Diari 2018 Yang Wow


Tahun 2017 dah hampir nak tamat. Tinggal berapa minggu saja lagi. Bersediakah anda untuk tahun 2018? Haa sebelum masuknya tahun baru, ada satu benda yang korang mesti ready. Ramai yang aku tengok dah beli diari untuk 2018. Ada jugak yang dapat diari percuma dari company tempat kerja kan. Bagi yang tak pernah ada diari atau jurnal, please know that it is somewhat an important thing to have. A must have I could say.

Kenapa mesti ada diari? Sebab manusia ni kan pelupa (ke aku sorang je yang pelupa eh?). Jadi bila ada diari, bolehlah catat benda penting atau apa-apa nota dalam tu. Ada banyak juga kegunaan diari ni sebenarnya. Itu aku akan share dalam next post okay.

Tak tahu nak guna diary apa? Ada banyak pilihan okay. Meh aku senaraikan antara diari  2018 yang sangat cantik, comel dan wow gitew. Nak yang mahal atau yang murah, yang gorgeous yang simple, semua itu terpulang kepada anda. 


Hobonichi Diary

diari 2018

hobonichi malaysia

Hobonichi ni comel sangat. Harga pun boleh tahan. Kalau yang weekly ada murah sikitlah. Kecik dan senang nak bawa kemana-mana. Anda boleh tengok dan beli jika berkenan di Stickerrific

Typo Journal

diari malaysia

diari 2018 malaysia

Diari dari Typo ni pun boleh tahan comel. Harga pun affordable. Aku kalau dah masuk Typo ni rasa nak rembat je semua yang ada. Kalau tak boleh nak pergi ke Typo, boleh beli online dari CottonOn&Co

The dUck Planner

duck planner malaysia

Yang ni pulak gorgeous sangat k. Selain tudung dan barang kosmetik, anda juga boleh dapatkan planner mereka. Serious nampak cantik! Bolehlah jenguk dekat FashionValet ni haa. 


Kikki-K Planner

kikki-k malaysia

kikki-k 2018

Kikki-K ni pulak kena order dari oversea sebab tak ada jual di Malaysia. Kedai fizikal mereka yang paling dekat adalah Singapura. Kalau ada saudara atau kawan yang tinggal sana bolehlah mintak tolong kan. Dulu aku selalu beli planner dari Kikki-K. Tapi semua aku dah jual. Kalau nak beli boleh singgah website Kikki-K. Nak cari preloved punya boleh cuba di FB group Planner Addict Malaysia Marketplace atau hashtag #planneraddictmalaysia #plannermalaysia di Instagram. 

* * * * * * * * * * 

Untuk tahun 2018, aku guna diari ala Moleskine saja. Sebab misi 2018 aku adalah untuk jadi minimalist. Tapi kalau bab hias diari aku tak boleh nak minimalist sebab aku suka tengok benda tu serabut hehehe. 

moleksine malaysia

Jurnal ni aku beli dari IG @thepaperkisses dengan harga jauh lebih murah dari original Moleskine dan Leucchturm1719. Kalau boleh memang nak beli antara dua tu tapi bajet tak mengizinkan sebab nak kumpul duit untuk travel next year. 

Jurnal macam ni senang je korang boleh beli di Kinokuniya atau mana-mana kedai buku yang ada. Di Instagram pun banyak yang dah jual diari 2018. Disebabkan dekat tempat aku tak ada banyak choice, maka terpaksalah aku beli online saja. Buku ni kosong tau. Aku pilih jenis kertas grid sebab aku tak suka plain paper, ruled paper dan dot paper tu. Selalunya orang guna buku macam ni lebih kepada buat bullet journal. Kalau tak tahu apa tu bullet journal, boleh baca dekat sini Bullet Journal - The Analog System For The Digital Age

Terpulang korang nak guna yang mana. Yang dah sedia ada dihias ataupun yang kosong, semua ikut citarasa masing-masing. Beli buku biasa paling best sebenarnya sebab korang boleh hias layout sendiri dan of course, lebih murah jugak. Semuanya terserah dengan anda. Hihi.

Well, happy journaling gais! 

9 comments

  1. Saya dah ade planner tp rasa nk beli je lagi utk kerja. Klu dpt yg grid kosong lagi best nk hias n conteng conteng

    ☆ Atheera ☆

    ReplyDelete
  2. OMG yesss planner Typo semua macam geram je. Serious geram T_T Lawa sangat and macam nak beli je semuanya lol.

    I'm tempted to get one from Lazada. Ada lah yg lawa lawa jugak and I'm eyeing quite a few. The thing is, I have 2 planners that are still untouched, suci daripada sebarang ink pen hahaha! Tu pun still nak beli baru lagi haihhh nafsu nafsu

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
  3. Comel2 planer tu eeca. Hobonichi tu plg menarik. Teringin nak beli tp kang sure tak guna.

    ReplyDelete
  4. cantiknyaaa.. nasib akak dah ada satu beli yang DIY baru ni..

    ReplyDelete
  5. menariknya 2018 planner ni. nanti nak carilah yg awesome mcm ni

    ReplyDelete
  6. belum beli lagi diari utk 2018. huhuhu nak pergi kino pun xpergi2 lagi....dapat diari typo pun jadilah....^_^!

    ReplyDelete
  7. Fuh cepat masa berlalu.. tapi cantik sangat planner ni.. <3

    ReplyDelete
  8. I really love Typo's planner but I'm totally not a planning person.. Selalu hangat-hangat tahi ayam.. D:

    ReplyDelete