My Stationery Collection

by - June 11, 2016

stationery addict, sarawak blogger


I am a stationery addict. Rasanya aku gila benda macam ni ever since aku masuk sekolah rendah. Dari dulu sampai sekarang memang tetap di hati! Tiap kali masuk kedai buku atau kedai stationery memang eksaited lebih. Dan of course lah kalau keluar bukan dengan tangan kosong. Kalau tak satu plastik, dua plastik. Kalau tak beli pen, mungkin beli buku nota. Hahah! Sekarang dah kerja, dah ada duit sendiri, macam-macam je aku beli. Aku mula balik masa bulan 12 tahun 2014. First time terjebak dengan dunia planner. Dari situlah aku banyak beli stationery untuk kegunaan planner. Tapi sekarang aku dah insaf sikit. Hiks. Let's check it out, yo! Hasil kutipan yang boleh la dikatakan banyak. :D 

stationery addict, sarawak blogger

Benda pertama aku nak tunjuk adalah koleksi pen. Pen biasa aje. Aku suka guna pen jenama Pilot. Agak mahal tapi puas hati bila guna. Untuk daily use aku akan guna yang jenis super gel 0.5mm dan 0.7mm. Kadang aku guna jugak yang 1.0mm. Haa semua jenis tip size aku ada. Even untuk ballpoint pen pun aku guna different tip size. Pen yang paling mahal sekali adalah Pilot Hi-Tec-C Coleto Multi Colored (pen yang paling debab dalam gambar. warna hitam ada corak bunga dan polkadot.) Tapi tu bukan aku beli lah. Aku mintak dari mak aku heheh! Kebanyakan pen aku beli kat Popular. Pilot Hi-Tec-C Coleto dari JapanEasyShopper dan pen yang paling hujung sebelah kanan aku beli kat Belle Bookshop Miri. 

stationery addict, sarawak blogger

Seterusnya adalah washi tapes! Sebelum masuk dunia planner aku memang tak tahu kewujudan benda ni. Makin lama makin banyak pulak benda comel aku jumpa! Ini aku buat sendiri yang portable punya. Senang nak bawa kemana-mana. 

stationery addict, sarawak blogger

Benda ni ada yang aku beli, ada yang mak aku beli. Daripada bawak satu bekas macam ni, aku buatlah yang portable punya untuk kesenangan sendiri. Yang ni simpan untuk stok. Kegunaan benda ni adalah untuk hias planner atau apa-apa buku nota yang kau ada. Boleh guna untuk buat header, untuk tutup any mistake on paper, untuk penanda or anything you want lah. Washi tape ni memang serba boleh! Semua ini adalah hasil kutipan dari Daiso, DIY, Belle Bookshop Miri, Stickerrific dan JapanEasyShopper. Trust me, kalau beli benda ni memang tak cukup satu. Lulz. 

stationery addict, sarawak blogger

Haa ada peminat sticker tak sini? Please don't think that this is banyak. Selagi kau tak jenguk dunia planner, kau takkan tahu kegilaan stationery addict macam mana. Aku punya koleksi boleh dikatakan masih sikit okay!! Ada orang kumpul sampai berkotak-kotak. Kalau kau ada planner, kau mesti ada sticker. Sebab memang tak lengkap lah kalau tak ada sticker. Hewhew. Some stickers are a freegift dari seller tempat aku beli stationery online ni. Dan most stickers aku beli dari Stickerrific. Reccomended online shop! Aku dah banyak kali beli dari sana. Kalau tinggal area KL boleh walk in je. Hiks.

stationery addict, sarawak blogger

Next thing is stamps! Kegunaan benda ni memang banyak untuk tulis diari atau planner. Tapi tak wajib ada pun. It depends on you if you want to buy it or not. Alphabet stamps aku beli dari Happie Planner, date stamps aku beli dari PipitZakka dan emotion stamps aku beli dari Belle Bookshop Miri. Actually aku lupa nak letak sekali clear stamps dalam gambar ni. Boleh tengok contoh clear stamp kat Google. Dan kebanyakan benda tu aku beli kat Popular. Aku suka emotion stamps tu. Dahlah transparent block, comel pulak tu! Aku memang suka benda macam tu :D

stationery addict, sarawak blogger

Ni pulak ink pad untuk stamps. Kalau ada stamps mestilah kena ada ink pad kan. Hihihi. Artline tu yang biasa punya lah. Beli kat Popular. But that is too big for me. Nak cari yang kecik punya so boleh letak sekali dalam box yang aku selalu guna. Yang ink pad kat sebelah tu pulak aku tak ingat dapat dari mana. The color is something like green gold. Haa yang comel tu pulak aku beli dari PipitZakka. Petit Petal by micia. Tu aku beli satu set and ikut color block yang memang dah ada. Boleh tengok SINI untuk tengok warna lain. Best sebab colorful! Barulah meriah gitewww :D

stationery addict, sarawak blogger

Sticky notes! There's no reason to not love this. Dahlah warna meriah, kecik, comel, banyak kegunaan lagi tu. Semua orang perlu ada benda ni okay. :P Just in case you have no enough space untuk menulis kan, so this is beneficial when it comes to adding some more space to write! Bought this kat Popular and DIY. 

stationery addict, sarawak blogger

What should I call this? Fancy sticky notes? Heheh! Beli sebab comel je pun. Lebih kurang sama macam sticky notes tapi ni extra meriah dan extra comel. Ada yang beli kat DIY, Popular dan jugak Union Bookstore. 

stationery addict, sarawak blogger

Last but not least, hmm, aku tak tahu nak sebut benda ni apa. Yang aku ingat aku beli kat Kaison One Borneo. Lebih kurang macam sticker dan washi tapes jugak. Comel kan? Dan sangat portable! Siapalah yang cipta benda comel macam ni. Menggugat keimanan aku lah. Huhuhu. 

stationery addict, sarawak blogger

This is how I store the stuff yang aku guna tiap hari. Senang sebab all in one! Tak perlu nak bukak bekas ni bekas tu untuk cari barang. Before ni aku guna toolbox, tapi tu aku guna untuk simpan barang yang aku jarang guna tapi perlu. Hiks. Bekas tu aku beli kat kedai biasa je and the pencilcase aku beli kat Belle Bookshop. Semua pen yang aku selalu guna aku letak dalam tu. The rest aku simpan dalam toolbox. Boleh tengok kat SINI toolbox aku. 

Well, benda ni aku bukan beli sekaligus tau. Semua adalah secara berperingkat. Kalau baca dalam about section dlm blog aku, #10facts about me, nombor 5, I really mean that. Selama aku berkerja, aku belum pernah guna duit gaji pergi shopping baju baru or kasut baru. Hahah! Mostly aku pergi spend kat kedai buku dan belanja adik-adik aku. Hiks. Bab shopping outfits memang aku tak berminat langsung. So lebih kurang termasuk dalam kategori self-satisfaction lah kan? :P 

Next entry I will post about my notebook collections pulak! 

Thank you for reading. Toddles x 

You May Also Like

15 comments

  1. omo terkejutt tengok koleksi banyak sangat!
    saya punya sikit je. selagi tak habis dakwat takkan beli baru hahaha.

    ReplyDelete
  2. wahhh cute semuanya :D
    BV knek tengah puasa barang2 camtok. :D

    ReplyDelete
  3. wow~ this is sooo awesome~ by the way.. orang miri???

    ReplyDelete
  4. comelnya stationery akak! saya pun teruja setiap kali masuk kedai buku, banyak barang2 cute! ><

    ReplyDelete
  5. Cantik2 koleksi stationery awakk ;)

    ReplyDelete
  6. Apsal banyak sangat benda comel ni. meh hantar kat kak rehan satu hihi.btw kak ehan follow #161 :D

    ReplyDelete
  7. pergh boleh tahan banyaknya.. hhuhu..
    saya guna satu pen je.. pen tu la sentiasa bawa kemana-mana je dan untuk digunapakai..


    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Blog Berjaya Masuk Rank Malaysia article...

    ReplyDelete
  8. banyaknya collection !!! btw sy datang klik iflix :)

    ReplyDelete
  9. banyaknya koleksi. hee claudy dulu masa sekolah and dekat college pun suka kumpul stationery. :)

    ReplyDelete
  10. Hahahahaha your toolbox WINNNN sangat ihihi
    YASSSS u update on yo collections wuhow!
    qila terrrlupa dah nk update planner diary bagai ish.
    Sedih.

    Imma start fresh later heheheheheeh
    thank u kak cha :*

    ReplyDelete
  11. banyaknya collection. u mmg kumpul semua ni ke? semua item nampak best2 :)

    ReplyDelete
  12. MAK OIHHH BANYAKNYA COLLECTION....
    kami pun suka seni juga tau ! jemput datang blog
    ohh ya jom join our FIRST GIVEAWAY http://www.vetovirago.com/2016/06/giveaway-sejuk-sedap-ramadhan-2016.html

    ReplyDelete
  13. Banyaknya!! Warna warni kehidupan! Betul berminat awak pada stationery sampai boleh kumpul banyak camni. Baguslah, duit bukan ke shopping baju dan kasut. Hehe. Asalkan puas hati..

    ReplyDelete
  14. wah rambang mata tgok collection you >.<
    I pun stationery addicted jugak tpi belum berpeluang nak memiliki smua ni . hahaha.

    ReplyDelete