Blogging Tips | 8 Checklist Penting Yang Perlu Disemak Sebelum Publish Entri

8 checklist penting

Kalau dulu biasanya lepas siap buat entri, aku cuma buat proofreading then terus publish entri tersebut. Rupanya ada banyak lagi benda lain perlu dibuat sebelum kita menekan butang publish tu. Benda ni aku belajar sikit-sikit dari Google dan juga dari group AFB. Aku share based on apa yang aku tahu dan apa yang aku paham. Let's check it out!



8 Checklist Penting Yang Perlu Disemak Sebelum Publish Entri


1. Pastikan keyword ada di tempat sepatutnya.

Dalam semua checklist ni, aku rasa benda ni paling penting. Korang mesti selitkan keyword dalam post title, dalam isi entri dan juga search description. Ini lebih kurang macam summary untuk entri korang dan ia akan muncul dibawah post title dalam search engine. Tapi kena ingat, keyword ni tak boleh letak banyak. Kalau banyak sangat akan dianggap spam. 2-3 or 4 ketul dah memadai. 

*Search description ada pada bahagian post setting.


2. Optimalkan gambar dalam entri.

Sebelum letak gambar, awal-awal kecikkan resolusi gambar tersebut guna Photoscape okay. Contoh dari width 2000 korang tukar la jadi width 800 bersesuaian dengan lebar body post korang. Taklah gambar terkeluar dari landasan kan. Dan size gambar pun tak juga besar sebab resolusi dah dikecikkan. 

Seterusnya pulak mesti letak ALT text. ALT text ni bertujuan memudahkan search ranking jugak. Haa kira macam bantu blog korang dalam search engine la. Nak letak benda ni mudah je. Bila dah upload gambar, korang click gambar tu then click properties. Kat situ korang isilah dengan ayat berkaitan.


3.  Edit permalink.

Permalink ni adalah URL untuk entri yang bakal kau publish. Kalau post title panjang memang akan kena potong jadi setengah. So sebelum publish make sure korang edit balik permalink tu. Boleh edit dekat bahagian post setting sebelah kanan screen korang. 

Perlu diingat bila entri dah publish, korang tak boleh tukar lagi permalink tu tau. Kalau tukar nanti entri korang akan jadi error. Sebab tu kena buat awal-awal sebelum post. 


4. Buat perenggan, tambah headings dan lain-lain format.

Untuk memudahkan orang tak pening baca entri yang panjang lebar, buat perenggan adalah cara terbaik. Bila dah ada perenggan bolehlah tambah headings atau subheadings. Selain tu boleh juga buat formatting lain seperti bold, italiciz, list atau lain-lain. Tujuan formatting ni supaya orang senang baca entri kita dan ada kelainan. Taklah plain je kan. 


5. Masukkan internal link dan external link.

Tujuan internal link ni adalah supaya orang yang singgah di blog korang tak stick to one entri je. Maksudnya kalau ada internal link, bolehlah dia baca entri korang yang lain pula. It's within your blog post only. Benda ni bagus sebab boleh mengurangkan bounce rate blog korang. Haa pasal bounce rate ni insyallah dalam next entri pulak aku akan explain. External link pulak adalah URL ke website lain. Kalau ada yang berkaitan korang bolehlah letak. Jadi win-win situation lah kan hehe.


6. Labels atau kategori.

Yang ni tak lain tak bukan supaya orang senang nak cari entri based on apa mereka nak baca. Lebih baik buat awal daripada buat nanti sebab lagi leceh tau nak kena buat satu-satu. Boleh buat sekaligus tapi cara ni lagi cepat. Hihi.


7. Semak for call-to-action

Call-to-action ni adalah untuk pengakhiran entri korang. Contoh korang boleh tanya soalan atau pendapat berkaitan ataupun share entri berkaitan atau apa-apa yang korang rasa boleh menarik perhatian pembaca to engage more with you. Its to create bonding between author and readers. Berkomunikasi melalui komen mcm tu lah. So dengan adanya call-to-action ni, mungkin boleh menggalakkan lagi orang komen entri kita. 


8. Proofreading dan preview.

Sebelum tekan publish, pastikan check segala typo apa semua. Preview. Mesti kena preview untuk tengok balik macam mana keadaan entri korang. Size gambar ngam ke tak, isi penting dah bold ke tak, keyword apa semua dah ada atau tak. Siap semak, dah konfiden rasa then baru tekan publish. Takmau cincai-cincai okay. Biar kemas barulah nampak profesional gitu.  


* * * * * * * * * * 


So itu je antara benda yang korang perlu semak sebelum publish entri. Sebelum ni korang ada buat macam ni atau main post je terus? Haa. Harap post ni boleh bantu korang untuk mantapkan lagi entri korang. Hehehe. 

Korang boleh baca ni jugak 6 Reasons That Makes Me Love Your Blog. Untuk tips lulus adsense boleh baca 5 Tips Lulus Google Adsense. Till here then! x

Comments

  1. Dah bertahun tahun berblogging baru tahu fungsi ALT text tu haha. Sebelum ni buat blog just untuk share cerita cerita panjang. Btw, salam kenal. Done followed u. Do visit me back. Cya at http://saintiskuno.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang baik eeca...

    ReplyDelete
  3. wah...dah lama cari info terbaik ni yelah hakak ni baru sebulan dua berblog semua style langgar dinding huhu...thanks ya good info sesangat

    ReplyDelete
  4. Nice sharing eeca!
    happy blogging and happy fasting!

    ReplyDelete
  5. I agree with all the checklist above and thank you for this wonderful post! :D

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan.terimakasih berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing. Kadang-kadang mesti ada yang tertinggal ataupun lupa 😊

    ReplyDelete
  8. Dulu main belasah je post tapi sekarang dah pandai sikit pasal seo keyword etc

    hahahha

    ReplyDelete
  9. yess .. sejak koin agb baru tahu semua ni

    ReplyDelete
  10. Very useful entry E'eca, thumbs up!
    Thanks for sharing 💕

    ReplyDelete
  11. Great tips, Nadia! Entry macam ni dah lama terkandas dalam draft Lenne je, takda mood lagi nak teruskan haha.

    Proofread is a major annoyance for me haha sebab kena baca balik berulang kali dari atas sampai bawah. Then, mesti ada nak tambah lah. From there, kena baca lagi. Haih blogging is very time consuming 😂

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia pulak 😅 ni lah kalau dah comment banyak2 blog ni dah confused dah haha sorry Eeca! ❤

      Delete
    2. Lenne sesat!! Hahaha. Terkejut je baca kena panggil nadia. nama baruuu :P

      Delete
  12. Tips yg sgt bagus ni. Ada yg CR tak wat. Ada yg wat. Lepas ni kena make sure ada sume ni baru leh publish. 😊

    ReplyDelete
  13. hahaha. tang part kecikkan gambar tu saya pun guna photoscape jugak. senang kan :)

    ReplyDelete
  14. Perkongsian yg sgt bagus. Boleh membantu para blogger utk memperbaiki penulisan mereka.

    ReplyDelete
  15. MAJOR LOVE FOR UR BLOG <33333
    THANK U KAK EECHA <3

    ReplyDelete
  16. Mood rajin semak la, kalau tidak publish je, hehehehe. Anyway,great tips, thank you. Ni rasa nak join AFB je ni.

    ReplyDelete
  17. Point nombor 3, 5 dan 8 saja yang aku amalkan, yang lain-lain tu tak berapa nak konsisten.

    kalau amalkan semua point di atas, entri yang simple pun boleh jadi menarik.

    ReplyDelete
  18. amboi banyaknya list hehe

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  19. Tips no 1 dan 3 nadia baru tahu. Yang lain ada buat resize pictures paling penting sbb dah belajar dari erin mcm mana nak compress gmbr utk blog supaya loading tak slow.

    Problem Nadia, memang before publish akan proofreading and preview dlu tapiiiii even dah buat mcm tue mesti lah je salah ejaan satu atau dua . Gerammm je rasa kdg2 tue . Hahaha

    ReplyDelete
  20. nice share.. mmg detail habis nak kena check.. ada yang memnag saya buat, ada yang tidak.. good info!

    ReplyDelete
  21. thanks for sharing :)

    http://www.myarosli.com/2017/07/blog-berbaju-baru.html

    ReplyDelete

Post a Comment