Drama Korea Terbaru Pilihan Hati

by - November 10, 2016

upcoming korean drama, legend of the blue sea

Tak sabar tunggu cerita korea baru yang akan mula minggu depan. Ada tiga korean drama yang currently dalam to-watch list aku. Pengaruh cerita korea ini memang kuat macam pengaruh donald trump jugak. Bila dah tengok trailer memang akan terjebak. Tak boleh kalau tak tengok sebab gerenti akan teringat-ingat teaser tu. Lagi-lagi kalau ada actor kacak dan hensem. I kenot resist! :p  Ada tiga drama korea yang akan mula pada minggu depan yang aku nak tengok. Are you ready?

1. Legend of The Blue Sea

Tengok teaser pun dah best. Pelakon utama drama Legend of The Blue Sea ini adalah si kacak Lee Min Ho dan si cantik Jun Ji Hyun. Drama ini adalah inspirasi daripada sejarah kisah dongeng orang Korea iaitu Joseon legend dimana seorang nelayan menangkap puteri duyung dan melepaskannya. Dalam cerita ini pulak, puteri duyung yang terakhir di dunia muncul di Seoul dan cuba untuk hidup sebagai manusia. Bila dah jadi manusia, terjumpa pulak dengan si penipu Lee Min Ho. Lee Min Ho pula akan ada dua watak di era berlainan iaitu zaman dulu dan zaman moden. Curious gila nak tahu jalan cerita drama Legend of The Blue Sea ni! Agaknya dapat tak puteri duyung zaman dulu survive zaman moden?

Release date : 16 November 2016

2. Weightlifting Fairy Kim Bok Ju

Drama Weightlifting Fairy Kim Bok Ju ini pulak mengisarkan tentang atlet yang cuba untuk mencapai impian mereka dalam sukan yang diminati. Pelakon utama adalah Lee Sung Kyung sebagai Kim Bok Ju dan Nam Joo Hyuk sebagai Jang Joon Hyung. Drama ini bukan sekadar sukan tetapi akan diselitkan kisah cinta antara pelakon utama! Hmm boleh ke Bok Ju comel ni angkat berat?

Release date : 16 November 2016


3. Oh My Geum Bi

Drama Oh My Geum Bi ni macam cerita sedih. Berkisar tentang seorang ayah yang menjaga anaknya yang berumur 8 tahun yang mempunyai penyakit Alzheimer. Hmm mengingatkan aku dengan movie A Moment To Remember. Rasanya kena sedia tisu bila tengok drama ni! Pelakon utama adalah Heo Jung Eun sebagai Geum Bi dan Oh Ji Ho sebagai Mo Hwi Chul. Tak sabar nak tengok!

Release date : 16 November 2016
* * * * * *
Don't forget to mark your calendar! 

You May Also Like

16 comments

  1. Semestinya siqah tak sabar jugak nak tengok Legend of the Blue Sea! Rindu Lee Min Ho! Tengok trailer dan buat lagi excited. Next week! Yeayyyyy 😍

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tengok lee min ho! handsome gila kot dia dalam trailer tu aaaaaaaa eksaited.

    ReplyDelete
  3. sengit nanti rating legend of the blue sea & weightlifting fairy kim bok ju

    ReplyDelete
  4. Aaaa lee min ho!! Haha hensem nye die, tak sabar nak tengok

    ReplyDelete
  5. the third drama tu nampak best sangatlah hehehehe

    ReplyDelete
  6. aaaaa. jun ji hyun :D last drama dia yg my love from the star tu kannn?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  7. Comelnya muka muka diorang ni huaaaa. haha

    ReplyDelete
  8. Legend of The Blue Sea basically dahmampu buat orang gila sebelum on air lagi ;DDD

    ReplyDelete
  9. My geom bi tu mek pun msuk list jugak nk tgk :)

    ReplyDelete
  10. saya dah baca 6 nov hari tu. Ziarah lah blog saya pulak:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Ehhh tak sabar jugak ni nk tgok LMH..dah oenat tgok ejaz nak tgok oppa pilot la pulak..hheheheh

    ReplyDelete
  12. Tak sabar nak tengok Legend of The Blue Sea !

    ReplyDelete
  13. tak sabar jugakkkk nak tgk Lee Min Ho new drama too... =)

    ReplyDelete
  14. selamat menonton semua peminat korea....terbaru yang saya layan cuma Train to Busan....

    ReplyDelete
  15. dah lama tak layan korea..last layan drama korea masa dok u dulu..hihi

    ReplyDelete
  16. Saya lom pernah tuntun habis sebarang cerita korea. Nak cubalah dgn cerita oh my geum

    ReplyDelete