I Choose To Be A Minimalist

by - September 20, 2017

minimalist

Ever since I read about minimalism on someone's blog that day, aku terus terfikir tentang benda ni sampai tak sudah. Yang lagi menguatkan diri aku untuk jadi minimalist adalah bila aku tengok betapa semaknya dapur rumah yang penuh dengan bekas untuk simpan makanan, tupperware gitu yang mak-mak suka simpan. Penuh satu almari. Sampai berhabuk berdebu bersarang lagi. Boleh jadi ada sarang dinasour jugak.

Bila masuk bilik sendiri dan tengok semua benda yang ada, terus aku ter-omg banyaknya barang! Paling pening kepala bila dah tiba masa nak mengemas. Tak tahu mana nak simpan mana nak eliminate. Same goes to my wardrobe. Baju yang dah tak pakai pun simpan dalam tu.

Most of the space are occupied with stuff that we keep sebab sayang nak buang dan sebab kita rasa kita akan guna lagi benda tu in future. But the truth is, all the stuff yang kita refused nak buang tu semuanya remains untouched forever k. Haa cakap nak guna balik tapi tak jugak. Lastnya memburuk lerr disitu je.

minimalism


Apa itu minimalism? 

Minimalism ini adalah gaya hidup yang ringkas which kita tak perlu ada banyak barang dan cuma simpan benda yang penting dan diperlukan sahaja. Selain dapat belajar berjimat dengan gaya hidup macam ni, tempat yang kemas dan selesa juga akan buat kita rasa rileks dan santai dengan keadaan sekeliling kita. Tak crowded so kepala pun tak serabut lah kan? Sesi mengemas mesti jadi lebih best sebab tak perlu bingung tengok barang yang macam-macam ada tu.

Kenapa aku pilih untuk jadi minimalist?

The main reason is sebab aku tak suka tengok rumah semak dengan barang-barang. Even sekarang pun aku tengah cuba untuk declutter barang-barang dalam bilik aku semua. Mana yang dah tak pakai lagi aku buang, yang masih bagus aku kumpul dan aku akan bagi dengan orang lain. Kali ni kemas no mercy k. Tak ada eh-sayang-lah-nak-buang, tak ada eh-sayang-lah-nak-bagi-orang. I have to be strict on myself bila dah pilih untuk jadi minimalist ni. Main goal is to have less stuff!

Second reason is dengan cara ni aku rasa aku boleh selamatkan duit aku dari malapetaka nafsu yang suka nak membeli barang je kerja. Walaupun aku bukan kaki shopping, tapi aku admit aku suka beli benda yang erm erm kurang penting dalam hidup aku. Hahaha! Contohnya bila aku beli lotion baru sedangkan lotion di rumah belum lagi habis. Bila dah beli baru, memang yang lama punya akan diabaikan. Ugh I hate myself when it comes to that part.

Minimalism - The art of letting go!

Nak tak nak, unnecessary things have to be gone. Nak simpan pun memang bertahun jugak lah benda tu kat situ. Useless jugak kan. Lately ni it stresses me out to see lots of stuff here and there and everywhere. If I had my own home someday, I will definitely choose minimalism concept. Even penggunaan warna pun aku akan ambik konsep minimalist. Tak nak guna warna warni. White should be the best!

minimalist quotes

What say you? Pernah terfikir nak jadi minimalist tak? It's a good thing I could say! I will share more about minimalism for sure. Stay tuned!

You May Also Like

7 comments

  1. I love the idea of minimalism and always try to keep that lifestyle ever since. Guess what, I have a collection of train tickets for few years and I have no idea why I kept them. A tip to throw away stuffs, just take a photo of it and then throw the item. It is hard to declutter stuffs at first, but trust me, the feeling will go away after a day or two.

    We need to stop being hoarders :D hahaha

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. yes. minimalist ni feii selalu perasan warna black and white je. tapi i jenis yang cepat bosan dengan warna tu je tapi teringin nak ada bilik yang simple je ^^

    ReplyDelete
  3. Minimalist itu lebih indah..tenang..

    ReplyDelete
  4. aku cuba minimalist kan kepala otak aku dulu lah ye.
    sampai sekarang masih serabut

    ReplyDelete
  5. hihi, mengikut hukum dari pereka hiasan rumah, nak tambah satu barang kena buang 2 barang..hoho

    ReplyDelete
  6. ok mari jadi minimalist bersama!

    ReplyDelete
  7. betul tu. lela pon minat minimalit ni. tapi sy bnyk brg. bilik full taktahu mana nak simpan semua. hehehe.

    ReplyDelete