My Journal Collection

by - May 31, 2017

my journal collection

I am always that someone who is fond of notebooks. Always. Dari dulu sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila. I will pass this obsession to my future children, of course. Haha. Aku minat kumpul buku nota sejak dari zaman sekolah rendah. Dulu kan femes main mintak biodata kawan so buku nota ni boleh dikatakan benda wajib ada lah. Kalau ikutkan memang banyak buku nota yang aku ada. Tapi ni cuma separuh saja yang aku nak share.


My Journal Collection

collection journal

Ini antara koleksi buku nota yang aku ada. Banyak? Yes. Dah memang peminat buku nak buat macam mana kan. Hehe. Tak semua buku ni aku guna. Ada yang duduk diam dalam almari je. Nak jual atau nak bagi orang sayang pulak. Sekarang pun tengah dalam mode hiatus. Dah lama juga buku nota semua ni terbiar. Ada rasa nak menulis. Cuma bila tengok tulisan buruk, terus tak jadi nak menulis hahaha. So, jom tengok buku ni satu persatu!

The Filofax Original! 

filofax malaysia

Ini planner paling aku sayang. Dan juga planner paling mahal aku pernah beli. Self reward + self satisfaction lah katakan. Bila dah join komuniti pencinta planner ni, macam-macam jenis planner dan buku nota yang kau akan jumpa. Bila aku tengok planner ni, memang jatuh cinta terus. Sampai makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena dibuatnya hahaha. Sebelum aku beli ni, aku ada Filofax Malden. Fikir punya fikir, aku decide untuk jual Filofax Malden then beli Filofax Original ni. Planner ni aku guna untuk jot down notes atau apa-apa benda penting je sekarang. Nak tengok dalam dia macam mana? Baca ni Review | Filofax Original Personal Organizer

The FoxyFix! 

foxyfix malaysia

the foxyfix

Hmm yang ni pun antara top kesayangan. Second journal paling mahal aku beli. I'm not trying to show off. Jangan salah faham pulak. I'm trying to emphasize how crazy I am over notebooks! Bila dah suka, mahal pun sanggup beli. Gila. Hahaha. Nasib baik sekarang dah pencen untuk sementara waktu. Yang ni aku beli datangnya cuma leather cover tu sahaja. Tak ada isi atau buku nota di dalam. Buku atau lebih dikenali sebagai insert tu kena cari sendiri. Kalau berminat boleh tengok di website Foxy Fix. Sekarang mereka ada lagi banyak choice. Lagi bikin gila kalau spesies macam aku ni tengok. Cantik semuanya.


The Paperdorable! 

paperdorable

Yang ni paling latest aku beli. Dan paling last. Beli pun sebab aku terjebak nak start buat bullet journal. Best guna Paperdorable ni sebab kau boleh pilih jenis kertas nak macam mana. Dotted, line or grid. Aku suka grid. Paperdorable ni aku guna untuk bullet journal dan jugak as a diary. Ada dua warna. Maroon dan hitam. Cute! Boleh singgah How I Use My Bullet Journal untuk tengok isi dalam buku ni.

The Midori Traveler's Notebook!

traveler's notebook

leather journal

Yang ni aku ada dua version. Satu besar satu kecik. Kecik ni orang panggil passport size. Sesuai nak bawak mana-mana sebab kecik. Aku paling suka material journal ni. Leather dia lembut! Bila scratch nampak macam antik betul. Yang ni pun aku sampai termimpi-mimpi nak beli haha. Semua sebab aku tertengok satu gambar orang guna journal macam ni, dia compile semua insert di dalam then the journal looks very chunky! Nampak comel dan sapa-sapa tengok pun blh ter-intrigued atau ter-curious nak tahu apa je ada dalam buku nampak-buruk-tapi-best ni. Chunky journal ni haa yang aku maksudkan. :P

The Pink Planner!

customade planner

Yang ni pulak the first planner ever yang aku beli. Customade dari orang lain. Then orang tu jual so ai beli lah. Rasa macam nak jual je yang ni. Tak pun untuk giveaway. Tapi sayang pulak. Dulu gigih buat insert sendiri. Tapi buruk. Yang ni tak mahal. Dalam RM60 kalau tak silap. Tak sampai pun beratus hehe. Material yang digunakan adalah PU leather. Comel je kan. Rasa macam nak guna balik pun ada jugak! The best thing guna planner macam ni is korang boleh pindah insert dalam ni to another planner. Tapi make sure size dan lubang insert sama la. Hehe.

The Zipper Planner!

zipper planner

Zipper planner yang ni pulak aku beli di kedai buku biasa. Isi dalam pun biasa saja. Aku suka pun sebab yang ni jenis planner berzip. Lain-lain planner berzip yang aku tahu adalah Kate Spade planner. Tu pun mahal tapi cantik! Yang ni dah lama aku beli. Tahun 2011 or 2012 rasanya. Masih steady. Hahah. Purpose untuk planner ni belum ada. Nak bagi orang sayang. So simpan jelah. Hehe.

The Luxe Notebook!

the notebooks

Yang ni pun buku nota biasa. Lama dah beli. Around 2012 juga rasanya tapi sampai sekarang tak terpakai. Dulu beli pun ingatkan nak guna untuk study. Tapi sayang nak guna. Aku suka jenis buku nota macam ni sebab tebal. Yang jenis nipis aku tak suka sangat. Hehe. Plus this look pun nampak ala-ala vintage gitu. Sebab tu la eager sangat nak beli tapi lastnya tak terpakai huhu.

Yang di-mention kat atas ni semua la antara my journal collection hehe. Korang ada tak? Share please! Nak jugak tahu buku macam mana korang prefer or ada untuk menulis. :D

my journal collection

Nak cari planner atau buku nota atau bahan stationery? 

Aku dah compile shops yang jual benda comel-comel ni untuk korang. Hiks.
>> 15 Stationery and Notebook Online Stores For Malaysian

Sebelum pilih buku nota atau planner atau journal, korang kena baca ni!

>> 4 Things To Consider Before Buying A Notebook/Planner

Don't forget to share with me your journal or notebooks or planner! <3

You May Also Like

9 comments

  1. i love the midori traveller books!!!
    kenak kacak gilak aih...jeles na tangga...kenak belilah kedak tok...
    kacak2 buku nota kitak! ^_^

    ReplyDelete
  2. Eeca! Sama la. Farah penggila planner hehe. Sekarang pakai planner dari notbooknotbuk. Eeca bole tgk. Planner dia cantikkk

    ReplyDelete
  3. Banyaknyaaaa Eeca!!! Siqah ni satu pun takde. Haha. Kagum betullah dengan orang yang suka guna jurnal. Nak jugak ada tapi tak tahu nak buat apa. Hehe.

    Berkenan dengan journal Filofax. Cantik 😍

    ReplyDelete
  4. Eh.. Samalah kita...so, I think we'd shared the same interest -planneraddicts.. I'm in love with planner and a kind of stationary addicted as well. Currently, i use Hobonichi Planner...

    ReplyDelete
  5. Paperdorable tu pun saya suka tapi tak pernah beli, my kakak used that one besides other planners as well. Dia suka beli planner banyak2 yang berlainan jenama, katanya nak rasa semua...

    ReplyDelete
  6. Hahaha boleh gila tengok entry pasal journal/planner ni, sebab mai pun gila juga, haha. sekarang pakai planner dari kak Lz, ada kat ig @paperandplanner.

    ReplyDelete
  7. Nadia suka yang FoxyFix tue and Midori Travellers tueee~ <3

    Bestnya tgk banyak journal, notebook and planner. Nadia dlu masa belajar lah banyak notebook and planner mmg suka kumpul mcm Eeca tapi bila dah kerja suddenly minat tue hilang slowly . Hihi

    ReplyDelete
  8. hihi, bila tgk cover notes tu teringat cerita harry potter. i dnt know y? haha!

    ReplyDelete
  9. dulu zaman muda remaja memang gila juga beli buku nota ni.. pantang tengok cover buku comel2 mesti laju2 beli.. hahahahaha.. tapi lepas tu tak guna.. berhabuk je.. sayang sangat.. :)

    untuk koleksi dan kepuasan diri tak apa kot.. sebab saya selalu terfikir lagi 50 tahun buku2 nota tu akan jadi benda yang lagend untuk dikenang (atau mungkin boleh jual semula dgn harga mahal.. chinggg chingg chingggg.. bunyi duit masuk..) lolss.. :p

    ...

    ReplyDelete