Lets Check Out Mahkota Hotel Melaka On Traveloka

by - April 29, 2018



Rindu Melaka. Tengah kemas folder dalam laptop ada terjumpa pulak gambar masa day trip ke Melaka dulu. Tapi sayang sebab datang sana tak sempat nak buat apa pun. Hanya empat lawat beberapa tempat bersejarah yang terkenal. Trip yang kurang seronok sebab tak sempat nak merasa makanan best disana. Hehe. Ahems. Aku dengan makanan memang berpisah tiada okay. Kalau boleh tiap kali melancong memang aku nak try makanan yang ada di sesetengah tempat. Memandangkan aku orang Sarawak, mestilah makanan di Semenanjung lain dari yang lain kan. Macam tu juga sebaliknya.

Ada orang Melaka ke antara pembaca blog ni? Kalau ada silalah roger tempat makan best di Melaka. Kot kot nak jejak kaki ke sana lagi kan. Kalau dah kaki gatal nak melancong, cepat atau lambat memang sampai jugalah. Ada banyak lagi tempat yang aku tak sempat lawat.

Maka dengan sengaja aku pun gatal tangan cek tiket penerbangan dan sekaligus survey tempat best untuk stay kalau melancong disana. Macam biasa aku memang akan guna website Traveloka sebab memudahkan aku buat homework travel ni. Haa jangan ingat sekolah je ada kerja rumah okay. Nak travel pun mesti buat research. Kena survey hotel apa best, tempat apa yang dekat dengan hotel, jauh ke tak semua kena ambil tahu. Kalau dah tahu serba sikit taklah kalut bila travel kan. So bolehlah korang travel like a pro. Hiks. Kalau tak memang melepaslah tempat best ke apa ke kan.

Cek punya cek, aku ada jumpa satu tempat stay best di Melaka ni. Ada banyak pilihan tapi tempat ni jugak yang tersangkut di hati. Nak tahu apa? Jom check out Mahkota Hotel Melaka on Traveloka. Nampak menarik. Bila dah baca sikit pasal hotel ni memang best jugaklah. Meh aku share apa je yang ada dengan Mahkota Hotel Melaka ni.


Lokasi Yang Strategik

Lokasi Mahkota Hotel Melaka terletak di tempat yang sangat strategik iaitu di tengah bandar Melaka. Tengah okay. Bukan tepi ataupun nun jauh ke dalam. Kalau dah cakap tengah bandar memang easy access la kalau nak kemana-mana kan. Hotel ni dikelilingi dengan tempat-tempat menarik yang senang dilawat seperti A Famosa dan Melaka Heritage Centre. Kalau Melaka Heritage Centre ni setahu aku memang macam-macam ada. Kalau yang suka tentang sejarah memang patut la kesini. Kalau untuk kaki shopping ada je Dataran Pahlawan Melaka Megamall which is dekat dengan hotel. Jalan kaki confirm sampai. Kat situ boleh dah jimat duit untuk transportation kan. Tak perlu nak cari teksi atau call grab bagai. Sambil jalan kaki boleh cuci mata tengok bandar Melaka. Haa dua dalam satu tu.

Bilik Yang Ditawarkan

Mahkota Hotel Melaka ni ada menawarkan banyak jenis bilik. Bilik-bilik ni pulak boleh dipilih ikut kesesuaian anda. Bukan setakat untuk orang yang datang melancong je, kalau ada meeting ke urusan kerja ke apa, Mahkota Hotel ni pun sesuai juga untuk apa-apa urusan ada. So jom tengok bilik yang ada. Antaranya bilik yang mereka ada adalah ...

Deluxe Double Or Twin Room 



Bagi pendapat aku lah kan, aku rasa bilik ni sesuai untuk orang yang selalu travel dengan kawan-kawan. Boleh pilih nak share katil ke atau single bed terpulang pada anda. Kalau deluxe double mungkin juga boleh jadi pilihan untuk keluarga kecil. Satu katil untuk parents, satu katil untuk anak-anak.

Premier Room



Bilik ini sesuai untuk dua orang dewasa. Ia lebih sesuai dan biasa menjadi pilihan tetamu korporat. Design bilik simple dan comfy!

Apartment Room




Bilik ni pulak lebih sesuai untuk orang yang suka melancong dengan keluarga. Ianya lebih besar dari bilik lain dan ada kemudahan seperti basic kitchen. Bilik ni juga sesuai untuk orang yang bercadang nak stay lama.

Junior Suite



Bilik ni ada satu single bed dimana ia sesuai untuk dua orang dewasa ataupun keluarga kecil yang datang melancong.

Lain-lain Kemudahan

Selain bilik yang super comfy, Mahkota Hotel Melaka ni juga ada lain-lain kemudahan seperti kolam renang, garden landscape, outdoor and indoor children playground/playroom dan juga gym. Complete semuanya okay! Kolam renang pun ada dua which is Hibiscus dan Dolphin swimming pool. Dolphin swimming pool ni sesuai untuk kanak-kanak beriadah sebab ada slide. Toddler pool pun ada. Dengan kemudahan macam ni taklah bosan sangat duduk di bilik kalau malas nak keluar berjalan kan.




Dengan semua yang aku dah share, korang rasa cemana? Haa best tak hotel ni? Kan aku dah cakap kalau rajin buat homework travel memang akan jumpa tempat stay yang best. Tak rugi pun luang sikit masa buat research untuk hotel yang korang nak stay. Hotel ni bukan setakat sesuai untuk bersantai je, kalau ada meeting atau event dan sebagainya, hotel ni pun ada kemuadahan untuk semua tu.

Melaka ada banyak tempat-tempat menarik. Insyallah kalau aku jejak kaki ke sana memang aku cari tempat ni. Antara sebab utama hotel ni akan jadi pilihan aku adalah sebab lokasi dia yang strategik which is di tengah bandar. Kalau dah tengah bandar memang senang je la nak jalan kaki. Aku boleh save duit untuk transport dan belanja banyak untuk makan. Heee. Tunggu apa lagi? Jom terjah mahkota hotel ni!

You May Also Like

5 comments

  1. Wow, menarik hotel ni ;)

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    ReplyDelete
  2. i like this hotel! they have 2 pools

    ReplyDelete
  3. kalau tempah dengan traveloka memang jimat kan?

    ReplyDelete
  4. nampak selesa la! nanti gi sana boleh booking hotel ni :D

    ReplyDelete