4 Current Problems That Drive Me Insane


4 Current Problems That Drive Me Insane. 

Hi. I'm back after missing for a long time. Malas nak huha panjang sangat kenapa aku hilang dari radar. Cuma sekarang aku harap aku boleh istiqamah untuk update blog selalu. Tak janji tapi akan cuba sedaya upaya untuk rajin menaip. Konon mengalami writer's block padahal gago binge on Netflix gais.

So first entri untuk tahun 2019 ini adalah berkenaan dengan masalah yang aku tengah alami sekarang. Masalah ni aku percaya bukan aku sorang je ada tapi semua orang. Trust me. Without further ado, let's start with number one yang paling gila.


1. Masalah Keguguran Rambut Yang Dasat

Siktauklah apa masalah tapi rambut aku makin hari makin menipis. Masa mandi dengan lepas mandi memang normal lah rambut tercabut banyak kan. Tapi masalah ni macam tak normal kalau jumlah rambut yang gugur tu over banyak. Seram tengok weh. Sampai aku google untuk cari fakta berapa banyak rambut atas kepala manusia. Aku takut rambut aku habis. :(

Sekarang aku cuba guna hair tonic Regan dari Watson untuk tambah rambut. Selain tu aku guna virgin coconut oil + aloe vera gel untuk hair mask. Aku tak pasti la berkesan atau tak tapi aku perasan yang baby hair aku banyak tumbuh. Cuma masalah rambut gugur tu still ada dan tersangatlah dasat. Sedih.

2. Masalah Nafsu Makan Yang Haloba

Tok paling aku geram. Konon nak atkins lah, nak intermittent fasting lah, nak kurus lah tapi mala jak makan! Mulut nang sik pande berenti nak nganyang makanan ajak. I need something to motivate me. I really need to lose weight. Lemak makin hari makin bertambah. Aduh stress. This part aku tahu yang aku kena tolong diri sendiri. Kena control makan, control mulut, control segalanya. Tapi benda ni tersangatlah susah sebab aku memang suka makan. Tiap hari bangun pagi aku buat reminder nak eat clean. Tapi kecundang. Agaknya aku perlu something yang lebih brutal dan savage untuk sedarkan diri yang aku dah di tahap seketul giant! Mungkin patut cakap baju kahwin tak muat walaupun belum nak kahwin lagi. Hihi.

3. Masalah Tak Kaya Tapi Boros Nauzubillah

Well, benda tok tersangatlah kontra dengan azam 2019 aku iaitu nak saving banyak. I keep on buying unnecessary stuff. Dan banyak buang duit untuk makan. Tapi memandangkan orang tua selalu cakap makan tak boleh berkira so benda ni out of list lah kan? (padahal duit aku memang banyak habis ke makanan) Selain makanan yang aku suka beli adalah buku. Haritu beli cadar lah, beli face oil lah, beli itu la ini la untuk bilik. Padahal misi aku nak jadi minimalist. Tapi lepas eliminate benda lama aku pi tambah benda baru pulak. Tadi baru je aku beli mini trolley storage. Astagaaa.

4. Masalah Endless Procrastination 

Sebenarnya teringin nak belajar banyak benda. One of it adalah belajar bahasa Korea. Buku tulis untuk prektis hangul aku dah beli. Textbook semua aku dah download dah. Complete sesi pembelajaran. Nasib baik free. Haritu dah start tapi sekarang semuanya pending sebab aku lebih rajin untuk layan movie dari belajar. Gosh. Konon nak study lepas movie tapi end up sambung lagi movie lain. Tak pun layan candy crush. Tak pun tido mati. Aduh payah la macam ni. Apa pun tak boleh. How I wish kat sini ada language centre tapi shiada okay. At least rajin la jugak agaknya sebab ada cikgu ajar. Ni belajar sendiri memang disiplin 100% kelaut lah. Banyak procrastinate dan berangan dari buat something. Sampai bila pun aku tak maju kalau perangai macam ni.

Image result for stress gif

Hmm rasanya empat benda ni yang sangat mengganggu aku sekarang. Salah siapa? Of course lah salah diri sendiri kecuali masalah rambut gugur yang amat dasat sekali. Sekarang dah kenal pasti masalah sendiri, it's time to think on how to solve and fix all of this thing. Meh.

It's actually good to recognize the error in ourselves so we know how to be better. Kan?

So gais, korang ada apa masalah sekarang ni? Nope. I tak nak masalah you terima kasih hihi but we can share and try to solve this together. If anyone know any tips untuk rambut gugur yang memang berkesan sangat please let me know. Dekat google memang banyak dan banyak jugak aku dah try. But it doesn't help at all. Sedih.

Comments

  1. This is so sad hahaha And I can relate to every point you shared. I only pray for hidayah to come my way and wake up from this never-ending cycle of mistakes that I keep repeating 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kan. moga istiqamah untuk berubah. xD

      Delete
  2. Hi, kalau rambut gugur mungkin blh cuba produk ni yg sy ada baca kt twitter https://twitter.com/_nashq/status/1089192663071436802?s=19

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for sharing. esok cari di guardian. :D

      Delete
  3. I pun ada masalah2 macam ni, memang susah kita kena ada disiplin yang kuat

    ReplyDelete
  4. utk rambut gugur nad guna cadeau..hehee..memng best,.no more lagi rambut gugur

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole try guna ni nanti. hehe. thank you for the tips!

      Delete
  5. saya ada juga nafsu nak makan banyak tetapi terpaksa dikawal agar pengaliran keluar tunai jadi minima..


    rupanya ada perangkap lain iaitu membeli barangan bukan makanan penyebab saya menjadi pemboros no 1 di Sarawak ketika ini hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha okay sep lok. mun ktk pemboros no 1 kmk pemboros no 2 lah. hahaha.

      Delete
  6. Are you me? LOL

    No.4 is a severe problem for me and I still couldn't get myself out from the endless procrastination.

    ReplyDelete
    Replies
    1. your reflection xD to get rid of procrastination is one of the hardest thing to do.

      Delete
  7. Currently facing the same problem - #3. Duit takde tapi amboi sangat, belanja macam orang kaya T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha. padahal duit tu cukup makan aje. yet still nak beli mcm2.

      Delete
  8. hai eeca! lama hilang hehe. untuk masalah rambut gugur tu nk suggest eeca cuba produk shampoo santan dari My Home Lab. Try google or search kat FB sbb kakak ipar pon ade mslh sama. lps dia cuba maintain guna shampoo santan My Home Lab tu alhamdulillah kini tiada lagi masalah rambut gugur yang kronik. opsss dah mcm iklan pulak hehe

    ReplyDelete
  9. Saya sanga faham kalau bahagian kerja tertangguh sebab kadang-kadang saya pun macam tu ~

    ReplyDelete
  10. OMG sama laa Lya pun having these 4 problemsss and sangat susah nak tangani haha

    ReplyDelete
  11. Untuk no 2 tu... Rasanya cuba eeca try Min Kaffe + Garlic.. Dia boleh kawal selera makan anda..hehe.. InsyaAllah... Kita cuba ye

    ReplyDelete

Post a Comment