Adonit Jot Pro Stylus Review

by - November 12, 2016

Adonit Jot Pro | Untuk sesiapa yang guna tablet ataupun iPad selain iPad Pro, entri ini adalah untuk ada. Kalau ada yang minat digital drawing, sketching, digital note-taking etc, benda yang aku nak kongsi ini adalah tool yang akan menyenangkan kerja korang. Pernah guna stylus yang pakai sponge material? Boleh klik SINI untuk tengok stylus yang aku maksudkan. Sebelum ni aku guna tu dan aku rasa bodoh gila sebab benda tu langsung tak bagi kerjasama. Jangankan nak melukis, nak jot down nota pun susah. Cari punya cari, akhirnya aku jumpa stylus yang compatible dengan iPad aku dan juga tablet lain.

adonit jot pro malaysia



Ini sahaja yang ada dalam kotak. Insert hitam tu superb sebab ada adhesive strap yang menahan stylus tu supaya tak terlampau berasa gegaran bila di goncang oleh customer yang tengah fikir nak beli atau tak nak beli. (admit it that you always shake the stuff before you purchase them.. or is it only me? lulz). Mine is in a rose gold color. Adonit Jot ni ada banyak jenis dan yang aku punya adalah Adonit Jot Pro. Klik SINI untuk tengok version lain. 

adonit jot pro review

Adonit Jot Pro Size and Design

Kalau tengok memang slim dan panjang tu lebar tapak tangan aku je. Mudah nak bawa sana sini. Yang bestnya Adonit Jot Pro ni ada screw cap untuk protect tip hujung tu daripada rosak. Kalau nak guna, lid tu boleh dipusingkan dekat bahagian atasnya supaya tak hilang. Adonit Jot Pro ini adalah metal tube. Bukan plastik. Kalau sakit hati dengan orang boleh cuba ketuk kepala mereka dengan benda ni. Hihi!

adonit jot pro malaysia review

Functionality 

Berbeza dengan rubber-tip/sponge-tip stylus, Adonit Jot Pro ni lain. Kalau tengok dalam gambar, yang tip tu adalah plastic-disc with ball-joint. Bila guna untuk menulis atau melukis memang precise sangat. Benda tu mesti kena lekap rata atas screen untuk dia berfungsi dengan baik. Nampak pelik tapi sangat best bila guna. Slide smoothly atas screen! 

adonit jot pro procreate

Result of using Adonit Jot Pro

Pandai tak aku lukis? Hiks. Buruk dan kena banyak berlatih. Aku suka-suka je nak melukis sebenarnya dan apps yang aku guna adalah Procreate. Senang hati buat kerja bila guna Adonit Jot Pro. Rasanya kalau guna rubber-tip stylus memang sampai bila-bila pun aku tak dapat melukis tanpa rasa marah huhuhu. Kalau masih tak percaya dengan review aku, meh tengok video aku provide dekat bawah ni. 

A video posted by Eeca Shyaa (@eecashyaa) on

Haa percaya tak yang Adonit Jot Pro ni best? Harga sangatlah berbaloi. Aku beli dekat Switch dengan harga RM138. Tak murah dan tak mahal yang penting kualiti bagus. :) Cuma satu je cons Adonit Jot Pro ni.. Ini pendapat aku lah.. You cannot rest your hand on the tablet/Ipad or it will drag the screen or might be ruining your drawing bila melukis. Small matter je. Kalau tak nak kekacauan berlaku, belilah Adonit Pixel sebab ada fungsi palm rejection. Harga pun superb lah! Konklusinya, Adonit Jot Pro sangatlah okay untuk permulaan. Kalau taknak beli Adonit Jot Pro, beli yang Adonit Mini. Harga kalau tak silap RM98 dekat Switch.

Sekian saja review aku kali ini. Don't hesitate to ask me if you have a question about this!

You May Also Like

18 comments

  1. sy guna samsung note, mula2 wonder jugak sama ada berguna ke stylus pen tu, alhamdulillah lg best ambik nota dgn menulis.

    menarik sgt post ni sy rasa :D Pencil yg Apple keluarkan tu untuk iPad pro kan?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah. yg Apple pencil tu tak compatible dgn yg lain.

      Delete
  2. wahhhh macam best jak tk.
    style la, harga pun berpatutan dengan quality :)

    ReplyDelete
  3. oooo kalao guna dkt android detect ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan compatibility yg mereka list sini http://www.adonit.net/jot/ memang blh detect jugak.

      Delete
  4. neeza ada Ipod je, hehe :D

    jemput singgah dan komen www.neezalife.com

    ReplyDelete
  5. Good review :) hrga tk la mhal sbb dtg dr switch.

    Bg org yg mggunakan bleh beli. Klau takat beli sbb nk ade je, tk pyh ler. Happened to mek sndiri. Beli keyboard. Guna la kejap pastu tk dh skang. Bnyk pkai phone drp ipad --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dh lama beli ipad. tp sblm ni duk simpan dlm beg je sbb tak jumpa stylus yg best :3 kalau bosan blh cuba lukis2 hihihi

      Delete
  6. Boleh recommend pada kawan2 nie.. tq share

    ReplyDelete
  7. hasil memang terbaik....bagus sangat pen ni

    ReplyDelete
  8. What's up everyone, it's my first pay a quick visit at this site,
    and paragraph is truly fruitful for me, keep up posting these
    articles.

    ReplyDelete
  9. Hi all, here every one is sharing such know-how, therefore
    it's fastidious to read this web site, and I used to pay a quick visit this webpage
    every day.

    ReplyDelete
  10. Attractive section of content. I just stumbled upon your site and in accession capital to assert
    that I acquire in fact enjoyed account your blog posts.
    Anyway I'll be subscribing to your augment and even I achievement you
    access consistently rapidly.

    ReplyDelete