Blog Review Untuk Blogger Terpilih

by - April 12, 2016

Ini adalah blog review khas untuk 5 orang blogger yang terpilih sempena GA by Xechalogy. Jom terjah! :) 

blog ilman nafia

Blog comel dan simple ni kepunyaan Ilman Nafia. Rasanya dia mula blogging sejak tahun 2012 berdasarkan apa yang saya tengok kat blog archive. Isi blog ada pelbagai. Ilman juga ada jual Ephyra dan SimpleHijab so bolehlah cekidaut blog dia :D Mungkin owner blog boleh tambah tips or share apa-apa artikel menarik untuk up kan lagi blog. Memandangkan owner adalah ulat buku so mungkin boleh buat review tentang buku yang dibaca :D

blog kak azi

Blog yang simple berkisah tentang kehidupan, traveling dan masakan! Haa boleh tengok ada macam-macam resepi dalam blog kak azi. Make sure tengok masa perut dah kenyang kalau tak memang lapar dibuatnya hihihi. Travelogue pun ada kalau nak tengok tempat-tempat yang kak azi dah pergi. Berdasarkan dari label yang ada pada blog ni, ada banyak posting menarik yang kita boleh baca. So, cekidaut yo :D Oh ya, kalau tengok pada sidebar, owner blog juga ada menjual kambing perap istimewa. Peh kalau daging kambing memang fevret saya. Haa terjah jangan tak terjah! 

blog miss banu

Alahai comelnya blog. Kucing tu yang win! Owner blog start blogging sejak tahun 2009. Wow cuba teka dah berapa tahun blog ni? Apa yang menariknya tentang blog ni, owner sangat sangat sangat rajin buat review. Haaa tiga kali sangat tu memang betul lah tu. Kalau singgah blog ni, boleh click tab kat bawah header tu. Banyaknya review korean drama. Agaknya memang peminat tegar kdrama kot hihihi. Movie review pun ada macam-macam. Selain tu tab tazkirah pun sangat bermanfaat untuk kita baca. Jemputlah singgah ke blog miss banu okay? 

blog mellya crayola

Blog ni pun comel dan sangat meriah sebab penuh warna warni. Miss crayola ada buat editing service untuk blog so untuk sesiapa yang malas nak main code blog tu bolehlah mintak tolong miss crayola yang editkan. Harga pun serendah RM25 je untuk basic edit. Boleh tengok hasil kerja beliau dalam editing tab. Selain tu pun ada review service! Haa boleh godek blog ni kalau berkenan :D Kalau anda enter blog ni anda akan serta merta berasa gembira sebab effect warna warni dari blog ni hihihi! 

blog yatie owner

Okay tadi dah terjah blog yang warna warni kan. Now kita akan terjah blog yang boleh dikatakan minimalist style. Simple but great kata orang. Kalau korang click tab Nuffnang tu korang akan dapat banyak tips untuk naikkan amount $$$ korang yang dah dishare oleh Yatie Owner :D Saya agak suka dengan blog ni sebab nampak kemas dan tak serabut. Tapi owner blog agak misteri sebab tak jumpa about me hihihi. 

Okay tu sahaja blog review yang saya buat. Kalau berkenan bolehlah follow mereka :) Sejujurnya ni first time saya review blog orang so agak tak pandai nak buat caption hehehe. Maaf kalau ada ayat yang membuat owner blog tersinggung. 

Toddles!

You May Also Like

5 comments