Finding The Passion

finding the passion


Dulu masa sekolah rendah kerap kali kena tanya apa cita-cita kita bila dah besar. Dalam report card siap tulis nak jadi doktor, cikgu, bomba dan kebanyakan semua pekerjaan yang ada uniform smart. Tapi bila dah besar, semua cita-cita tak kesampaian. Sekarang aku dah 23 tahun dan masih lagi terkontang-kanting mencuba untuk cari apa yang aku nak buat. Pening. Rasa nak menangis. Betul-betul rasa macam loser bila tak boleh nak recognize bakat dan passion sendiri. 

Lepas habis tingkatan lima, aku sambung belajar dalam bidang seni kulinari. Memang aku minat memasak. Tapi lepas habis tiga bulan praktikal, aku sedar yang aku tak berminat nak bekerja dalam bidang tu. Rupanya aku silap. Minat memasak adalah sekadar hobi. Bukan sesuatu yang aku nak buat sebagai pekerjaan. Plus I never get any support from anyone. Mostly kritikan yang aku dapat semua negatif dan tak membina langsung. Memang out terus. Orang cakap zaman sekarang tak boleh nak memilih kerja. Sekarang aku kerja sambil tolong parents di kedai. Dan sambil tu jugak aku cuba untuk cari apa yang aku betul-betul minat. 

Aku suka belajar banyak benda. Aku sentiasa curious dengan macam-macam dan sebab tu aku rasa sangat susah untuk cari apa passion aku. Lagi bertambah susah bila aku terperangkap kat sini tanpa apa-apa. Aku tahu yang aku perlu keluar dari sini dan cari sambil cuba benda baru yang aku tak pernah buat untuk kenal pasti apa hidden talent aku. Kalau terperuk kat sini tak buat apa memang sampai bila pun tak jumpa kan? I'm in that phase where I don't know what to do in my life!!!

Aku rasa dulu masa kecil kita sepatutnya didedahkan dengan benda ni which is more to talent, passion, ambition and all that related to our future. Bukan tengok siapa lagi pandai, siapa dapat 100 markah dalam ujian etc. Tsk. I'm so pissed off. Not hundred percent blaming that lah. But if I could turn back the time, I would definitely think wisely about this thing! Hari tu ada tengok video dalam Facebook where the kids are being exposed to this thing about pekerjaan for the sake of recognizing their talent and passion. We supposed to do that too!!

My advice to those whom it may concern, pursue your dreams once you know what you want to do in your life. Dan jangan sesekali konfius antara minat sekadar hobi dan minat untuk buat sesusatu benda sebagai pekerjaan. Bagi aku dua benda tu berbeza. There's a quote saying that we need to enjoy our life. It depends on you how you define the quotes. But as for me, it means I have to do something that makes me happy. So yeah, there's no way I'm going to do something I dislike. I don't like being force or forcing myself doing X when the fact that I want to do Z! I say it's okay to be rebellious in order to pursue your own happiness :D

Aku masih lagi perlu cari apa Z ni. Alahai. Korang ada mengalami benda ni ke? Ke aku sorang je yang terkontang-kanting tak tahu nak buat apa dalam hidup? Sobs. 

Inside each and every one of us is one true authentic swing... Somethin' we were born with... Somethin' that's ours and ours alone... Somethin' that can't be taught to ya or learned... Somethin' that got to be remembered. - Bagger Vance


Comments

  1. ui lama mendiam .. dah buat come back. samalah kita. masih mencari pekerjaan yang diminati. buat masa ini masih menenangkan minda. Macam ktk ok lah ada kedai. Mungkin suatu hari kelak ktk dpt buka restaurant sendiri. Lagik-2 di Miri ya. Orang brunei sik takut berbelanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah yalah tek. kekeke. sekda idea nak tulis apa bah. yep. ada juak terfikir mcm ya. tapi tengoklah kalau sekda org ketiga bisit pdh ya bkn passion kmk hahah!

      Delete
    2. kinek tok perlu pikey passion kah? hahaha. kmk asal kerja ya datangkan lui byk maok kmk. haha.

      Delete
  2. me too masih lagi berfikir apa yang sebenarnya hati ni nak buat , dan apa yang bagusnya dlm diri ni -.-

    ReplyDelete
  3. Mai pun masih mencari arah hidup. Dulu waktu form 5 confirm sangat suka bidang biology, sampai ke degree rasa confident sgt konon. Skrg baru sedar, tak suka dan tak nak duduk dalam lab selama-lamanya, rasa serabut dan terkurung bila masuk lab....so....buntu dengan hidup, masih tak nampak jalan masa depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg tgk pun byk yg divert. major bidang lain, kerja bidang lain. actually tak salah pun. tp tu lahhh.. susah nak ckp :3

      Delete
  4. dolok pernah kmk rasa macam tk. masa ya kmk baruk habis sekolah menengah, n kmk sik berapa tauk mok pilih bidang nie yg patut kmk pilih mun mok sambung belajar. kmk pun rasa macam mok nyalahkan org/sekolah sebab sik diberik pendedahan tentang apa2 pasal cita2 n so on atau maybe salah kmk juak sebab sik ambik tauk. XD kinek pun macam gik samar2 jak. XD tapi kmk just follow the flow kononnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. follow the flow ok. tp mun kmk, selagik benda ya bkn nok kmk suka buat, mmg gelisah kenaknya bah. tecarik2 jak apa yg dirik tok maok sebenarnya. huhuhu.

      Delete
  5. heyy u are backkk. missiuuuuu :D

    ReplyDelete
  6. Betul. Ini mek stuju. Sbb pndedahan kita slalu kne blaja tinggi tinggi kne dpt score yg baik, sbnrnya itu ke passion kita? If not, knp nk kne pksa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb talent kita kan lain2. ada yang bijak ada yang terer kemahiran. tp kita kurang dibagi peluang untuk cuba mcm2. instead kena suruh belajar tinggi2. nak figure out talent pun jd payah.

      Delete
  7. A good entry dear :) Setuju dengan minat sekadar hobi dan minat sebagai pekerjaan itu berbeza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm dlm cerita healer, ayah jian bukak law firm and coffee shop at the same time! dia minat dua2 but he differentiate that satu untuk profit satu untuk minat.

      Delete
  8. Agree with you hobby , interest and passion totally a different things .

    Hmmm...sometimes i do feel like you feel =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg completely different. kadang kita terpaksa buat something yang kita tak suka just for the sake of something. padahal kita ada pilihan untuk buat benda yang kita suka cuma tak sempat nak betul2 figure out benda tu kan.

      Delete
  9. I seriously love your thought on this. Especially the part we should be exposed to many choices since childhood, not relying 100% on academic. T_T

    Perasan tak, dalam Return of Superman, I love how the parents expose their children to different situations, different occupations so the kids can choose what interest them the most. One of the latest TROS about the 5 siblings, I love it how Jaesi said she wants to get into Olympics, like by 17 y.o., she should win a national game yada yada. Wow, that's impressive tho for a 9-year-old kid to think like that.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak balance kan huhuhu. we tend to rely 100% on academic. padahal hati meronta nak buat art, nak buat music etc. if only i could turn back the time... tskk skrg ni masih berusaha mencari apa yang diri ni nak. in order to figure that, mesti kena cuba benda baru untuk tahu if we are born to do that or not. but not 100% rely on that too sbb kita blh belajar apa yang kita nak. bila dah minat benda susah pun jadi senang! :D

      Delete
  10. In another word, you still haven't found your WHY. Your big WHY in your life. The reason why you would wake up every morning, the thing that makes you passionate in every step of the day. Lots of people find it hard to find their WHY. But when they do, they'll rise. :)

    p/s: I'm still finding mine. Semoga kita semua berjaya dan membawa manfaat pada masyarakat dalam hidup kita.

    p/s: Try look up kat youtube Simon Sinek - Start With Why

    ReplyDelete

Post a Comment