Day Trip And Guide To Pocheon Art Valley

by - May 03, 2018

Minggu lepas aku dan kawan rapat aku berpeluang ke Pocheon Art Valley. Plan awal sebenarnya nak ke Nami Island. Tapi tukar plan memandangkan kawan aku teringin betul nak photoshoot disana. Nak selfie katanya. Hiks. Pocheon Art Valley ini salah satu filming location dalam cerita Korean Odyssey. Kalau yang kaki tengok drama korea memang tahu lah tempat ni. Tempat dimana Sam Jang kena bunuh dan tempat Son Oh Gong berlawan dengan naga jahat. Tak sangka sebenarnya boleh sampai sebab research yang kami buat untuk ke sana pun hampeh. 

Part paling sedih bila aku lupa ambil banyak gambar untuk blog. Aku lupa aku seorang blogger. Sepatutnya aku ambil gambar dari awal sampai habis. Kalau ada gambar boleh tunjuk lebih detail lagi tentang perjalanan kami. Silap betul. 


Cantik kan view tempat ni? Tempat ini asalnya adalah tempat mereka menggali batu. Projek ditutup, tempat ini dibiarkan menjadi hutan dan dilupakan. Pada tahun 2005, mereka memulakan projek untuk jadikan tempat ini sebagai art & culture space dan lama kelamaan menjadi salah satu daya tarikan daerah Pocheon dan Korea sekaligus. Anda boleh baca What Is Art Valley kalau nak tahu tentang sejarah tempat ni dengan lebih detail. 

Psst! Aku ada tips best kalau nak ke sini. Tapi mesti baca sampai habis. *wink*

Cara ke Pocheon Art Valley

Yang aku share adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Kalau rajin buat research banyak mungkin akan jumpa cara lain pulak. 

Bermula dari Seoul, naik subway untuk pergi ke stesen Gangbyeon (Line 2 - Green). Keluar ke Exit 4 dan cari Dong Seoul Bus Terminal. Kalau tak jumpa ikut je orang yang bawak luggage atau bawak beg besar memang confirm mereka ke terminal bas. Bila dah jumpa terus ke kaunter dan beli tiket ke Pocheon. Harga tiket adalah 6400won seorang untuk one way. Tak dibenarkan beli return tiket sebab kena beli dari Pocheon. Dekat tiket ada dicetak platform bas nombor berapa. Check your ticket!

Perjalanan dari Seoul ke Pocheon mengambil masa satu jam. So sementara tunggu nak sampai bolehlah korang lelap sekejap. Bila dah sampai tu jangan terpinga-pinga. Cari tempat tunggu bas dan guna bas nombor 67 atau 67-1 (info dari Visit Korea) untuk ke PAV. Aku dengan kawan aku haritu naik salah bas. Tak tahu bas apa sebab aku dah mention awal yang research kami hampeh. Bas tu cuma stop diluar simpang saja. Maka berjalanlah kami dengan hati yang kental sejauh 2km untuk sampai ke destinasi. Basah ketiak weh. Penat yang amat sebab jalan berbukit. Phew. Sila skodeng instagram stories highlight aku (@eecashyaa) untuk tengok video perjalanan kami. 


Admission fee adalah 5000won seorang. Sebelum masuk korang boleh pilih samada nak naik monorail atau berjalan kaki sahaja. Kalau stamina tak kuat macam aku memang semput jugalah sebab tempat tu memang kawasan berbukit. Biar slow and steady and enjoy the moment jelah. Harga untuk monorail adalah 4500won untuk round trip dan 3500won untuk single trip. Monorail ni slow and kecik je. 

korean odyssey

korean odyssey filming location

pocheon art valley korea

pocheon art valley

Maaf sebab tak banyak gambar nak share. Lupa yang aku seorang blogger. Pocheon Art Valley ni bukan sekadar tempat yang aku ada gambar je. Ada macam-macam lagi dekat sini. Selain Cheonjuho Lake, antara yang ada dalam kawasan PAV ni adalah Sculpture Park, Sky Garden of Hope & Doleum Stairway (observation deck), Astronomical Science Museum dan Educational Exhibition Center. Outdoor performance pun ada. Masa aku datang sini mereka ada buat opera rasanya. Sebab bunyi lagu macam genre begitu. 

Selain shooting location untuk drama Korean Odyssey, antara drama lain yang ada guna lokasi ni masa shooting juga adalah Legend of The Blue Sea dan Scarlet Heart Ryeo. Kalau nak tengok banyak lagi gambar dan info bolehlah visit website Pocheon Art Valley

Tips Best Ke Pocheon Art Valley

Haa last but not least, tips best yang aku nak share ni memang disukai ramai. Kalau nak ambil gambar yang cantik mesti tak nak ada orang photobomb kan. Kalau ramai manusia memang susahlah nak ambil gambar. Kalau nak datang ke sini pastikan anda datang awal. Aku dengan kawan aku datang dalam pukul 11 pagi. Masih belum ramai orang. Masuk tengahari phew nak bergambar pun susah. Petang lagilah ramai. 

Yang aku perhatikanlah, orang-orang tua paling banyak datang. Salute aku dengan mereka ni sebab rajin sangat hiking dan buat aktiviti sihat. Mereka tak naik monorail hokay. Masing-masing dengan attire sukan dan kasut hiking. So yeah, kalau tak nak berebut spot best untuk bergambar, sila-silalah datang awal

Till here then.

You May Also Like

12 comments

  1. Gambar cantik! <3

    By the way, tak tengok the Korean Odyssey lagi so ingatkan tak pernah tahu pasal tempat ni. But now you have mentioned the other 2 dramas yang pernah shoot kat sini, so this place rasa familiar. Cantik sangat the view :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. echa pun ingat korean odyssey je filming sini. tp lepas research ada jugak drama yg guna tempat ni. rasanya kalau mlm n byk lantern mesti lagi cantik. >.<

      Delete
  2. Hi, macam menarik je tempat ni! Boleh la masuk dlm wish list. Tq!

    ☆ Atheera ☆

    ReplyDelete
  3. I think this is one of the most important information for me.
    And i'm glad reading your article. But want to remark on few general
    things, The web site style is ideal, the articles is really great :
    D. Good job, cheers

    ReplyDelete
  4. halamak sonoknya travel ! entah bila lah nak dpt peluang travel cmni hehe

    ReplyDelete
  5. macam tasik yang sama citer Scarlet Heart time IU jatuh air. eeh ke tak ? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanyaaa. sbb scarlet heart pun ada filming kat sini. echa pun lupa scene mana. xD

      Delete
  6. Subahanallah.. cantiknya view.. :)

    ...

    ReplyDelete
  7. Nice info dear . I love the viewwww~ <3

    ReplyDelete
  8. cantik pandai amik gambar hehe

    ReplyDelete