Kebetulan Atau?

by - April 23, 2016

kebetulan atau takdir


Macam tak percaya dengan apa yang berlaku hari ni. Semalam aku decide tak nak dah berkawan dengan A. A kawan alam maya aku. Rasanya kami berkawan sejak bulan dua. He used to be nice actually but when it comes to certain issue, dia adalah manusia yang paling menyakitkan hati sekali. Boleh je cakap aku bodoh. Dah tahu aku bodoh tapi still nak berkawan dengan aku apahal. He's really getting on my nerve last night. Kecewa betul dengan perangai tak pandai nak jaga hati kawan ni. Tak ada respect langsung dengan aku. Bencilah. Setan bertopengkan malaikat rupanya. 

And guess what, benda yang paling aku tak sangka, E tiba-tiba mesej aku. Almost sebulan lebih dah aku tak kawan dia. Dia block aku. Well, berkawan dengan orang alam maya memang ada susah sikit. Tak kisah lah orang mana sekalipun, tapi long distance friendship memang susah. Lagi susah bila ada benda yang tak pernah ada persefahaman contohnya pasal agama. Tapi aku tak pernah lah naik angin menyumpah bagai bila gaduh. Tak nak burukkan identiti aku. Aku balas dengan senyuman je. Just being polite sehabis mungkin walaupun hakitkatnya hati ni sakit bagai kena toreh. Adakah kebetulan or apa. The same time aku tak nak kawan A, E pulak cari jalan nak berkawan dengan aku balik. At the same day pulak tu! Ada jodoh dengan E eh? Ew no way menggggg. Dahlah sakitkan hati aku. Sesenang je nak mintak maaf. Ish tak pahamlah. Dulu lepas bergaduh memang aku block dia. Dan dia block aku balik. Tapi tak sampai few hours aku dah unblock dia tau. Tapi dia, after one month baru unblock aku. Ceh. Entah kenapa aku unblock dia. Rasa macam tak sedap hati je. Tapi sumpah aku tak pernah expect apa-apa dari dia. Tak nak rasa bersalah je. Aku jenis yang cepat kesian dengan orang. That's my weakness.

coincidence or fate

But somehow, dari apa yang aku dapat hari ni, Allah sentiasa ada rancangan yang lebih baik dari apa yang kita fikir. Dia akan gantikan orang yang pergi dari hidup kita dengan orang lain yang mungkin lagi baik dari sebelumnya. But in my case tu different sikit, yang datang kat aku ni orang lama yang sama spesies yang suka menyakitkan hati. Baik memang baik tapi bab respect memang tak ada. Please jangan fikir yang ni adalah cinta tiga segi. Bukan okay. Ni cerita tentang kawan alam maya. To make it clear, aku memang suka bercakap dengan stranger online. Sangat susah nak dapat yang memang betul nak berkawan. You will meet more liars and pervs than the nice one. Thats why kawan alam maya aku cuma ada dua tiga ketul hahaks. Dan semua tu kawan dari negara lain. Aku kenal E lebih 10 bulan dah. Aku dengan dia boleh dikatakan agak rapat. Pernah Skype, pernah tengok movie sama (long distance style hokay hahaks). Dia tak macam orang lain yang suka benda tak senonoh. Same goes to A. Jujur aku memang okay berkawan dengan mereka. But there's something somewhere yang buat our friendship rapuh. Tapi tak apalah. There's a lesson to learn from each and everything that happens.

Tapi yang aku pelik, kenapa perlu timbul hari ni pulak? Tsk. Klah.

Toddles! x 

You May Also Like

5 comments