Of Things That Happened Last Week

by - November 08, 2016

eeca shyaa


Terus terang cakap memang aku eksaited bila nak masuk bulan November. Nothing particular actually since I was counting the days to meet someone. Eksaited nak mati bila tengok hari yang ditunggu-tunggu akan tiba. Biasanya hello-november-please-be-nice-to-me adalah benda tipikal yang akan orang buat tiap kali masuk bulan baru. Padahal apa-apa bulan pun memang baik dengan kita. Kita yang shaitonirojim sebenarnya. Kihkihkih. Now let's skip to the things that happened in my 44th week of 2016. 

Shattered.

I was completely tearing and breaking into pieces. I trusted that person very much. Makin lama aku rasa makin dibiarkan. Tapi aku tak peduli. Aku abaikan perasaan tu semua. Rupanya instinct aku betul. Dia give up on our relationship dan tinggalkan aku tanpa sikit rasa sedih pun. He always said he loves me more, he said he won't leave me, he said he will keep his promises but sadly he broke his own words. Spesies macam ni memang layak dihumban dalam laut paling dalam dan dijadikan santapan jerung. Tak pun pergi hantar ke bermuda triangle biar lenyap. I thought I will be crying for the whole month but thanks to korean dramas dan Ji Chang Wook sebab tak sampai seminggu aku dah boleh move on. Tak sabar nak tengok oppa Lee Min Ho berlakon dalam The Legend of the Blue Sea pulak. Tengok trailer macam best!

I Abandoned My Bullet Journal.

Disebabkan sedih, aku tak ada mood nak tulis apa-apa dalam journal. Rasa serba salah sebab aku sepatutnya menulis tapi aku cuma biarkan week 44 tu kosong. Mungkin minggu ini pun kosong. Dan mungkin jugak aku akan biarkan the whole November punya page tu kosong. Serius sedih dan tak ada semangat. Malaslah. 

I Skipped My Konga Class As Well.

I am supposed to attend the fitness class on Wednesday, Thursday and Friday. Tapi disebabkan cuaca pun ikut mood aku yang tengah sedih dan gloomy, aku jadi malas. Memang minggu yang teramat malas dan tak ada mood gara-gara satu benda je. Alahai. I need my spirit back! To that person, nak tinggalkan aku pun tak perlulah bawak semangat aku lari. Phew. Benci ah.


I Lost My Gold Bracelet. 

Ini kali kedua aku kehilangan gelang. Masa hari jadi aku yang entah ke berapa, mungkin yang ke 20 or 21 kot, ex boyfriend ada hadiahkan gelang. Tapi tak sampai seminggu gelang tu hilang. Sabtu lepas pulak gelang emas aku yang hilang. It was bought my late grandma sobs. Dalam pukul 3 petang baru aku perasan yang tangan aku kosong. Sedih. Aku taknak dah pakai apa-apa gelang unless yang memang jenis tak boleh nak tercicir. 

Cancelled Plan.

Well, sebenarnya aku memang nak keluar hari Ahad dengan kawan yang aku tak pernah jumpa tapi dalam chat kemain macam orang dah kenal 10 tahun. Tapi disebabkan malam sabtu tu aku terlampau layan perasaan dan tidur lewat, makanya esok aku terlewat bangun dan meng-sengajakan diri ini untuk bangun lewat. Hiks. Insyallah Ahad ni aku akan keluar mencari semangat aku balik. Nak jalan sekitar Miri dan cari tempat best. Boleh aku share dalam blog. 

* * * * * *

Di sebalik benda yang jadi aku yakin ada hikmah dan allah pasti ada rancangan yang lagi baik dari tu. Tapi kalau yang bangun lambat dan abaikan sesetengah benda tu memang kemalasan yang datang dari diri sendiri. Insyaallah azam tahun baru nak jadi rajin pulak! Abaikan hari hari aku yang bosan sebab aku memang jarang keluar rumah dan pergi mana-mana. Ayah aku pun bising sebab asyik mereput dalam bilik je hahah! Jangankan keluar rumah, keluar bilik pun tak. Orang lain sebok tengok gegar vaganza, tengok suri hati mr pilot entah, aku pulak over feeling layan cerita korea. Tak pun menyampah sendiri tengok video donald trump dalam youtube. Curious nak tahu siapa akan menang dalam us election! Jeng jeng jeng!

Till here then. Bai!

You May Also Like

8 comments

  1. patutlah erin perasan post sedih je sejak dua menjak ni. stay strong ok! banyak lagi lelaki kt luar sana, he's not worth it satu sen pun. cheer up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep erin! sbb tu blh move on dgn cepat walaupun masih ada sisa yg tertinggal. cewahh!

      Delete
  2. sabar lah. in shaa Allah ada hikmah di sebalik benda yang berlaku. be strong ya awak

    ReplyDelete
  3. Jangan sedih2 ye semoga eecha akn dpt sesuatu yg lagi baik =)

    ReplyDelete
  4. Sorry to hear that eeca . Biaq p je dia. Dia yang rugi sebab kehilangan wanita yang sayangkan dia. Eeca tak hilang apa2 okay :) Stay strong dear :)

    Btw, Thanks to our boyfriend, JCW yang buat eeca move on cepat 😍 Dan yes, siqah pun tak sabar nak tengok Lee Min Ho oppa! Ahhh trailer cam menarik comel je. Hehe

    ReplyDelete
  5. Btol btol, tkde reason nk sedih psai dia. Dh dia blah, kt move on. Bktikan kat dia, dia bkn sgalanya pon. Ue deserved much better than him :)

    ReplyDelete
  6. Jangan hilang semangat, Echa! *fighting!*
    betul cakap Erin tuh, he's not worth it at all. Eeee, Fatin pulak naik emotional dgn lelaki perangai mcm ni tau! Tak pe Echa, there's must be something way better waiting for you in the near future :)

    ReplyDelete
  7. Eeca be strong . Ada pepatah kata , " kita akan jumpa orang yang salah sebelum kita jumpa orang yang betul-betul nak kan kita ." ... he is not worth it to cried for . Insyaallah . Jodoh yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Amin .

    Sama!!!! Tak sabar jugak nak tgk drama Lee Min Ho sebab nampak mcm best !!! 😍

    ReplyDelete