Kesan Dan Kebaikan Menggunakan Sarung Bantal Satin Pada Rambut

by - September 22, 2017

Siapa ada masalah dengan rambut dia kita geng okay. Rambut aku jenis kasar. Dahlah kasar, kering lagi. Jenis frizzy hair yang serabai serupa hantu kak limah k. Dah guna conditioner anti frizz segala pun tetap jugak macam tu. Guna alternatif lain pun dah. Dulu pernah guna santan kara as mask rambut. Tapi aku tak pasti la perubahan apa yang benda tu buat pada rambut aku. Tak konsisten guna memang tak nampak la efek kan.

atasi masalah rambut kering

I never stop looking for how to make my hair smoother, how to cope with frizzy hair, how to keep hair moisturize etc. Cari punya cari then aku terjumpalah satu tips ni. Tips paling mudah sekali nak buat! And surprisingly it works for my hair k!

Tidur Guna Sarung Bantal Satin

Yes this is the tips yang mudah gila tu. Tidur guna sarung bantal satin!! Dan tips ni memang boleh dipraktikkan hari-hari. Aku baca tidur menggunakan sarung bantal yang menggunakan material satin ni akan membuatkan rambut kita jadi lebih lembut dan sihat okay. And yes, this tips actually works! Aku dah berapa hari guna sarung bantal satin and aku perasan yang rambut aku jadi lebih lembut dan ringan. Best!

kain satin bagus untuk rambut

Kebaikan Menggunakan Material Satin/Silk Pada Rambut

Material ni sebenarnya bagus untuk mengekalkan moisture rambut. Sesuai sangat digunakan untuk rambut jenis kering. Dan of course sesuai digunakan oleh semua orang tak kira rambut kau serabut macam hantu kak limah ataupun jenis rambut yang guna-jari-pun-boleh.

Material satin yang lembut ni juga membantu mengurangkan masalah breakage pada rambut. Mungkin disebabkan breakage ni lah rambut kita kurang sihat dan rapuh dan cepat gugur. Rambut aku gugur gila woi. Boleh botak dibuatnya. Sobs.

Dengan menggunakan material satin, ia juga membantu membuatkan rambut lebih ringan dan lembut. Aku rasa ni mesti ada kaitan dengan geseran yang berlaku pada rambut dan juga material kain yang digunakan as sarung bantal. Lembut yang kita guna, lembut jugaklah hasilnya kan.

It's Time To Ditch Your Cotton Pillowcase!

Aku  perasan yang tiap kali bangun tidur memang banyaklah rambut melekat pada sarung bantal jenis cotton ni. Habis gugur. It's been said that disebabkan material cotton ni lah punca rambut kita hancus. Even ada yang jenis lembut, but still cotton ni kan kain yang menyerap kelembapan. No wonder la rambut sentiasa kering. Selain tu jugak, penggunaan sarung bantal cotton ni jugak punca rambut kita jadi frizzy dan nampak sembap tak bersinar. Ciss baru ku tahu rupanya punca rambut aku persis orang gila.

Cuba gesel rambut korang pada material cotton dan satin. Friction mana lagi smooth? Mestilah satin kan. Tengok kain mana yang berkilat dan licin? Mestilah satin kan. No wonder la bagus untuk rambut. Bila bangun tidur memang akan ada serabai sikit but taklah kasar macam guna bantal cotton sebelum ni.

My DIY Satin Pillowcase

diy satin pillowcase

As we all know, benda bagus harga pun mesti la bagus kan. Since I am desperate to have my own silk pillowcase and desperate to fix my hair, I am using other alternatives for it. Tipu la kalau para hijabista cakap dia tak boleh buat DIY ni. The only thing you will need is tudung satin!! Tetiba dapat idea ni sebab aku teringat dengan tudung satin yang aku jarang guna dalam almari tu. Sebab licin kan tu lah aku tak suka sangat nak guna.

Makanya biar bantal aku je yang guna. Senang je nak buat. Tutup mata pun boleh. Aku just main ikat je. Tak ada dah nak iron bagai sebab tak sabar nak tengok result tips ni macam mana kan. And yes, memang ada perubahan k. Tidur pun sedap je guna kain satin ni! Lepas ni memang tak nak dah guna material cotton untuk rambut. Baibai sarung bantal cotton!

Maaf gambar agak buruk sebab aku update ni dalam keadaan rush sebab nak turun kerja. But yes, nampak buruk pun tetap bagi kesan yang baik pada rambut k. You guys should try kalau nak rambut sihat berkilat dan bersinar. Dan jugak ringan dan lembut!

Kalau ada rezeki ada banyak duit bolehlah beli complete set sekaligus dengan bedspread. Sebab material satin ni jugak bagus untuk kulit! Aku akan share pasal ni in the next post okay. Toddles!

You May Also Like

6 comments

  1. I tried once but I did not see any effects on my hair. Maybe tak istiqamah kot. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. I used to cover a pillow like that toooo :D haha guna tudung yg ada pastu ikat2 camtu.

    ada tips kurangkan rambut gugur?

    hanisamanina.com


    ReplyDelete
  3. thankyou for this! rambut saya pun kasar gak, pasni kena cari baliklah tudung satin yg jarang pakai kt rumah tu

    ReplyDelete
  4. mmg bagus tidur guna kain jenis satin, baik baju tidur mahupun cadar dan sarung bantal.. plus, sejuk. hehe.. btw..gud info.

    ReplyDelete
  5. tq info bguna ni..bantal mmg penting..klu xslesa mmg xbole nak tidur n rehat secukupnya...tp xtahu pulak ada kebaikan ntk rambut.

    ReplyDelete
  6. ada jual kt lazada set satin bedsheet, nice

    ReplyDelete