Back For Good



Hello, lovelies! I'm back after missing for months. Life aku taklah busy sangat. Cuma mood nak blogging tu dalam keadaan koma. Aku harap lepas entri ni akan ada lagi entri-entri seterusnya. Ada banyak benda aku nak kuburkan dalam blog. Tapi entah kepayahan apa sangat nak menaip.

Bila aku cuba fikir balik dari mana datang masalah mood blogging kecundang ni aku rasa semuanya sebab salah aku sendiri. Aku terlampau terikat dengan rules blogging aku sendiri which is terlampau kisah sangat dengan cara penulisan, kisah sangat kalau ada orang baca atau tak, kisah sangat sebab gambar tak cantik sedangkan aku boleh dapat beratus stock photos percuma yang maha cantik dari Pinterest dan last sekali aku rasa macam aku menaip syok sendiri. Padahal kalau kena kecam aku boleh je cakap "eh pedulilah kalau aku syok sendiri sebab ini blog aku dan aku tak kisah orang baca ke tak. " kan? 

Bila aku singgah blog orang lain pun aku tengok semuanya menulis dalam style free writing. Tak pasti kenapa aku sibuk sangat dengan masalah remeh ni. Tak mendatangkan hasil langsung. Orang lain selamba je letak gambar kucar kacir apa semua yet still ada semangat nak update blog. Adakah aku spesies manusia perfectionist? Nampaknya aku perlu ambil kuiz personaliti lepas ni. 

Apa-apa pun aku akan cuba untuk break the rules dan menulis ikut suka hati aku. Sayanglah kalau aku abaikan blog ni. Susah payah aku buat semua tapi tak update apa-apa. Ada banyak aku nak simpan dalam blog. Pengalaman aku di Korea, cerita hari raya, bergila dengan ex-classmate sekolah rendah dan lain-lain. Do wait for my next post! x

Comments

  1. Totally can relate. Saya pun ada tulis masalah yang sama dekat blog saya huhu

    https://theelya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Tak payah hiraukan apa yang orang cakap.. asalkan jangan menulis guna bahasa alien.. chillex je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. org dah paham pun dah cukup ok sebenarnya. hehe.

      Delete
  3. kita sama! ;(
    selalu je masuk blog, tapi bila nak start tu, haram 1 pun tak terkeluar.
    cepat mohon blogging masuk! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah sebab macam ada something je yang jadi penghalang. padahal diri sendiri yg byk fikir. :0

      Delete
  4. hahaha banyaknya rules, alahhh enjoy je blogging dengan gaya sendiri. Kalau kita selesa baru kita confident, penulisan pun dekat dengan hati pembaca. Kalau ada yang tak suka tu abaikan je. Anyway, welcome back & Selamat Hari Raya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu mmg fikir mcm tu. tapi entahlah. pyh kalau over thinking ni. xD selamat hari raya jugak, farhanna! <3

      Delete
  5. yuhuuuuuuu!!!! akhirnya u're back girl!
    ah...abaikan apa presepsi orang...janji blog kita buat kita happy...
    happy blogging!
    ^_^

    ReplyDelete
  6. Singgah sini, aih bahaya tu kalau demua nak perfectionist... dik.. samtai2 dah laa hii

    ReplyDelete
  7. payah kan bila fefeeling perfectionist ni tau...we in the same boat..hehe. anyway, welcome back

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeppp. now baru paham kenapa org ckp perfectionist ni seorang procrastinator. xD

      Delete
  8. boleh relate tk. sebab kekadang pun kmk camya juak :D
    welcome back!!

    ReplyDelete
  9. welcome back eeca.. semoga terus success dalam dunia blogging.. Memang mood blogging ni kadang2 kalau rajin boleh update banyak, kadang2 mood kelaut berhari2 menyepi.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah kak wawa. akan cuba update at least sekali or 2 kali seminggu dulu.

      Delete
  10. Welcome back !!!! Sometimes nadia pun mcm itu jgk tapi dear , peduli kan apa kata orang. Yang penting be yourself . Okay. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. i know right. hiks. sibuk je nak fikir apa org cakap kan. padahal blogging ikut style sendiri lagi bgs sbnrnya. as long as org enjoy baca.

      Delete
  11. I totally feel you. By the way, please update about your Korea trip soon. Tak sabar nak baca :)

    ReplyDelete
  12. Same goes for me though. Pikir banyak sgt sebelum nak publish atau nak menulis.
    we are not perfectionist but we care about our work, hihi... waiting for your next post

    Atheera

    ReplyDelete

Post a Comment