Al-Fatihah To Grandpa :(

by - January 09, 2016

Last Thursday I went back to my village after my mom told me that my beloved grandpa passed away. Sedih sebab tak sempat nak tengok dia untuk kali terakhir. He was the best grandpa I ever had. Ive grown up with him and my grandma. Dulu masa kecik aku yang paling lama dijaga oleh mereka. So I have the most precious memories with them. Tiap kali cuti sekolah mesti aku akan balik kampung. But after habis sekolah, aku jarang balik kampung sebab masa aku di kolej tu aku tak ada cuti panjang. T__T

every soul shall taste death
Al-Fatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aku rindu :'(

He passed away sebab sakit tua. Last time I saw him he was quite sihat but he was senile. He didn't remember me anymore. Nenek perempuan aku bagitahu dia yang aku ni cucu dia and she mentioned my name. Atok aku ingat. But tak sampai beberapa minit dia lupa balik. Sobs. Sedih aku sedih lahhh. Ever since I was kid aku taknak benda ni berlaku. Tapi apakan daya, every soul shall taste death. To allah we belong, indeed to allah we will return. 

Aku balik hometown siang tadi. Sebelum gerak kami terpaksa tunggu uncle then baru boleh jalan. Masa tu tengah duduk kat ruang tamu, nenek aku tengah kemas baju atok sambil nangis nangis. Aku pun ikut nangis. Sumpah sebak. Aku nak peluk dia tapi... Aku tak sanggup lah.. So aku just stay duduk dan nangis senyap senyap je.. Then dia pergi cabut gambar atok aku kat dinding dan simpan dalam almari. Ya Tuhannnn, sedihnyaaa. Sedangkan aku yang cucu ni pun terasa kehilangan, apatah lagi nenek aku yang kehilangan suami. T__T 

Masa dalam perjalanan tadi, usu aku bagitau yang atok aku pernah tunggu aku balik raya. Then dia merajuk taknak pasang pelita. I was like... What?! Kenapa takde orang bagitau aku?! Now I feel sangat sangat guilty okay :( 3 tahun aku tak sambut raya sebab ikut parents travel. Kalau aku tau memang aku balik kampung. Tapi sekarang semua dah terlambat. That feeling tho... :'(( 

treasure rings
He gave me these rings before he went senile. Cincin ni dia beli masa pergi Mekah haritu. Its obvious yang cincin ni cincin lelaki. Instead of giving it to my brother, dia bagi kat aku. Aku simpan je benda ni. Siap ada kain lagi kat situ hihihi. Mungkin sebab cincin ni besar kot kat jari atok aku. Tiap kali kalau balik kampung, mesti atok aku akan belanja aku sorang je walaupun cucu dia ada 10 orang hahaha. Nampak sangat yang aku paling dia sayang :'P 

Rindu. Itu je yang aku mampu sebut bila teringat dia. Aku je yang penah ikut dia bonceng motor pergi kedai beli lauk pauk, beli keropok apa semua. Then kalau petang hari aku je yang rajin pergi kebun dengan dia. Tolong dia bakar daun kering apa semua. Siap pakai boot getah lagi tu hahaks. I just miss everything okay. Everything. :'(

sibu sarawak


Suasana rumah kampung tak sama lagi lepas ketiadaan atok. I just cannot imagined kalau nenek aku pulak yang takde sobs. Semoga allah panjangkan umur dia. Insyaallah tahun ni aku akan raya kat kampung. :') 

x

You May Also Like

2 comments