Anohana Makes Me Weep

by - November 02, 2018

Crying at fiction is normal even it doesn't sound legit. Tengok kartun pun nangis. Hati tisu sangat okay. Lepas lama dah tak tengok anime, akhirnya aku terjebak lagi. Dan anime yang aku baru habis tengok adalah cerita Anohana : The Flower We Saw That Day.

Banyak-banyak anime, kenapa Anohana? Awalnya aku cuma nak cari figurine untuk photography. Saja suka-suka. So aku tanya N mana nak cari figurine macam ni dekat Miri. So dia tolong cari dan jumpalah yang sama kecik comel macam dalam gambar tu tapi lain character. Benda kecik comel ni dipanggil Nendoroid. Ya allah sumpah kiut gilak! Tapi kecik kecik harga dia fuhh berapi. So N sajes beli dekat Shopee jelah murah sikit. Dia suruh aku pilih and bagitau dia mana satu aku nak. Dan aku pun berkenanlah dengan Nendoroid Menma ni.



Bila dah berkenan of course lah aku google detail dengan lebih lanjut siapa Menma ni. Rupanya dari cerita Anohana. Maka aku pun tengoklah cerita dia since aku dah suka dengan nendoroid dia ni. Hihi.

Anohana ni kisah tentang roh Menma yang tak dapat nak rest in peace sebab ada wish yang belum tercapai masa dia lagi hidup. Antara 5 orang childhood bestfriend dia, hanya sorang je yang boleh tengok dia iaitu Jintan. Bila Menma mati, friendship dorang renggang. Jintan ni depressed tak nak datang sekolah, menjauhkan diri dari kawan dan stress oleh Menma. Semua kawan dia ingat dia tak boleh move on dan berhalusinasi. It takes time jugaklah untuk kawan dia percaya yang roh Menma ada sebenarnya. At one point bila semua dah bersatu hati, dorang pun cari jalan untuk tunaikan wish Menma. Rupanya wish dia.....

Image result for anohana gif
Okay aku tak nak bagi spoiler. Kalau nak tahu kenalah tengok. Sumpah ending sedih gila. Aku sampai nangis-nangis berhingus tengok part last okay. Cerita ni sampai episod 11 je dan ada versi movie. Kalau kaki anime mungkin dah tengok cerita ni kot. Tapi kalau rasa nak layan cerita kartun sedih aku rekomen tengok Anohana ni. Hehe.

Anohana OST pun best. Layan!

You May Also Like

5 comments

  1. ikr, sedih anime tk. kmk suka gilak feeling dengan lagu secret base ya, selalu gilak layan sampey hafal dah XD

    ada live action juak anime tk, boleh tahan juak :D

    ReplyDelete
  2. hi, okay boleh layan anime ni, thanks for the short review

    ☆ Atheera ☆

    ReplyDelete
  3. Jemput join Planner 2019 Giveaway :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

    ReplyDelete
  4. Dah tengok dah.. Dia punya last epusode tu memang sedih, lagu pun sedih weh 😭😭😭

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
  5. Laaa, cerita sedih ke? I plan to watch this anime after I'm done watching the one that I'm currently watching. My sister cakap I would love this anime tapi kalau sedih, macam berat hati nak tengok T^T

    ReplyDelete