Under The Weather


Hari ni masuk hari keenam aku sakit. Hebat. Tak pernah aku sakit lama sangat macam ni. Mula dari petang sabtu aku kena serang migraine. Reason sebab aku terlampau berpanas siang hari tu. Drive dari kedai ke sekolah adik aku then terpaksa hadap jem lagi dah tu terpaksa parking jauh lagi. Aircond kereta pulak buat hal. Memang asdjnaskfnef lah. 

Hari ahad dah tak migraine sebab aku makan painkiller. Tapi ada migraine's silent sister aka postdrome aka sisa-sisa sakit yang tertinggal. Pukul 9 pagi aku keluar ambil makanan di kedai dan hantar adik aku ke sekolah sebab ada ramah tamah then balik rumah. Pukul 11 aku keluar lagi ambil adik aku di airport. Perjalanan balik ke rumah yang sepatutnya kurang jauh jadi banyak jauh sebab aku ter-miss simpang yang sepatutnya. Dan u-turn pulak nun dihujung sana. Kan aku dah cakap aircond rosak. Bukak tingkap pun masih rasa bahang panas yang menggila kat luar. Aku ni pulak bebal sebab tak reti nak ingat jalan even dah banyak kali guna jalan yang sama. Padahal jalan lurus je pun. 

Hari isnin bila nak bangun aku rasa kepala aku berat. Hidung aku sumbat. Aku bagitau mak aku tak kerja. So aku tidur balik, bangun, makan, makan ubat then tidur balik. Malam pulak aku keluar lepak dengan kawan. Walaupun rasa tak larat tapi aku gagahkan diri jugak sebab first, kawan aku birthday and jumpa dorang ni bukan senang. Second sebab aku lapar. So why not kan. 



Hari selasa aku memang rasa under the weather tapi aku tetap turun kerja. Kepala tak sakit tapi masih selsema. Dan batuk pulak sibuk nak join meriahkan hari aku. Okay fine silakan. Semput jangan cakap. Nasib baik asma aku tak datang. 

Hari rabu hidung aku masih lagi sumbat. Suara aku pun dah hilang. Staff di kedai semua penyakat. Aku bercakap dorang suruh diam. Siap suruh aku pergi workshop tukar minyak hitam dekat kerongkong. Ada yang suruh aku minum air limau, bapa aku suruh minum teh cina. Ahh sudah. Teh cina memang aku reject sebab pahit yang amat. Bapak segala ubat kot. Jadi aku pilih untuk minum air asam jawa dengan terpaksa. 

Belum sembuh demam disitu jugaklah aku kena attack dengan askar jepun. Senggugut lagi join the club gaiss. Mood aku memang terus tercampak entah kemana. Rasa nak marah jak. Sebelah malam pulak aku ter-emosi yang amat. Tetiba sedih dan rasa down. Yes I cried. Bukan nangis sikit. Tapi nangis banyak. Rasanya dah boleh bukak kompeni minuman botol.

Hari ni masih lagi belum ada suara dan hingus asyik meleleh je. Semalam tak pulak. Sorry disgusting tapi itulah yang aku kena hadap sehari-hari ni. Senggugut pulak macam makin cari pasal. Alahai. Cuaca dua tiga hari ni panas gila. Aku minum air putih bergelas pun masih kalah dan jatuh sakit. Hopefully esok dah sembuh sikit. Lusa sembuh banyak. Tulat dah sihat boleh berfoya-foya. Okay gurau je. 

Agaknya sekarang memang musim demam kot. So you gais do take care of yourself. x 

Comments

  1. pergh!!!! heavennya tengok fries tu! nyum nyum!
    get well soon eeca!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebukit nak. org cina melimpas meja kmkorg tetak ajak nangga. xD hehe tenkiuuu <3

      Delete
  2. kalau tengah period memang senang jugak nak dehydrate sebab badan nak banyak air masa tu untuk replace darah yang keluar nak pulak tengah musim panas, memang lemah sikit la badannya. Get well soon ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari ni makin lemah rasanya. dgn batuk lagi dgn sakit kepala lagi. haihh. tenkiu farhanna <3

      Delete

Post a Comment