mostly makanan halal is indian foods. Price tak payah cakap lah. Nasi je pun dah berbelas ringgit. Phew. Untuk beberapa hari kat sana kami cuma makan bread and sardin tin je. Even maggi pun tak ada yang halal. Aku rekomen Yana Restaurant kat dalam MBK Mall. Worth jugak lah. But yang aku tak suka, all their foods semua ada daun ketumbar. Uweks tak sedap kalau tergigit daun tu huhuhu. 

Kami duduk kat Berkeley hotel 3 hari rasanya. Then we moved to Golden Tulip Madison Suites. Ni aku memang tak rekomen unless korang nak chill dalam hotel je. Jauh lah!! Adik dengan ayah aku yang pilih hotel ni. Baik stay kat Berkeley terus. Huhuhu. Less research macam ni lah jadinyaaaa. Tapi hotel dia memang cantik jugak. Cuma jauh ke dalam dari jalan besar huhuhu.

trip ke bangkok
Swimming pool Golden Tulip. Sempat jugak jadi ikan duyung kat sini. Hahaks. 
trip ke bangkok
Hmm gtfo? Get The F*ck Off? Lols #mudahterhibur
Aku tak banyak ambil gambar sebab dulu tak terfikir nak buat travelogue. Ada pun gambar senget sana sini, terpotong lah, entah apa lah hahaha. Memang hare betol lahh. Menyesal tak snap gambar cantik cantik >.<

Area sini pun susah nak cari kedai makan. Sobs. Ada satu malam tu aku dengan kakak aku went out to find foods. Cari punya cari cuma ada kedai makanan india je. Dahlah mahal gila vavi. (Sebab masa tu tak ada bawa cash banyak sobs). Lastnya collect duit between us (parent tak tau yang kami keluar carik makan huhuuhu sebab taknak bagitau dorang yang kami laparrrr hahaha). Oh we stayed in different rooms sebab kalau satu bilik memang tak muat lahh.

trip ke bangkok
Ni je kami mampu beli hahah. Mee goreng dengan mee singapore ke apa aku pun tak tau. Tak sedap ok x'D
Tu beli kat kedai india. Hmm tasteless tak sedap tapi gagahkan diri juga makan. Kalau cerewet memang kelaparan lah huhuhu.

Other than jalan sekitar bandar, kami ada pergi floating market jugak. Dalam 1 hour 30 mins away from Bangkok rasanya. Kalau kat city tu kami jalan jalan ke Siam Paragon, MBK Mall, Platinum, Central World, Siam Square dan bergambar dengan patung lilin kat Madame Tussauds. 

trip ke bangkok
Floating Market Bangkok
trip ke bangkok
trip ke bangkok
trip ke bangkok
trip ke bangkok
A must try. Ada kacang lagi sedap. Tapi pulut tu aku kasi ikan dalam sungai makan huhuhu.
Aku kecewa sangat sebab aku tak sempat tengok makanan eksotik kat sana. Benda tu yang aku paling teringin nak tengok. Cengkerik goreng, kala jengking panggang and so on lah. Sadly aku tak jumpa satu pun wuuuu. But so far, syukur sebab dibagi peluang jejakkan kaki ke negara orang. Thank to my dad yang dah bawak kami ke sini. Insyaallah aku lagi yang akan bawak dorang jalan jalan.

Those yang nak ke sini dan nak jimat duit, better bawak bekal banyak banyak!! Hehehe!

Happy reading and toddles! ~

“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Assalamualaikum

new year giveaway by izyan athirah
Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016


NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI
 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)