Of Journey To Haneul Park

by - July 22, 2018


Datang sini cuma ada satu hajat je. Semata nak photoshoot between the lalang. Kawan aku lah yang over eksaited. Dah buat research bagai then tibalah masa ke destinasi yang diidamkan sangat. Aku tak sangka macam mana kami boleh miss info tentang Haneul Park ni. Research yang dibuat baca dari website Visit Korea dengan blog orang. Tapi ya ampun, bila dah sampai aku pun terkezut.






Kau tengok. Masa aku baca pasal Haneul Park ni aku tak ada baca pulak tentang stairway to heaven ni. Masyallah syukur aku mampu naik sampai atas. Ada 291 steps semuanya. Gigih sangat naik walaupun semput dan slow. Dahya sikkan mok balit sebab simok tekik tanggak tek kan? Haruslah naik dengan yakin. Penat lelah memang berbaloi sangat sebab bila sampai atas wow gitu loh. View cantik sangat dan terasa kepuasan hati sebab berjaya challenge diri sendiri naik tangga tu. Walaupun ada rasa nak give up tapi aku redah je sebab aku tahu bukan selalu aku dapat datang ke sini. Bena sik? Kacak lalu bah.

Actually Haneul Park ni salah satu park yang ada dalam kawasan World Cup Park. Ada lima kesemuanya dan park yang lain adalah Pyeonghwa Park, Nanji Hangang Park, Noeul Park dan Nanjicheon Park. Rasanya aku sempat ke Haneul Park je kot. Tak tahulah kalau ada sesat ke park lain. Cara nak ke Haneul Park ni pulak kena naik subway menuju ke World Cup Stadium Station (Subway Line 6) dan guna Exit 1. Bila dah keluar Exit 1 confirm ada pening sikit. So you gais kenalah rajin tengok signboard. Yang penting bila on the way ke park semua ni korang mesti lintas jalan besar. Bukan keluar subway terus sampai ok. Kena exercise sikit. :P





Banyak-banyak park, yang ni je paling femes. Tak ingat kdrama apa pernah filming kat sini. Nama lain bagi Haneul Park pula adalah Sky Park. Sebab haneul tu maksudnya sky. Asalnya dulu tempat ni adalah tempat pembuangan sampah. Tak sangka boleh up jadi tempat orang berebut nak photoshoot. See, even non-human yang sebelumnya hodoh pun boleh jadi cantik, apatah lagi human macam aku kan. Alhamdullillah ada dapat input pengajaran bila sampai sini. Bukan semata datang nak ambik gambar je k!

Dan yang sebenarnya kami agak kecewa sikitlah. Rupanya ada lagi info yang kami ter-miss. Konon nak photoshoot di sebalik lalang tapi lalangnya tak ada! Maka berhuhulah kami. Rupanya masa sesuai untuk datang sini adalah musim autumn. Kami datang waktu spring dan ada agak kurang wow sikitlah. Frust amek sebab sekda lalang. Patutlah tak banyak orang. Salah timing rupanya.

Musim autumn sekitar bulan 10 adalah waktu yang sesuai untuk datang ke sini. Dorang akan buat Silver Grass Festival sebab masa tu lalang aka eulalia grass ni akan berkembang cantik. Do mark your calendar or jot it down! Nanti ter-miss info macam aku pulak. Aku yakin tempat ni tengah cantik masa tu sebab aku pergi search hashtag tempat ni dekat instagram. Rupanya latest post yang di post hamba allah tu cuma sekadar throwback. Ahh rasa macam kenak scam jak. Guwe tertipu dech. 






Walaupun tak ada lalang kami tetap meng-enjoykan diri sebab tempat still cantik kan. Cuaca panas pun kami redah je. Aku paling suka dengan dandelion. First time aku jumpa dandelion gemok gebu macam dalam gambar tu. Kalau di malaysia punya kecil je kan. Macam kurang puas hati je bila tiup. Hihi. And no worries. Kalau rasa nak terberak ke nak terkencing ke jangan buat dalam semak ok. Ada tandas disediakan dan tandas mereka sangatlah bersih. Cuma macam biasalah kena bawak botol kosong untuk cebok. Aku tak boleh kalau cebok guna tisu kering tanpa ada air. Macam mana tu?



Tak sangka boleh pijak kaki kat sini jugak. Another dream come true sangat. Abaikan kalau aku nampak gengsta. Kamek bukan jenis ayu pun orang. Depan orang tua jak kamek macam perempuan melayu terakhir. Fake gilak. Hahaha. So yeah, Haneul Park adalah salah satu tempat yang aku dah agak masa di Korea. Just like how I want to visit Namsan Tower during winter, I also want to visit Haneul Park during autumn. Ya maksudnya aku nak repeat Korea duak tiga kali lagik. Insyallah mun ada rezeki. x

You May Also Like

10 comments

  1. bestnya kitak dah dapat pijak tanah korea. jeles alu bah...mok dimark kalender pun gerenti sik terpergi2 pulang....

    tapi nang kacak viewnya...doakan ada rezki pergi ke sia juak..^_^

    ReplyDelete
  2. wahhhhh tempat pembuangan sampah pun boleh jadi secantik ni. Btw, gambar awak cantik2 :D

    ReplyDelete
  3. Haneul Park in autumn is just breathtaking. When I went there, I was lucky because we're the only one there so we could take as much as pretty pictures as we wanted to but damn it was cold.

    I missed the stairs because we went up there using bus lol. Too lazy to climb the stairs.

    ReplyDelete
  4. I love Haneul Park as well! I missed the lalang juga. Went there in September during the shoulder season. Tapi Haneul Park tetap cantik! :D

    ReplyDelete
  5. wah bestnya hehehe okay masuk wish list nak p korea!

    ReplyDelete
  6. wah seronoknya awak dah pernah sampai korea dah :D

    ReplyDelete
  7. Best juak oohh. Teringin mok nekik tanggak ya. Mampu sik sampei atas.

    ReplyDelete
  8. aiyaaark banyaknyee anak tangga adeh. tapi da sampai kena jugalah mendaki kalau tak rugila kan. slowly2 panjat sampai juga =)

    ReplyDelete
  9. bestnya g korea.. kak liez tgh kumpul duit nak bwk kanak-anak g korea jugak

    ReplyDelete
  10. wahhh teringinnya nak jejak ke sanaaa! nampak tenanggg je kawasan haneul park ni. mesti nyaman je kan. boleh juga eksesais naik turun tangga kat situ kahkah

    ReplyDelete