Homemade Jajangmyeon, Kimchi and Yangnyeom Tongdak

Siapa suka makan makanan Korea? I have been watching so many Korean dramas lately and mostly semua dalam cerita Korea tu mereka ada makan mee yang hitam legam tu lols. Jajangmyeon namanya. I am wondering and curious macam mana agaknya rasa benda tu. Terliur jugak tengok mereka makan walaupun it's obvious mereka punya tak halalan toyyiban. Disebabkan teringin nak makan ala-ala orang Korea, aku pun Google lah resepi cara buat benda alah tu. Senang je nak buat rupanya.

homemade jajangmyeon halal


Jajangmyeon ni adalah Korean Chinese cuisine. And in term of my own words, jajangmyeon ni adalah mee yang dicelur dan disiram dengan kuah pekat yang dibuat daripada black soybean paste sekaligus dengan dice porks and vegetables ataupun seafood. Since I am a Muslim, I changed the ingredients to chicken or daging sapi supaya halalan toyyiban semuanya.

Yang aku buat macam dalam gambar kat atas ni bahan aku guna cuma isi ayam, diced potato and diced carrot. Rasa jajangmyeon versi ni not too bad lah. I'm not sure rasa original dia. I cannot find any black soybean paste here so aku guna kicap pekat sesudu campur kicap manis sesudu. Then pandai kau lah godek flavor garam dengan gula. Nak pedas boleh tambah cili potong atau letak cili boh lebih. Rasa jajangmyeon ni masin + manis + pahit (mungkin sbb brand kicap pekat yg aku guna tapi sedap :D) + pedas. Aku dah buat dua kali. Kali kedua aku tak letak karot sebab aku tak suka. Disebabkan hitam legam, susah aku nak pilih mana isi ayam, mana kentang and mana karot hahaha. Asyik tertipu je. Oh ya. mee tu aku guna spaghetti. Rebus mcm biasa. Dah siap masak boleh lah makan guna chopstick and fefeeling macam orang Korea :D Resepi boleh je Google sendiri.

homemade kimchi, kimchi untuk awak

Next experiment aku adalah kimchi. Benda ni lagilah susah nak buat unless kau penah rasa original taste dia. Aku try buat guna half cabbage. Entah jadi ke tak aku pun tak tahu. Paste yang aku buat haritu ada rasa pedas dan manis. Tak perlu letak garam sebab kobis dah dilumur dengan garam selama 4 jam before campurkan semua bahan. Resepi aku cuba dari SINI. Tak sabar pulak nak rasa homemade kimchi buatan aku ni hahaha. Akibat terpengaruh tengok cerita Korea memang macam ni agaknya :P 

ayam goreng korea, yangneom tongdak


Ni pulak yangnyeom tongdak as known as korean fried chicken. Eksperimen ayam goreng ni lama dah aku buat. Banyak kali dah cuba dan memang sedap. Rasanya lebih kurang macam ayam masak merah tapi lain sikit lah. Ayam aku ni lupa letak sesame seed sebab tu nampak kurang menawan hahaha. Supposed to be spicy tapi tiap kali aku buat memang tak pernah pedas. Cili boh kurang menyengat kot. Kalau nak resepi boleh je google korean fried chicken maangchi. Aku tiru dari sana. 

Aku suka buat eksperimen makanan. Setakat ni cuma tiga je makanan Korea yang aku pernah buat. I will definitely try another Korean dishes next time! Cuma certain bahan susah nak cari dan mostly tak halal so rasanya the flavor memang kurang sama. Different ingredients will alter the taste! But still, not that bad lah. You should try jugak! Bibimbap aku pernah rasa and I like it. Tapi tu beli je. Sushi je aku pernah buat sendiri. Hiks.

So, nak tanya, apa makanan Korea yang korang pernah makan? Sedap atau tak? Kalau ada yang sedap meh la share sikit apa yang korang makan! :D

Toddles x 

25 comments

  1. wah... ni kalau jadi menantu orang korea pun dah lulus ni XD daebak la. hahaha

    ReplyDelete
  2. Waaa~ rajin nya... I love korean food too!!! Love korean drama .... Love to travel to korea again and again... Hihihi... Masa g korea ada belajar buat kimchi... Betul la tue mmg 4 jam rendam kobis dgn garam ... Hihihi... if awak nak try the real korean food di malaysia yang Halal ... Nama kedai street cafe SS15 subang jaya atau branch kedua nya di sunway pyramid . Bibimbap , jajang , fried chicken , son dobu jigae ... Semua ada ... Tapi of course , mknan korea yang ada di malaysia , lain skit taste nya , if nal compare dgn mkanan yang sama tapi makan di Korea . Hihihi . Cuba lah try makan di kedai tue . Owner nya Korean original . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh dah pernah ke korea? i iz jealousss! alaa jauhnya. sy kat sarawak. huhu. tapi insyallah kalau dtg kl sy akan try. thank you for the recommendation! :D

      Delete
  3. Sedapnya ayam tuuuuuu T_T

    my fav!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg sy buat kurang pedas. kalau pedas mmg lagi pergh agaknya :3

      Delete
  4. Tak pernah makan semua ni, tp terliur tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn hihihi. sblm ni tgk drama korea mmg mcm sedap je tgk dorg makan xD

      Delete
  5. korean fried chicken tu nampak menyengat...=)

    ReplyDelete
  6. hoiii sedapnya oiiii TT_TT
    qila kimchi telan je hahaha kureng sikit.
    yg mee hitam legam dono la how it really taste T_T
    nak jgk la buat nnt hihihi

    semua ayam sedap so boleh sangat nk try buat yangnyeom hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi blh la kena dgn tekak. ayam masak ape pun sedap sebenarnya hahaha!! xD qila try la buat kalau ada masa. :3

      Delete
  7. hi, SELAMAT HARI RAYA. done follow u, follow me back ;) http://acuyuhan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. Nmok sedap, tapi klu dh tekak melayu ni, susah nk telan jugsk

    ReplyDelete
  9. saya tak pernah lagi makan ayam goreng korea tu :( nampak sedap je.
    kimchi saya suka!

    ReplyDelete
  10. wow .. looks delicious ..
    rajinnya buat semua ni ..
    btw Jajangmyeon tu nampak macam mee goreng basah ....
    I tak minat makanan korea ..even kimchi, try sekali pun rasa macam tak boleh go..
    yer la kan, taste masing-masing. =)

    take care
    xoxo

    ReplyDelete
  11. Rajinnya buat sendiri dan godek godek resipi. Kalau saya, selalu beli je.

    ReplyDelete
  12. mee tu macam mee hailam la pulak kalau tgokk. but that kimchii and ayam nampak sedapppppnyaaaa......:)

    ReplyDelete
  13. sedapnya tak pernah try lagi, kena try ni :D

    ReplyDelete
  14. Rara pun suka makanan korea.
    tengok dorg makan berselera sungguh. lagi2 kalo yg budak2 dalam The Return Of Superman & Oh My Baby tu makan. Ya Allah...menjejes air liur.

    btw rara pernah buat kimchi jer..memang sedap buat makan bertambah.
    paling2 nak buat Bibimbap..tapi tak buat2 lagi..

    ;)

    ReplyDelete