Recipe : Ayam Percik

by - January 11, 2016



Hari ni main masak masak. Konon nak berdiet. Tapi tak tertahan godaan ayam percik buatan sendiri. Hahaks. It was my second try buat ayam percik. Dulu ikut resipi chefwan. Tadi ikut resipi yang dikutip dari google. Mudah je nak masak sekarang. Google je resipi terus macam macam yang keluar. Kalau ada yang tak pandai masak lagi tu aku tak tau lah. Kemalasan tahap apa tu? Hihihi.

cara buat ayam percik
ayam percik style aku yang umphhh :P

Well aku tau tak nampak macam ayam percik. Kawan aku cakap macam rendang ayam. But seriously itu ayam percik okay!! Terlebih apa entah sebab aku main campak je bahan yang ada. Kenapa tak jadi kuah putih ye? Dah macam tempoyak pun ada aku tengok. Insyallah esok aku akan cuba lagi sebab ada request dari big boss yang nak makan hihihi. 

Nowww.. Lets cekidaut the recipes! 

Bahan - Bahan :

✿ 2 Ketul Paha Ayam
✿ 1 Kotak Santan (guna separuh atau main agak je)
✿ Bawang Merah
✿ Halia (tak perlu banyak kot sebab aku letak sikit je)
✿ Kunyit Hidup (pun letak sikit je)
✿ Serai
✿ Cili Padi (letak banyak kalau nak pedas)
✿ Cili Boh (sesudu pun cukup)
✿ Buah Keras (taktau apa fungsi benda ni tapi aku letak 2 biji)

Kesemua bahan di atas di blend sekaligus okay. As you can see, aku tak letak berapa banyak bahan tu sebab aku main agak main campak ikut suka hati je hehehee. Yang penting kena konfiden!

Cara - Cara :

1. Panaskan sedikit minyak dan campak serai dan tumis sampai naik bau.
2. Tuang kesemua bahan yang dikisar dan masak sampai pecah minyak.
3. Letak asam keping 2 keping dan keluarkan lepas beberapa minit.
4. Seasoning (garam, gula & ajinomoto. aku letak lada hitam sikit.)
5. Campak ayam dan gaul rata. Biarkan sampai ayam masak atau half cooked.
6. Letak ayam dalam dulang dan bakar dalam oven. (sampai hangus sikit pun bole :P)
7. Lebihan kuah boleh masak sampai pekat.
8. Once ayam dah masak, tuang kuah as kuah ayam lols x'D *ape niiii

Ayam dah masak dah siap sesi photography then boleh lah dimakan dan dilahap sampai licin. Hew. Actually masa aku bakar ayam tu tadi aku nak ayam tu hangus sikit. Tapi lama aku tunggu tak pandai hangus pulak. So end up dah garing sikit aku keluarkan dari oven, garnish guna daun sup yang dah layu, sesi photography jap then terus ngappp. Diet pun hancus. Huhuhuu.

resepi ayam percik
Sedap walaupun resipi mudah je. Hiks. Cooking skill level up satu bar x'D

Till here then! Enjoy cooking and toddles! ~

x

You May Also Like

4 comments

  1. "Kalau ada yang tak pandai masak lagi tu aku tak tau lah. Kemalasan tahap apa tu? Hihihi."
    Hoi jgn perli saya ye!!!? Hihihi tp serious laaaa kalau ada bahan kan, mmg boleh msk mcm2 kan hihii auto rajin. Tp bila malas, apa pun tadak hiks.

    dapnya :(

    ReplyDelete
  2. omaigad.. keterliuran.. rindunya buat ayam percik dengan mak... kalau takde mak, rasanya ayam percik xmenjadi.. hahaha

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa. bestnyaaaa tauk polah ya :3

    ReplyDelete
  4. mcm sodap ... rndang pun bolhhh.. ahahahahah.. anyway cuci mata di blog saya..

    http://wanieseuk.blogspot.com/2016/01/songket-sarawak-preview-part-2.html

    ReplyDelete