Sunday, March 19, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Lazada Malaysia

Haippp! Sempena hari jadi Lazada Malaysia ni, mereka ada buat contest. Aku tengok banyak je blogger yang join Lazada Birthday Contest ni. Meriah semacam! Memandangkan aku belum ada benda nak update dalam blog, rasanya aku patut menyemakkan diri dalam senarai peserta Lazada Birthday Blogger Contest ni. Jujur yang aku belum pernah shopping di Lazada ni. Tapi kalau cuci mata tengok barangan yang ada dalam website Lazada memang banyak kali dah. Macam-macam benda mereka ada okay! Rambang mata dibuatnya!

Website Lazada ni kalau dalam bentuk fizikal aku rasa dia akan jadi bangunan shopping mall 8 tingkat! Tapi kena add on satu tingkat lagi untuk foodcourt!

What do you love about Lazada Malaysia?


Macam-macam ada! Bab ni paling best dan win sekali bagi aku sebab tak payah susah-susah nak ke kedai cari barang. Kalau jenis pemalu macam aku ni memang heaven sangat dah Lazada ni. Semua benda di hujung jari. Cakap je nak apa memang semua ada. Nak cari kasut, gadjet, perabot, makanan, baju, barang mekap, periuk belanga, penyapu, mop semua ada. Tak kisah lah benda besar ke kecik semua dia sapu. Keretapi betul je tak ada dalam tu hehehe!

Selain dari macam-macam ada ni, website Lazada ni sangat kemas dan teratur. Banyak barang tapi tetap teratur sebab setiap benda ada kategori dan sub-kategori sendiri. Lagi mudah nak cari apa yang kita nak. Setiap apa yang dipaparkan pun ada deskripsi dan butiran terperinci. Kalau ada yang berkenan boleh terus add to cart dan checkout. Sistem pembayaran pun agak senang dan fleksibel. Say no more! Nak shopping pun jadi mudah yang amat dengan Lazada ni!


Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)


Lazada tanya apa produk kesukaan ni nak bagi satu ke? Tak baik tanya je tau :P

Lazada Malaysia

Sony A6000. Yang ni benda paling aku suka dan paling aku nak. Dah lama idam kamera Sony A6000 ni. Sekarang pun tengah kumpul duit nak beli kamera. Walaupun tak ada bakat persis seorang jurukamera, tapi aku tetap nak jugak kamera ni sebab aku suka snap gambar! Aku dah buat review tentang kamera ni. Kalau ambil gambar malam memang cantik gila. Terang. Sesuai untuk aku yang suka night view! Selain tu boleh snap gambar lawa ala-ala stock photos untuk blog sendiri!

Lazada Malaysia

Panasonic MJ-L500 Slow Juicer. One of my favourite kitchenware! Setiap pagi aku buat jus karot. Kadang aku buat jus epal atau jus timun. Yang aku guna sekarang adalah high-speed juicer. Bila bandingkan dengan slow juicer ni nampak macam best lagi jus tu sebab tak ada rasa kasar. Selalu kalau kita minum jus mesti ada cebisan buah yang kecik tu kan. Then kalau biarkan sekejap mesti benda tu timbul atas permukaan jus. Tapi kalau guna slow juicer ni rasanya jus tu akan jadi lebih soft! SINI ada details produk ni. Nak satu plis!

Lazada Malaysia

Cook N Home 15 Piece Non Stick Black Soft Handle Cookware Set. Aku paling suka masak guna non-stick pan. Kalau guna jenis ni memang confirm makanan takkan melekat atas permukaan kuali/periuk/pan tu. Tak perlu guna minyak pun tak apa! Memandangkan harga minyak masak pun menggila naik, at least kalau masak guna non-stick cookware ni boleh jugak jimatkan penggunaan minyak masak kan. At the same time boleh amalkan pemakanan sihat tanpa minyak sekaligus!

How do you think Lazada Malaysia can improve? 


Hmm kalau yang ini aku tak pasti apa kekurangan Lazada Malaysia. Macam semua tip top je. Based on adik aku punya pengalaman shopping barang di Lazada, servis khidmat pelanggan bahagian proses refund duit ada slow sikit. Mungkin masalah berpunca dari barang yang tak sampai. Harap pihak Lazada boleh cek balik kekurangan bahagian ni. Yang lain semua okay. Selain tu mungkin boleh tambah lagi banyak produk barangan kot supaya online shopper boleh jadi lagi menggila bila cuci mata di Lazada! Selain dari diskaun dan voucher, mungkin Lazada boleh perkenalkan sistem lain untuk menarik lebih ramai pelanggan.

What is your birthday wish to Lazada Malaysia?


Aku harap Lazada Malaysia akan terus maju, sukses dan sentiasa nombor satu di hati pelanggan. Jangan kalah dengan permintaan pelanggan yang kadang demand macam-macam ni okay! :P
Happy 5th Birthday, Lazada Malaysia!

Lazada Malaysia

Kepada yang belum join, masih ada masa lagi nak join! Jom meriahkan Lazada Birthday Blogger Contest ni!

12 comments:

  1. Good luck! saya pun join juga contest ni hehehe semoga ada rezeki kita nak menang kan.
    Camera tu memang win sekali! Selama ni tangkap gambar pakai camera phone yang tak berapa nak lwa sangat je kan aha.

    ReplyDelete
  2. camera tuuuuu. terjatuh cinta pulak

    ReplyDelete
  3. mok juak bha sony camera ya. hhehehe :)
    all the best. kmk pun ada juak join tk :D

    ReplyDelete
  4. mok juak bha sony camera ya. hhehehe :)
    all the best. kmk pun ada juak join tk :D

    ReplyDelete
  5. All the best Eeca .. Semoga kita sama2 menang hehehe .. =P

    ReplyDelete
  6. wow.
    sony a6000
    pilihan yang bijak.
    mmg best kemera tu.
    gud luck ok

    ReplyDelete
  7. goodluck sis! elsa join jugak hehe

    ReplyDelete
  8. Gut luck eeca... Moga ada rezeki kita untuk menang dalam contest ni.. ;)

    ReplyDelete