Of The Love Locks At Namsan Seoul Tower


Padlock ni kalau sebiji tak cantik pulak. Ramai-ramai punyalah wow gitu. Selain dari kegunaan untuk lock bagasi, lock pagar, lock pintu dan sebagainya, boleh juak polah jadi perhiasan. Asal jangan guna padlock nok sik kacak ya ajak memang sik kacak lah juak jadinya. Tapi sik salah mun nak coba. Asal berani. Mungkin akan nampak agak brutal dan gengsta sikit lah.

Sebelum ni selalu tengok dalam drama je. Dah tu tak habis-habis berangan nak datang sini. Siap buat scene sendiri jumpa oppa konon. Ahh pengaruh drama sangat. Tak sangka mimpi boleh jadi kenyataan. Tapi cuma part dapat pijakkan kaki ke Namsan Tower ni lah. Oppa nya tak jumpa. Ada pun semua dah berpunya kat atas tu. Kalau scene mula dari sebelum naik bas mungkin peluang cerah sikit. 






Aku ke sini guna bas dari Itaewon. Bas 03 kalau tak silap. Tambang bas 1200won. Perjalanan kurang dari sejam rasanya. Lupak kamek. Dan tak sure masa aku naik hari tu bas ni ada stop atau direct. Alahai short term memory betul lah. Tapi kalau tengok kat N Seoul Tower ni, ada tunjuk bus route. So mungkin ada stop sana sini kot. Aku je yang lupa. Tak pun mungkin aku sedang enak dibuai mimpi masa tu. Spesies pantang duduk dalam benda bergerak yang ada aircond.

Bagi aku yang menariknya disini of course lah view nya nak. Breathtaking gilak. Bulak sik sakai. Bukan selalu dapat tengok padlock warna warni banyak macam ni kan. Tak ingat pulak aku berapa won harga benda alah ni. 


Bukan setakat ada padlock, kat Namsan Tower ni juga ada architectural dan scultural highlight. Aku tak ada snap gambar sebab aku kan photographer noob. Kalau nak cuba hanbok pun ada. Tapi tak pasti pulak berapa rate dia. Kalau rasa nak hiking pun boleh juak. Asal sanggup. Most of orang tua di Korea aku tengok memang rajin hiking. Aku turun dari tempat ni pun penat okay. 

Namsan Tower ni adalah iconic symbol of Seoul. Apa yang aku boleh cakap, this place is so full of romance! Bila tengok beribu padlock ni, terus kau rasa macam eh wujud rupanya cinta sejati kan. Kalau kau single mungkin kau akan rasa sedih kot. Dah tu fefeeling kenapa kenapa kenapa aku single gitu. Bila snap gambar dan post ke Instagram mesti kau akan tulis caption berunsur melancholic. Hahaha. Sebab tu aku awal dah berangan buat scene sendiri sebelum ke sini. Tapi sayangnya tak jumpa oppa. Banyak tourist dari China, Taiwan dan lain-lain je. 


Aku suka tempat ni. Gabungan view padlocks dan view yang ada disekitar tempat ni buat tempat ni jadi makin menarik. Ada bukit bukau, nampak bandar Seoul lagi alahai. Sayangnya aku tak reti sangat nak snap gambar cantik ni. Next time kalau ada rezeki aku nak datang time winter pulak. Mejin jak mun ada salji kan perfect gilak dah ya. 

So yeah, aku dah boleh cross Namsan Tower dalam bucketlist aku. Hihi. Tok baruklah namanya dreams do come true kan. 


Hehe terjumpa pulak yang ni. Kbai. x

13 comments

  1. warna warni...simbol dan kepercayaan masing-masing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yepp. view cantik. kalau nak letak lock pun buat sekadar suka2 je. hehe.

      Delete
  2. It's actually a great and useful piece of information. I am happy that you shared this useful information with us.
    Please keep us up to date like this. Thanks
    for sharing.

    ReplyDelete
  3. lolz! ada gik camya....hahahaha kacaknya tempat ya...teringin mok pergi...tapi sik tauklah bila....sedih! huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. nok ne yaaa. pasal caption ya kahh. :P ada masa dapat ya ktk pegi juak. mungkin blm kinek but soon!!

      Delete
  4. mun kmk pergi sitk pun bulak sik sakai juak XD
    antara tempat wajib singgah mun di seoul korea tk kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yepp. mun sik ke sitok bgs siboh jak ke seoul. kira cmya lah nya. haha.

      Delete
  5. haha next time repeat sini mesti jumpa Opaa punyaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn XD tapi tak nak jumpa oppa biasa-biasa. nak jumpa oppa dalam kdrama. XD

      Delete
  6. Dulu saya pergi sini pun tak banyak gambar juga. Sebabnya malas nak ambil sebab ramai sangat orang. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. masa echa pegi pun ramai jugak. tp oklah masih boleh selit menyelit among the crowds. :D

      Delete
  7. teringat pula lagu ramlah ram.. kukunci.. cintaku.. hahaha..
    beli siap2 dari Malaysia sebab kat sana mahai hehehe..

    ReplyDelete