Posts

Showing posts from May, 2018

Day Trip And Guide To Pocheon Art Valley

Image
Minggu lepas aku dan kawan rapat aku berpeluang ke Pocheon Art Valley. Plan awal sebenarnya nak ke Nami Island. Tapi tukar plan memandangkan kawan aku teringin betul nak photoshoot disana. Nak selfie katanya. Hiks. Pocheon Art Valley ini salah satu filming location dalam cerita Korean Odyssey. Kalau yang kaki tengok drama korea memang tahu lah tempat ni. Tempat dimana Sam Jang kena bunuh dan tempat Son Oh Gong berlawan dengan naga jahat. Tak sangka sebenarnya boleh sampai sebab research yang kami buat untuk ke sana pun hampeh. 
Part paling sedih bila aku lupa ambil banyak gambar untuk blog. Aku lupa aku seorang blogger. Sepatutnya aku ambil gambar dari awal sampai habis. Kalau ada gambar boleh tunjuk lebih detail lagi tentang perjalanan kami. Silap betul. 

Cantik kan view tempat ni? Tempat ini asalnya adalah tempat mereka menggali batu. Projek ditutup, tempat ini dibiarkan menjadi hutan dan dilupakan. Pada tahun 2005, mereka memulakan projek untuk jadikan tempat ini sebagai art &…