3.19.2017

Miri App | Search, Locate, Rate & Review Everything About Miri

bandaraya miri

Tiap kali kalau ada plan nak keluar dengan kawan mesti susah nak decide dekat mana nak makan kan. Fikir punya fikir dekat setengah jam baru dapat pilih nak makan apa dan nak makan dekat mana. Jangankan orang luar, aku sendiri pun kadang tak tahu apa saja yang ada di Miri ni sebab aku jarang makan diluar sebenarnya. 

Tapi sekarang dah tak payah pening-pening lagi nak fikir benda tu semua. Download je Miri App! Haa pernah tak dengar tentang Miri App? Aku tak pasti korang tahu atau tak tapi aku pun baru tahu kewujudan aplikasi ni sebenarnya. Ini bukan paid article or apa tapi disebabkan aku rasa tak ramai tahu tentang ni so aku nak tolong promote Miri App ni biar semua orang tahu! :P


Apa itu Miri App?

Miri App adalah satu aplikasi yang menyediakan maklumat tentang Bandaraya Miri dalam bentuk mudah. Aplikasi ni sudah pun diperkenalkan sejak tahun lepas lagi sebenarnya. Ia adalah projek komuniti dan pelancongan oleh Majlis Bandaraya Miri. Tujuan utama Miri App ini dibina adalah untuk mempromosikan Bandaraya Miri! Dengan adanya Miri App ni, orang luar boleh cari maklumat tentang makanan, tempat-tempat menarik dan apa-apa acara menarik yang ada di kawasan Miri. Haa mudah kan sebab semuanya di hujung jari sahaja! 

Paparan Miri App

Semua gambar ni aku screenshot dari smartphone aku.

bandaraya miri

bandaraya miri

bandaraya miri

bandaraya miri


Nampak clean, teratur dan mudah je nak guna kan? Untuk bab makanan tu jangan terkejut sebab memang ada halal dan non-halal punya. Tapi jangan risau sebab dekat maklumat kedai mereka ada letak logo halal. Untuk owner kedai makan atau event organiser, mereka boleh register maklumat mereka dalam sistem dan meriahkan lagi information yang ada dalam Miri App ni. Yang bestnya setiap apa yang kita click akan ada deskripsi dan butiran lanjut mengenai benda tu. At least taklah clueless sangat kan.

Untuk support Miri App ni, korang bolehlah download dan tinggalkan review dekat mana-mana tempat yang korang dah pergi. Kalau tak nak download tapi nak tinggalkan review boleh buat dekat Miri City Website. Untuk orang Miri pulak, sila support untuk tolong promosikan Bandaraya Miri! Let's make out town great!

14 comments:

  1. Sekarang zaman teknologo hujun jari.. semua maklumat mudah dapat

    ReplyDelete
  2. InshaAllah kalau ada masa lapang boleh ke tempat kelahiran di Miri.

    Jemput datang sini.
    https://ariazir.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Senangnya nak jenjalan kat Miri, siap ada apps lagi tu...

    ReplyDelete
  4. Wah, hebat. memudahkan orang ramai terutamanya untuk tourist yang tak biasa di sana...

    ReplyDelete
  5. Nice app!nanti nak pergi miri hehe...boleh promote tak huhu.. https://ceritaberemosi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. Oh ada apps cmtok duhal. Baru tauk eh. Hehe

    ReplyDelete
  7. wahhh miri dah ada app. app sibu ada sik? :D
    bestnyaaa, boleh download tk mun ada peluang mok agak miri kelak. :)

    ReplyDelete
  8. uuuuu hebat r kamek pun baruk tauk ada apps tok! silap ari bulan org miri dirik mpun pun guna apps tok pakey cari tempat makan nok nyaman. agiklah org kedak kamek yg jarang balit miri tok..hahahah

    ReplyDelete
  9. Kalau pergi Miri lepas ni. Kena download apps ni. 😊

    ReplyDelete
  10. Wahhhhh menarik juga apps ni! kalau saya nak pergi miri nanti boleh la cuba apps ni. Thanks.

    ReplyDelete
  11. whoahh.. lepas nih boleh la jalan2 miri pulak hahahah

    ReplyDelete
  12. Ni untuk penduduk miri ya..wow best2

    ReplyDelete
  13. oh wow, the app looks cool. everything is easy nowadays thanks to the internet and smartphones

    ReplyDelete