5 Sebab Kenapa Perlu Mengembara

by - April 10, 2016

sebab perlu mengembara

Rasanya sekarang memang ramai yang minat untuk travel ke sana sini. Kalau tengok dalam facebook memang banyak tips travel secara murah dan itinerari menarik yang dah dikongsi untuk melancong ke sesuatu tempat. Selain daripada rasa gembira nak melawat tempat baru, pernah tak terfikir kenapa sebenarnya kau buat keputusan untuk travel? Adakah semata-mata sebab nak bergambar di tempat menarik ataupun nak mengembara mencari sesuatu berharga? Haa sekarang aku nak kongsikan antara sebab-sebab kenapa kita perlu berjalan ke seluruh pelosok dunia. Ada banyak sangat kebaikan yang mungkin ramai tak tahu dan ini adalah 5 daripada sebab tersebut.

1. Mengubah Persepsi Kau Terhadap Sesuatu.

Dunia ni sangat luas dan tak semua tempat sama. Sepanjang kau travel, tak kisah lah dengan tujuan apa sekalipun, kau pasti akan tengok kehidupan yang berbeza. Setiap tempat ada keistimewaan dan ceritanya sendiri. Dan masa tu kau akan sedar yang dunia ni bukan semata-mata tentang kau. Contoh kalau sebelum ni kau cakap kau susah, kau akan jumpa yang lagi susah dari kau. Senang cakap, pergi mengembara ni akan buka mata kau dengan lebih luas lagi dan pasti akan mengubah tanggapan kau terhadap sesuatu benda.

2. Memberi Cabaran Baru Terhadap Seseorang.

Kalau sebelum ni selalu travel beramai, apa kata jadi solo traveler pulak. Haa masa tu kita boleh cek samada kita capable atau tak untuk buat sesuatu. Kalau tak cuba kita takkan tahu. Mungkin kau akan terkejut dengan hidden talent kau yang selama ni bersembunyi di sebalik ketakutan kau. Sekarang aku tengok memang banyak yang travel solo, lelaki mahupun perempuan. Kalau mereka boleh, kenapa kita tak boleh? Insyaallah kalau niat kita betul, Allah pasti akan jaga kita.

3. Menambah Ilmu Pengetahuan.

Ada benda yang cikgu tak dapat nak ajar kita masa kat sekolah. Tapi bila pergi mengembara, kau akan dapat belajar tentang banyak benda yang di luar pemikiran kau. Tentang sejarah, tentang sesuatu kehidupan dan macam-macam. Paling seronok bagi aku adalah belajar tentang sesuatu secara live. Aku faham yang kebanyakan memang malas membaca tentang sejarah. Tapi dengan mengembara, it makes the history come alive! Selain itu, dengan mengembara juga kita boleh mencari sesuatu kebenaran dan supaya minda kita berkembang.

4. Mencari Diri Sendiri.

Sesetengah orang (macam aku) tak kenal dengan diri sendiri. Maksudnya disini kita tak pasti apa yang kita nak dalam kehidupan. Fikiran sempit. Tengok benda sekeliling pun masih tak boleh decide dan tak jumpa apa-apa. Orang macam ni sangat digalakkan pergi mengembara untuk mencari ilham. Pada masa kita lawat sesuatu tempat pasti akan ada inspirasi yang kita dapat. Its the best way to go out from our comfort zone and find our self in the midst of the journeys!


5. We Are Not Guaranteed Old Age.

Sesetengah orang mungin tak minat untuk mengembara. Tapi bagi aku traveling is a must. Masa muda adalah paling terbaik untuk kita jejakkan kaki ke serata tempat. Jangan berhenti selagi mampu. Walaupun ada yang tidak berkemampuan, pasti ada alternatif lain untuk melihat dunia. Kata orang kita tak perlu jadi kaya untuk mengembara. Selain itu, bila usia meningkat kita akan ada banyak komitmen dalam hidup dan tidak ada masa untuk mengembara. Percayalah, waktu tersebut kau pasti akan rasa menyesal. At least when you are old dan dah kumpul banyak pengalaman dari serata dunia, bolehlah kau jadi storyteller dengan cucu cicit kau :)

Itu adalah diantara sebab kenapa kita perlu mengembara. Even dalam Islam pun, sejak zaman nabi adam lagi mereka dah bermusafir dan merantau mencari ilmu tentang kehidupan. Kita memang digalakkan untuk bermusafir dan melihat bumi Allah. Bumi ini luas dan banyak yang perlu kita terokai. Kata orang itu lagi jauh perjalanan lagi luas pemandangan kita dapat. Jom mengembara! :)

"Dialah yang memjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan." Al Mulk (67: 15)

Toddles! x

You May Also Like

5 comments

  1. Good entry! Really love it! Dulu masa saya darjah, cita cita saya nak jadi traveller lah, tapi yaa itu bukan cita cita :3 anyway, good entry!

    ReplyDelete
  2. bab nk travel solo tu mmng rasa tak yakin, haha. haraplah ada rezeki boleh travel banyak2 negara :)

    ReplyDelete
  3. For me, I have different motivations whenever I travel to someplaces. hihi.

    ReplyDelete
  4. agree ith all 5 points here , dear Eecha =D

    ReplyDelete
  5. Yes yes !!! agree with you dear =)

    ReplyDelete