Donating Blood for Second Time

by - February 16, 2016

Hello! Its me, the storyteller :D 

Hari Ahad lepas untuk kali keduanya aku pergi derma darah. Bukan dekat hospital but blood donation event yang dibuat sempena hari valentine. Eppp jangan nak jadi isu pulak. Niat aku memang dah lama nak derma darah. Bukan semata sebab hari valentine okay. #jangankecamsaya Bulan lepas aku memang nak derma darah dekat hospital. Tapi masa check hemoglobin tu aku fail. So terpaksa la batalkan niat. Bila ada event haritu aku pun try lah kot kot hemoglobin aku banyak hiks. The day before blood donation event tu memang aku makan banyak sayur bayam hahaks! Dan syukur alhamdulillah, diizinkan untuk derma darah kali kedua. 

Lepas isi borang etc apa semua, maka bersedialah aku untuk proses cucuk jarum. Scary betul bila tengok orang sebelah kena cucuk jarum. Walaupun ini kali kedua, but still, seram hokay! Last time aku guna tangan sebelah kiri. Smooth je. This time guna tangan sebelah kanan. And sadly, agak mengecewakan huwaaaa. 

derma darah miri
Tak sampai beberapa minit, dorang terpaksa hentikan proses derma darah aku. Aku cuma dapat donate half bag je. Bukan sebab darah aku tak cukup! Memang cukup untuk 10 bag ok aku tipu je. Well, after few minutes tu darah aku dah stop dah tak nak keluar dah tak nak masuk dalam blood bag. So the nurse cuba adjust benda alah tu. Just imagine jarum yang tengah tercucuk dalam tangan kau, then ada jari jari yang cuba untuk cari port sesuai supaya darah kau dapat mengalir, adjust kiri sikit, kanan sikit, cucuk atas sikit haa cuba imagine. Seram tak? Aku tengok kejap kejap je masa dorang adjust jarum tu sebab kalau aku tengok memang terasa sakit gila kot huhuhuhu.

derma darah miri sarawak
bagi yang tak pernah tengok jarum untuk derma darah haahhaah scary takssss -gambar google-

After few tries, lastnya memang tak boleh dah. Dorang cakap urat aku kembang dan darah tak boleh nak disedut keluar (kena sedut eh? hahahaa). So untuk blood donation kali kedua ni aku cuma dapat derma half bag je. Frustrated jugaklah. Aku dah makan banyak bayam secara terpaksa kot hahaha sebab aku memang tak suka makan sayur. Dulu scary gila bila dengar ayat "derma darah" sebab abah aku selalu push kami untuk follow jejak dia yang memang frequent blood donor. Last time aku tengok buku dia, dah 72 kali dia derma darah. Phewww~ 

derma darah miri
Derma darah setengah pun still ada sijil penghargaan. Hiks. First time dapat ni tau. Insyallah 3 bulan akan datang aku akan derma lagi. Banyak sangat benefit derma darah hokay! Pasal benefit ni aku dah mention kat previous entry masa first time derma haritu. Boleh klik link ni http://xechalogy.blogspot.my/2015/12/blood-donation.html :) Dan boleh jumpa banyak lagi benefits kalau rajin google hihihi. 

derma darah miri

Tanganku yang lebams. Not sure yang haritu macam ni jugak or tak. But rasanya tak since tak ada problem masa proses tu. Its not hurt actually. Sumpah tak sakit. Macam kena gigit semut je. Even if it hurts pun, its still worth sebab you know you donate blood untuk bantu orang yang memerlukan. :) 

Bagi sesiapa tak pernah derma darah, you should try once! And do more after then hiks :D Lets become one of the blood donor. Darah aku jenis AB+. Aku boleh receive any type of blood include mutant blood. Dan aku nak darah Deadpool dalam vein aku ahahhaa. Boleh ada healing power lols. Merapu. Oklah bai :P

Toddles! x

You May Also Like

5 comments

  1. saya memang teringin tapi xboleh...saya lemah lutut sikit bila tengok jarum...takut pengsan je..so xpernah derma darah...hehehhe

    ReplyDelete
  2. woah, one day inshaAllah nak donate :) btw macam mana nak follow u? try cari button follow tapi takda hehe :)

    ReplyDelete
  3. Saya pun teringin nak derma darah. Tapi, sangat sangat sangat takut dengan jarum. Tu yang tak jadi tu :(

    ReplyDelete
  4. dah 72 kali dia derma darah??????????
    Wow ur dad is a wow kind of dad huhuhuhu.
    qila nak!!! tp tak berkesempatan :(
    bila ada je event selalu qila ter period hahahaha sedihhhhh ughhhh
    tp dkt uia selalu ada event ish hrp this sem sempat lah hihi thanks kk cha <3

    ReplyDelete
  5. rasa nak jerit tgk gambar tu hahahaha scaryyyyyyy. inshaallah one day nak gak try derma darah

    ReplyDelete