Pengalaman VR Hiper-Realiti Star Wars Pertama Di Asia

by - September 10, 2018



“Pengalaman VR Hiper-Realiti Star Wars™ yang Pertama di Asia Bakal Tiba di Resorts World Genting.”

Dihasilkan oleh ILMxLAB dan The VOID, masuk kedalam dunia Star Wars dengan pengalaman unik lain daripada yang lain.

Genting Highlands, 7 September 2018: Dari galaksi yang jauh, datang satu pengalaman luar biasa yang pertama seumpamanya di Asia, anda bersama rakan-rakan boleh menerokai antara dunia nyata dan realiti.

Resorts World Genting dan The VOID hari ini secara rasmi mengumumkan akan membawa pengalaman hiper-maya pertama membabitkan filem francais terkenal Star WarsTM: Secrets of the Empire pada penghujung tahun ini yang dihasilkan dengan kerjasama dengan ILMxLAB.

Ini menjadi kolobrasi pertama The Void di luar Amerika Syarikat dan UK menjadikan pegalaman di Resorts World Genting (RWG) ini yang pertama di Asia. Terletak pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut, pengalaman RealitiMaya (VR) itu menjadi salah satu tarikan terbaharu di RWGyang mencatatkan jumlah kedatangan pelancong seramai 25 jutapada tahun lepas. Tarikan ini akan duduk sebaris dengan tarikan lain termasuk restoran, premis peruncitan dan hiburan sertataman tema tertutup dan terbuka yang akan dibuka tidak lama lagi.

Star Wars: Secrets of the Empire akan membawa para pengunjung merasai pengalaman menakjubkan membolehkan mereka menerokai dengan bebas tanpa gangguan secara interaktif di dalam dunia Star Wars. Gabungan realiti dan imiginasi itu menjanjikan pengalaman sebenar di mana pengunjung boleh merasai sendiri kesan ditembak “blaster bolts”, bau asap di sekeliling persekitaran dan menekan butang bagi menyelesaikan teka-teki untuk melepaskan diri daripada musuh secara langsung melalui alat khas yang menghubungkan dunia nyata dan maya.


Di bawah kumpulan pemberontak, sepasukan empat orang mengembara ke planet Mustafar dan menyelinap masuk ke Pangkalan Imperial. Semasa melaksanakan misi, anda akan bertemu watak-watak utama dalam filem Star Wars ketika cuba menghindari bahaya di sepanjang perjalanan.

Craig Watson, Pengerusi The VOID berkata: “Pengalaman hiper-realiti The VOID, hingga sekarang ini membawa orang ramai ke dalam dunia yang hanya wujud di dalam imiginasi mereka. The VOID menjadi peneraju segmennya dan kini selangkah ke hadapan dengan menjadikan perkara mustahil bertukar nyata dan membolehkan para pengunjung melangkah ke satu dunia realiti yang baharu. Dalam Star Wars: Secrets of the Empire anda boleh dengar, rasa, sentuh malah bau supaya lebih dekat dengan jalan penceritaan, karakter dan tempat.”

Brian Machamer, Naib Presiden Kanan Taman Tema di Resorts World Genting berkata: “ Kami berbangga berkerjasama denganThe VOID bagi menyediakan teknologi bertaraf dunia kepada para pengunjung dengan pengalaman menarik yang bakal menjadi pertama seumpamanya di Asia.”

Vicki Dobbs Beck, Eksekutif ILMxLAB berkata: “Di ILMxLAB, matlamat kami adalah untuk orang ramai ‘Masuk ke Dalam Penceritaan Kami’ dan kini peminat di Malaysia dan Asia akan berpeluang untuk mengalami pengalaman pengembaraan dan keseronokan Star Wars: Secrets of the Empire." 


Mengenai Resorts World Genting 

Resorts World Genting (“RWG”) merupakan resort percutian dan hiburan premier di Malaysia yang terletak kira-kira 50 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Resort ini berdiri gah pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut, dikelilingi hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun. Mencatatkan suhu antara 16 hingga 24 darjah Celsius sepanjang tahun, ia merupakan salah satu destinasi popular dengan jumlah kedatangan pelancong mencecah 25 juta pada tahun 2017.

Ia dilengkapi lebih 10,000 buah bilik meliputi 7 buah hotel dan salah satunya merupakan hotel terbesar dunia dengan 7,351 buah bilik. Ia turut memiliki sebuah hotel dilengkapi padang golf 18 lubang. Pusat membeli-belahnya, SkyAvenue berkeluasan 600,000 kaki persegi menempatkan 168 penyewa menyediakan tarikan hiburan, panggung wayang, tempat makan dan premis peruncitan. First World Plaza yang terletak bersebelahan dengan SkyAvenue turut menawarkan kemudahan pusat konvensyen, dewan dan pusat membeli-belah. Resort ini turut menjadi penganjur kepada persembahan penghibur dan artis terkenal di Arena of Stars yang memiliki 5,200 tempat duduk dan Genting International Showroom yang mampu memuatkan 1,200 tetamu.

Kumpulan Genting Malaysia telah merencana pelan induk 10 tahun untuk memperkukuh dan mentransformasi Resorts World Genting di bawah Pelan Bersepadu Pelancongan Genting (“GITP”) pada tahun 2013. Hari ini, Resorts World Genting telah memperkenalkan pelbagai kemudahan dan tarikan baharu di bawah GITP termasuk pembukaan semula Hotel Theme Park yang dinaik taraf, Menara 3, Hotel First World dan membina system kereta kabel Awana SkyWay yang baharu.

Pembukaan Genting Highlands Premium Outlet baru-baru ini (dimiliki oleh Genting Simon Sdn Bhd, usahasama antara antara Genting Plantations Berhad dan Simon Property Group) menjadi nilai tambah kepada tarikan baharu dan sedia ada di RWG.

Sementara itu, taman tema tertutup, Skytropolis ditutup sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf dan ia dijangka dibuka semula pada suku keempat tahun 2018. Tarikan dan kemudahan lain yang dirancang di bawah GITP termasuk taman tema Twentieth Century Fox World pertama di dunia yang dijangka dibuka pada tahun hadapan secara berperingkat.


Mengenai The VOID 

Langkah masuk ke dalam filem kegemaran anda dengan The VOID; peneraju global dalam penggunaan teknologi terkini dan IP dari Hollywood dalam menghasilkan hiburan interaktif serta penceritaan untuk pengalaman yang menakjubkan. Menggabungkan teknologi terkini VR, ia membolehkan pengalaman sebenar dan dirasai dengan deria termasuk sentuhan dan bau – The VOID mengajak peminat menjadi peserta dalam pengalaman hiper-realiti baharu. The VOID’s Experience Centers terletak di: Madame Tussauds di New York, N.Y., Downtown Disney di Anaheim, Calif., Glendale Galleria di Glendale, Calif., Grand Canal Shoppes di The Venetian dan The Palazzo Hotel di Las Vegas, Nev., Disney Springs di Orlando, Fla., Hub Zero, City Walk di Dubai, U.A.E., serta The Rec Room in Toronto, Ont. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.thevoid.com dan ikuti @voidvr di Instagram, Facebook dan Twitter .


Mengenai ILMxLAB 

Diasaskan pada 2015, ILMxLAB merupakan satu daripada divisyen hiburan Lucasfilm yang menggabungkan penceritaan, inovasi teknologi dan produksi bertaraf dunia bagi menghasilkan pengalaman hiburan menakjubkan dan penuh dengan impak. Mereka membangunkan pengalaman untuk realiti maya, realiti perantara/campuran, pawagam masa sebenar, hiburan taman tema dan pengalaman berasaskan naratif untuk platform masa depan. ILMxLAB dikenali melalui CARNE y ARENA, pemenang kesan VR anugerah Oscar yang diarah oleh Alejandro G. Iñárritu dan pengalaman hiper realiti yang mendapat pengiktirafan Star Wars: Secrets of the Empire. Untuk maklumat lanjut, ikuti follow @ILMxLAB di Facebook, Twitter, Instagram, dan YouTube.

You May Also Like

2 comments

  1. Bagi kaki gamers memang seronok la ye..tapibayi kita yang sesuka nak main pun apa salahnya cuba..tak sabar nak tgg ia dibuka semual

    ReplyDelete
  2. bahaya kalau main tutup mata camni. hehe

    ReplyDelete