Why You Should Reflect Yourself

by - August 06, 2017

self reflection
credit : google

Some people really need to reflect themselves before judging and criticizing others.

Bercakap bagai dia tak ada salah. 
Bercakap bagai apa yang dia buat semua betul.
Diri sendiri dipuji. Orang lain dikecam. 

Cermin diri sendiri sebelum cakap orang itu ini. Kalau tak ada cermin, sila pergi beli. Beli cermin paling besar biar nampak semua cacat cela yang ada. 

“Self-reflection is a humbling process. It's essential to find out why you think, say, and do certain things... then better yourself.” ― Sonya Teclai


Tak salah untuk reflect diri sendiri. Dengan cara ini at least kita sedar apa kita buat. Taklah nampak macam memperbodohkan diri sendiri. Contoh bila kau tengah bersuka ria mengata orang sedangkan pada masa yang sama kau pun sama spesies macam orang yang kau judge tu. Bila kita reflect diri sendiri, masa tu lah kita tanya betul ke tidak apa yang kita buat. Ia sekaligus boleh bantu kita untuk jadi lebih baik. 


"What you say about other people says way more about you than the people you talk about."


Kalau kita boleh cari kesilapan orang lain, kenapa kita tak boleh cari kesilapan kita sendiri? Tak pasti la macam mana. Tapi agaknya bila kita judge orang barulah terserlah keburukan yang ada pada kita kan? Mungkin kita sedar tapi buat tak tahu. Ataupun langsung tak sedar. Sebab tu bangga sangat mengeji, mengata, memburukkan orang lain. 

Why you should reflect yourself.


Rajin-rajin la kita reflect diri sendiri supaya tak jadi spesies yang mengata orang sambil mengata diri sendiri. Sambil tu boleh perbaiki apa yang kurang pada diri kita jugak. Tak rugi pun kalau buat. Bercakap dengan reflection kita dalam cermin tu bukan gila okay. Whatever you said or whatever you asked yourself in the mirror, its going to hit you back. Kalau rasa sakit, maka jangan buat begitu pada orang lain. 

Reflect yourself!

You May Also Like

11 comments

  1. FUHH, thanks for this! dah lama tak bercakap dengan cermin T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. This is so true! I try to make self-reflection my habit every night before I go to sleep.

    ReplyDelete
  3. Well said Eeca Shyaa..
    I hate people who talk about others behind their back and being judgemental..

    ReplyDelete
  4. setuju sangat, memang kadang tak sedar diri camtu sehingga rasa nak mengata kat orang then sedar diri lg teruk barula tak jadi nak kata kat orang kan?

    Reflect diri memang sangat berguna! nice post eecha

    ReplyDelete
  5. yass . we should reflect ourselves to become a better person day by day :')

    ReplyDelete
  6. bukan mudah untuk melihat diri sendiri berbanding melihat orang lain....ibarat mata melihat orang lain mudah...melihat diri sendiri naik juling jadinya

    ReplyDelete
  7. insyaAllah. sama2 kita reflect diri kita kan. Moga tak terlibat dgn sikap suka judge org tu.

    ReplyDelete
  8. hahahahaha memang selalu buat macam ni

    ReplyDelete
  9. Mulut ini biar kita jaga elok elok.Jangan guna untuk aibkan orang lain.Takut nanti ALLAH tarik nikmat berkata kata..... #selfreminder

    Menegur dan mengkritik tak semesti sebab tak suka;
    Memuji dan memuja bukan bermakna sokong segala;
    Setiap tindakan, perlakuan malah perkataan perlu diambil kira dari dua sudut berbeza, positif dan negatif, tanpa meminggirkan langsung setiap satunya;
    Paling penting, semuanya dipertimbangkan dengan rasional, bukan emosional;
    Berasaskan iman dan ilmu, bukan rasa yg keliru;
    Pasti yg baik2 saja keputusannya nanti, insyaAllah....(",)

    ReplyDelete
  10. Setuju ayat Eeca! Kalau rasa sakit, so janganlah buat yang sama pada orang lain. TQ for your reminder Eeca :)

    ReplyDelete