5 Tips Lulus Google Adsense

by - April 20, 2016

Haritu masa tengah buat research tentang macam mana nak buat duit dengan blog, aku pun mencuba nasib untuk apply Google Adsense. Untuk buat duit dari iklan ni aku cuma tahu tentang Nuffnang dan 8Share. Sumpah tak terfikir langsung nak cuba Google Adsense. Sebabnya haritu aku ada baca satu post dimana ada sorang blogger ni dah apply untuk kali yang ketiga tapi still kena reject. Kalau blog haprak macam blog aku ni memang tak ada chance langsung kot. Tapi surprisingly hiks. Mungkin sebab tu orang selalu cakap, kalau tak cuba sampai bila pun tak tahu kan. I stumbled across this one blog yang ajar cara macam mana nak apply Google Adsense. Very the simple je! 

First thing pergi dashboard dan check kat blog korang (ada arrow sebelah view blog), tengok if ada tab Earning atau tak. Kalau ada maksudnya korang dah layak untuk apply Google Adsense! Follow the instructions and just wait for few days. Kalau aku hari tu dalam masa 2 hari dah dapat reply. Tak sangka pulak dapat berita gembira. Niat memang nak cari side income through blog pun :) Kalau dulu Google Adsense memang strict untuk blog yang guna bahasa Inggeris je kot. Tapi sekarang blog yang guna bahasa Melayu pun boleh. Blog sendu ke blog tak banyak UV ke pun boleh cuba. Blog aku tak banyak visitor pun boleh lulus. Haa mesti cuba try test!

tips lulus google adsense

Sekarang aku nak share tips lulus Google Adsense pulak. Aku tahu korang mesti malas nak baca term and policy GA kan so aku akan ringkaskan dan permudahkan untuk fahaman korang. Benda ni penting sangat even aku tak ada baca pun sebelum apply GA. Dapat tahu yang blog aku dah ada tab Earning, aku terus je register tanpa baca sebarang tips. Heheh! Okay let's check it out yo!

1. Pastikan Isi Blog Mencukupi 

Untuk memastikan blog kau tak termasuk dalam kategori less content, make sure blog kau tak ada posting yang kurang dari 200 patah perkataan. Selain tu jugak haruslah ada artikel atau info yang beguna untuk direview oleh pihak Google (lol blog aku rasanya tak ada banyak info berguna hehehe). Kalau ada entri dalam bahasa Inggeris, pastikan tak ada ayat yang tunggang langgang. Kalau ada sedikit grammar mistake mungkin acceptable kot. Tapi jangan risau sebab pihak Google dah boleh berbahasa Melayu sekarang :D

2. Pastikan Blog Nampak Kemas

Okay benda ni pun penting. Jangankan pihak Google, aku sendiri pun boleh bengang kalau masuk blog yang meriah gila dengan widget entah apa dan ditambah lagi dengan background yang menyakitkan mata. Ugh please no. Belum sempat review memang dah kena reject kot. So make it simple and neat! Kalau kemas, cantik, sedap mata memandang barulah orang suka kan. Hehehe. 

3. Pastikan Blog Ada Disclaimer, About dan Contact 

Benda ni pun penting. Aku baru je letak lepas apply GA. Copy paste je dari Google dan edit sikit supaya tak ketara meniru hahaa. Tiga benda ni penting untuk dapatkan first impression dari pihak Google which they will think you are professional dalam berblogging dan follow semua term and policy. Boleh tengok contoh dalam blog aku. 

4. Pastikan Tak Ada Benda Illegal Dalam Blog

Haa pihak Google amat mementingkan benda ni. Mana-mana blog yang ada link untuk mendownload movie, lagu, software etc secara illegal memang akan direject serta merta. Mereka tak support piracy. Anything related to that memang tak boleh. So bersihkan blog anda dari sebarang jenayah siber cewahhhh. Kalau ada unsur pornographic dan plagiarism pun tak boleh.


5. Pastikan Blog Anda Dah Cukup Umur

Hihi kalau newbie memang belum dapat apply GA. Tapi untuk blogger yang dah lama guna blog, memang dah boleh apply. Dan confirm akan lulus if 4 tips kat atas ni anda apply kat blog. 

Okay harap korang dah khatam tips kat atas before apply GA. Cuba jangan tak cuba. Kalau boleh yang paling penting tu biarlah blog kita nampak professional supaya boleh meyakinkan pihak Google untuk approve kita punya request. Simple je kan? Lepas dah dapat tu jomlah kita sama-sama bekerja keras untuk naikkan trafik blog :D 

Till here then!

Toddles ~ x 

You May Also Like

5 comments

  1. wahhh thanks for the tips. kmk rasa mok apply, tapi mun ada nuffnang xpa ka?

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info :)
    nampaknya kena tunggu umur blog cukuplah baru boleh buat..

    ReplyDelete
  3. Good info newbie yg baru nk apply adsense...bukan semudah itu nk dpt...tpi perlu usaha teruskan apply.

    ReplyDelete