Resepi Ayam Buttermilk Mudah


Hai semua! Harini nak share resepi ayam buttermilk mudah yang memang tutup mata pun boleh buat. Bahan yang digunakan tak banyak. Tak sampai sepuluh pun.

Resepi Ayam Buttermilk Mudah

resepi ayam buttermilk mudah


Bahan-bahan (kuantiti main agak je. tengok berapa banyak nak masak):

• isi ayam (nak guna bahagian wing pun boleh. potong kecik)
• daun kari
• cili padi
• susu cair
• susu pekat
• telur kuning (optional)

Cara buat ayam buttermilk:

Untuk penyediaan ayam, goreng ayam bersalut tepung kanji. Tak perlu celup telur. Kalau nak crispy boleh double fry.

Untuk penyediaan kuah, cairkan butter. Bila dah cair boleh campak daun kari dan cili padi yang dah siap dihiris halus. Agak-agak dah naik bau, tuang susu cair dan susu manis. Susu manis tak perlu banyak. Ikut citarasa.

Then masukkan gula dan garam. Gula tak perlu banyak jugak sebab dah guna susu manis. Guna api kecil kalau taknak rentung okay. Kalau kuah tak pekat, masukkan telur kuning then kacau selaju yang boleh supaya telur tak nampak ketul sangat.

Biasanya kalau saya masak guna susu manis, saya tak guna telur kuning sebab memang akan pekat. Penggunaan susu manis juga adalah optional. Nak letak boleh, tak nak letak pun boleh. Yang penting gula kena banyak. Ayam buttermilk kalau tak ada rasa manis confirm tak sedap. Pandai-pandai main dengan citarasa sebab rasa ni subjektif. Lain orang lain yang dia prefer kan. Hehe.

Bila kuah dah siap, campak ayam yang dah digoreng dan kacau rata. Bila dah rata bolehlah letak dalam pinggan. Jangan pi hentam ayam dari kuali eh.

***

Pada pendapat saya, penggunaan bawang dalam ayam buttermilk adalah sangat tak sedap. Pernah makan di kedai dua kali. Yang kedai satu guna bawang besar, kedai satu lagi guna bawang putih. Dua-dua tak sedap okay.

Well, resepi ni sangatlah simple dan mudah. Jangan lupa untuk cuba, try and test!


Comments

  1. Senang jer nak buat....nampak sedap tu...ok akak cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa! Buat lapar je blogwalking tgh2 malam macam ni hahaha

    ReplyDelete
  3. Bila baca resepi macam mudah je jadinya ni. Mungkin Siqah boleh cuba masa weekend nanti. Hii. Gambar nampak menyelerakan sungguh!

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing! <3 InshaAllah ada masa cuti ni Nisha try masak hehe XP

    ReplyDelete
  5. Makan ayam buttermilk dengan nasi panas pun sedap ni. So yummy! 😍

    ReplyDelete
  6. terliurnya tengok ayam buttermilk tue..nak try buatlah

    ReplyDelete
  7. It's an amazing post in support of all the web people; they
    will get advantage from it I am sure.

    Also visit my site: https://jualtepungchicken.wordpress.com/ (https://jualtepungchicken.wordpress.com)

    ReplyDelete
  8. I got this website from my friend who shared with me regarding this website and at the moment this time I am browsing this web page and reading very informative articles at this
    place.

    ReplyDelete
  9. I have to thank you for the efforts you've put in writing this website.
    I'm hoping to see the same high-grade blog posts from you later on as well.
    In fact, your creative writing abilities has inspired me to
    get my own, personal website now ;)

    ReplyDelete

Post a Comment