St. Ives Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub Review

by - September 17, 2018


This St.Ives scrub is definitely my favourite! Nope, I don't lie. I don't simply say that for marketing. It's my honest feedback, girls. Haritu aku jalan ke Watsons nak cari scrub muka sebab scrub muka lama dah habis. Cun pula dekat timeline aku penuh blogger-blogger up cerita St. Ives yang ada packaging baru. Aku tahu yang apricot scrub tu je hihuu. Jadi aku cari la benda ni. Terus berkenan hokay!

Aku tak ingat berapa aku beli. Rasanya dalam RM19+ sebab ada promotion. Benda first yang buat aku jatuh cinta dengan scrub ni adalah packgaging dia! Manusia itu kan mudah tertarik dengan benda cantik. Second reason pulak sebab bau dia. Bau sedap sangat. Haa tapi aku beli bukan sebab dua ni je k. Orang cakap jangan beli secara membabi buta. Baca dulu.

St. Ives Radiant Skin - Infused With Pink Lemon & Mandarin Peel Extract


Bahan utama yang digunakan dalam scrub ni adalah lemon dan mandarin. Main reason kenapa bau dia sedap sangat. Aku rasa semua orang tahu yang lemon memang banyak sangat benefit kan? Salah satunya adalah membantu untuk mencerahkan kulit. Lemon ni bersifat acidic dan act as bleaching agent. Haa nak putih tak perlu telan produk sampah. Rajin-rajin gosok muka guna lemon! Tapi since St.Ives dah keluarkan scrub lemon ni, boleh terus guna ni je.

Mandarin pula berfungsi sebagai antioxidant. Memang gabungan yang mantap gilak lah! Dua-dua buah yang kaya vitamin C. Jujur aku tak reti banyak dalam bab kecantikan tapi aku banyak baca tentang natural remedies for skin. Nak kulit sihat sebab aku tak suka mekap. Hehe.

Bye-Bye Dullness! 


This product claim that it polishes away dullness for radiant skin. Untuk sesiapa yang ada kulit kusam kurang berseri macam aku, this product is for you! Serious talk babe. Lepas guna ni memang rasa sangat perbezaan dia pada kulit. Rasa fresh semacam dan cerah semacam je. Scrub ni tak kasar sangat. Berbanding dengan St.Ives Apricot Scrub yang aku pernah guna sebelum ni, yang St.Ives Pink Lemon ni lagi best!


Scrub ni sangat thick k. Guna sikit je dah boleh cover semua muka. Dan of course boleh guna lama. Scrub ni sepatutnya kena guna 2 kali seminggu. Tapi aku semangat guna hari-hari sampai kulit aku kering hahaa padan muka. Suka sangat lettewww nak scrub muka bagi cerah. Hiks. Addicted dengan fungsi scrub ni yang claim akan buat skin glowing. :P

Is It Worth Buying?

I would absolutely say yes. Sebelum ni aku guna scrub brand lain. Tak best macam St.Ives ni. Kulit aku bukan jenis sensitif so this product really suits me best. Untuk yang baca ni tak boleh rely 100% dengan feedback aku okay. Mungkin result berbeza. But this is my honest review.

Will I Repurchase This?

Absolutely yes too! Repurchase the same brand tapi nak cuba different scrub. St.Ives ni ada banyak jenis scrub tau. Sebab yalah kamek suka gilak! :D


Kalau nak beli ikutlah kesesuaian yang diperlukan kulit okay. Next tube nanti aku nak try yang oatmeal punya. Well, kudos St.Ives for making such a great product! Much love from me!

Till here then! x

You May Also Like

13 comments

  1. Aroma buah-buahan atau bunga-bungaan dan bahan-bahan semulajadi memang menambat hati...

    ReplyDelete
  2. teringin mok cuba scrub st ives tk terutama nak green tea ya, tapi selalu sold out. yg tk pun macam best juak, semua la best! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua mcm best nakk. kmk mok try nok oatmeal ya.

      Delete
  3. packaging cantiklah hahahaha sha dah aim lama dah scrub ni tapi selalu sold out :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa echa beli haritu pun tak banyak stock :o laku keras! xD

      Delete
  4. Wah.. Best ni... Memang dok cari produk utk pulihkan kulit kusam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try kak maria. mmg puas hati :D

      Delete
  5. Glad that you like your scrub. As for me, I had a bad experience with St. Ives scrub though not this one. So, sampai sekarang trauma nak pakai but I love their other products.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? tak sesuai dgn kulit farah lah tu. sabun mandi st.ives pun best guna!

      Delete
  6. this one wangi gilaaa kan !! tp butir2 dia halus. still prefer apricot n coconut hehehe beeeest !!!

    ReplyDelete
  7. Bestnya scrub ni but too bad the brand is not in the japan drugstore. Sob sob.

    Btw, new template is pretty as always x

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
  8. ohho! I'm using the coconut and coffee one, I like it a lot since the scent is very nice also rasa kulit lembut habis lepas cuci, nak try yang you recommend ni and oatmeal jugak ^^

    ReplyDelete