3.05.2017

Sanggar Pappek Dan Sambal Tomat

sanggar pappek

Ada yang pernah makan sanggar pappek tak? Kali pertama aku makan benda ni masa belajar di Kota Kinabalu dulu. Sedap. Aku tak pasti makanan ni berasal dari mana tapi ada yang kata ini adalah makanan Bugis dan ada jugak yang aku baca sanggar pappek ni berasal dari Indonesia. Ahh tak kisah la mana-mana yang aku pasti aku suka makan benda ni. Enak loh.

Senang je nak buat sanggar pappek ni. Tutup mata pun boleh buat. :P

Cara Buat Sanggar Pappek!


sanggar pappek

Bahan utama mestilah pisang. Kena guna pisang muda yang macam ni. Aku pernah try guna pisang yang dah setengah masak dan rasanya kurang sedap dan tak sesuai kalau nak makan cecah dengan sambal. 

cara buat sanggar pappek

Gambar atas ni pisang yang dah siap dikupas dan digoreng sampai warna perang. Goreng biasa guna minyak panas tu. Jangan terlampau perang pulak sebab nak digoreng dua kali!

Bila dah siap goreng, kena tunggu pisang tu sejuk baru boleh penyekkan. Nak rasa masin sikit boleh tabur garam. Tak perlu banyak just be nice with the bananas okay. Bila dah selesai penyek boleh terus goreng guna minyak yang sama. Goreng sampai warna perang dan nampak garing.

Cara Buat Sambal Tomat! 


cara buat sanggar pappek sambal tomat

Cara buat sambal pulak memang senang. Sambal yang digunakan untuk makan dengan sanggar pappek ni adalah sambal tomat ye. Aku tak pernah cuba pulak kalau makan dengan sambal selain dari sambal tomat. Tapi yang ni memang umppph! 

Bahan-bahan sambal tomat : 

(aku tak suka letak kuantiti so agak-agak korang nak buat berapa banyak. you know the drill, babe!)
‣ tomato
‣ cili padi
‣ belacan
‣ garam
‣ gula
‣ ajinomoto

Cara-cara buat sambal tomat :

1. Goreng tomato guna minyak banyak. Agak-agak dah masak, terus angkat dan tapis.
2. Lenyek/Tumbuk cili padi, belacan dan gula. 
3. Masukkan tomato dan lenyekkan sekaligus.
4. Letak garam dan ajinomoto untuk rasa. Siap! 

Mudah je nak buat sanggar pappek dan sambal tomat ni kan? Haa cuba jangan tak cuba okay! 

13 comments:

  1. macam nyaman jak. belum pernah merasa tk. teringin juak mok molah sebab macam senang jak :D

    ReplyDelete
  2. first time dngr dan nampak sedap tuu. hehe

    ReplyDelete
  3. nampak sedap teringin nak rasa :D

    ReplyDelete
  4. Ohhhh tak pernah dengar pun nama makanan ni. Serius tak pernah cuba. Rasa nak try ja rasanya.

    ReplyDelete
  5. nampak menyelerakan ! kena cari pisang ni. tak pernah rasa pun

    ReplyDelete
  6. Uniknya makanan ni, boleh try ni, pisang mmg fav mai,hihihi.

    ReplyDelete
  7. sangkar pappek . urm first time dengar .. btw ccl baru follow blog ni

    ReplyDelete
  8. Menarik resepi nie.. Tak pernah dgr but senang untuk dicuba.. hehe

    ReplyDelete
  9. First time dengar makanan ni, sanggar pappek. Nampak selera bila kombinasi pisang dan sambal di situ.

    ReplyDelete
  10. Echa pernah pergi Sabah rupanya.. Saya pertama kali dengar pasal sanggar pappek ni mula2 pelik. Sebab macam lain bunyi dia.

    Tapi dengar2 sanggar pappek ni femes kat Tawau, Sabah. Banyak makanan sedap2 kat sana.

    Rasa nak cuba pula resepi ni

    ReplyDelete
  11. Uisss menariknya makanan ni.. Makan pisang dengan sambal tomat.. lain dari yg lain.. Mesti best ni..

    ReplyDelete