New Minimalist Template For eecashyaa.com

by - September 16, 2018



Seperti biasa bila nak ambil mood berblogging memang kena touch up rupa blog sikit. Tapi kali ni aku tukar semuanya. Semangat gitchew tapi template baru atau tak tetap tak hilangkan dungu writer's block dalam kepala ni. Even dah remind dengan diri sendiri update je apa-apa benda pun masih tak boleh nak konsisten blogging tiap hari.

Blog aku masih lagi kekalkan tema minimalist. Kalau sebelum ni background warna putih, sekarang aku teringin nak guna main background warna kelabu. Pencarian template bermula dari Etsy. Cari punya cari aku berkenan dengan template Bestarpon ni. Banyak kali aku fikir nak beli ke tak sebab mahal. Lastnya tak jadi. Cari pulak template dekat ThemeExpose. Bukak je terus berkenan dengan True Blog ni. Lebih kurang sama macam template first yang aku nak tapi harga ada murah sikit. So aku pun grab teruslah yang premium punya. Beli guna duit payment dapat dari blog job okay. Hihi.

Aku suka buat simple and minimalist look supaya tak serabut. Sik suka kamek mun meriah gilak. Font pun semua aku tukar bagi nampak kemas sikit. Ada yang tak dapat direct customize so aku terpaksa godek code sikit. Leceh sebenarnya tapi demi nak cantikkan blog aku sanggup je scroll and cari mana tempat nak ubah font and size font.

So here are the details of my new blog template:

Template Name: True Blog from ThemeExpose (I bought the premium version)
Header: Bebas Neue
Page Text & Navigation: Montserrat
Post Title & Widget Title: Oswald

Tips nak bagi blog nampak kemas pastikan korang tak guna banyak jenis font. Limit 2 atau 3 je dah cukup. Then letter-spacing pun amatlah memainkan peranan. Letter-spacing selalunya aku bagi 1.3px ke 1.5px gitu ikut kesesuaian font. Huruf tak terlampau rapat dan tak terlampau jauh. Selalunya code ni jarang ada dalam template so kena tambah sendiri.

Soooo, cantik ke tak cantik blog eecashyaa.com ni? :P *kacak ajak tapi content sekdaaa hihuuu*

You May Also Like

9 comments

  1. cantik... betul eecaa... spacing font ni pun sebenarnya mainkan peranan nak tarik minat pembaca kan..

    ReplyDelete
  2. cantik! suka tengok sebab tersusun elok je semua :) sha malas nak tukar theme karang kacau seo :3

    ReplyDelete
  3. So clean and sophisticated! I love it girl! xx

    Lenne | Blog

    ReplyDelete
  4. nang kacak template tk, nampak kemas n yg penting minimalist :D

    ReplyDelete
  5. i love blog yang guna background putih. akak x reti nak edit blog sndiri. kena upah orang hehehe =D

    ReplyDelete
  6. omggg baru datang blog, lawanya blog!

    ReplyDelete