Posts

Showing posts from April, 2018

Lets Check Out Mahkota Hotel Melaka On Traveloka

Image
Rindu Melaka. Tengah kemas folder dalam laptop ada terjumpa pulak gambar masa day trip ke Melaka dulu. Tapi sayang sebab datang sana tak sempat nak buat apa pun. Hanya empat lawat beberapa tempat bersejarah yang terkenal. Trip yang kurang seronok sebab tak sempat nak merasa makanan best disana. Hehe. Ahems. Aku dengan makanan memang berpisah tiada okay. Kalau boleh tiap kali melancong memang aku nak try makanan yang ada di sesetengah tempat. Memandangkan aku orang Sarawak, mestilah makanan di Semenanjung lain dari yang lain kan. Macam tu juga sebaliknya.

Ada orang Melaka ke antara pembaca blog ni? Kalau ada silalah roger tempat makan best di Melaka. Kot kot nak jejak kaki ke sana lagi kan. Kalau dah kaki gatal nak melancong, cepat atau lambat memang sampai jugalah. Ada banyak lagi tempat yang aku tak sempat lawat.

Maka dengan sengaja aku pun gatal tangan cek tiket penerbangan dan sekaligus survey tempat best untuk stay kalau melancong disana. Macam biasa aku memang akan guna website …