Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Menang #MYTravelAdventure Contest By Traveloka

cuti cuti malaysia


Ahad lepas plan nak update entri blog. Tapi terjebak pulak tengok drama My Secret Romance. Lastnya sempat blogwalking saja tapi tak ingat berapa ketul blog yang aku dah singgah.

Alhamdulillah tak sangka pulak akan menang contest Traveloka untuk kali kedua. Contest kali ni aku siapkan betul-betul dalam masa beberapa jam lagi nak due date. Nasib baik sempat. Untuk hadiah kali ini, sebagai top 3 winners, aku dapat kupon bernilai RM1000 yang boleh digunakan untuk bayar hotel atau beli tiket kapal terbang. 

Traveloka bagi option either nak pecahkan kepada dua atau tak tapi aku decide untuk ambil yang untuk beli tiket kapal terbang je. Bila dah pilih tu, means tak boleh lagi guna kupon tu untuk bayar hotel. Aku dah survey tiket ke Korea. Boleh bayar full guna kupon. Hiks tau-tau je Traveloka ai nak bercuti jumpa bakal mak mertua dan bakal husband kahkahkah. 

traveloka contest

Tahun lepas pun aku ada join contest Traveloka pasal #MYTRAVELOKAESCAPADE : CHASING THE BEAUTY OF KOREA. Menang jugak dalam minggu keempat. Dapat la jugak kupon. Tapi sampai sekarang aku belum guna lagi kupon tu huhuhu.

Destinasi pilihan memang first pilih Korea hahaha. Anyway, tahniah jugak pada pemenang-pemenang lain. Jom kita bercuti beramai-ramai! Untuk Traveloka pulak, next time buatlah contest lagi. Boleh ai join lagi. Hihihi. 😄😄😄

Toddles! x

#MYTravelAdventure - Leaving Footprints Around Places In Malaysia

mytraveladventure

Hello, fellow friends! Let me introduce you my dearest self as a self-proclaimed traveller and wanderer. I am Malaysian but to be honest, I never travelled much around my own country yet. But based on what I read and saw on the internet, I'm sure that Malaysia has so many amazing places to go. Sadly it just me that doesn't have a chance to travel yet.

Lazada Birthday Blogger Contest

Lazada Malaysia

Haippp! Sempena hari jadi Lazada Malaysia ni, mereka ada buat contest. Aku tengok banyak je blogger yang join Lazada Birthday Contest ni. Meriah semacam! Memandangkan aku belum ada benda nak update dalam blog, rasanya aku patut menyemakkan diri dalam senarai peserta Lazada Birthday Blogger Contest ni. Jujur yang aku belum pernah shopping di Lazada ni. Tapi kalau cuci mata tengok barangan yang ada dalam website Lazada memang banyak kali dah. Macam-macam benda mereka ada okay! Rambang mata dibuatnya!

Website Lazada ni kalau dalam bentuk fizikal aku rasa dia akan jadi bangunan shopping mall 8 tingkat! Tapi kena add on satu tingkat lagi untuk foodcourt!

What do you love about Lazada Malaysia?


Macam-macam ada! Bab ni paling best dan win sekali bagi aku sebab tak payah susah-susah nak ke kedai cari barang. Kalau jenis pemalu macam aku ni memang heaven sangat dah Lazada ni. Semua benda di hujung jari. Cakap je nak apa memang semua ada. Nak cari kasut, gadjet, perabot, makanan, baju, barang mekap, periuk belanga, penyapu, mop semua ada. Tak kisah lah benda besar ke kecik semua dia sapu. Keretapi betul je tak ada dalam tu hehehe!

Selain dari macam-macam ada ni, website Lazada ni sangat kemas dan teratur. Banyak barang tapi tetap teratur sebab setiap benda ada kategori dan sub-kategori sendiri. Lagi mudah nak cari apa yang kita nak. Setiap apa yang dipaparkan pun ada deskripsi dan butiran terperinci. Kalau ada yang berkenan boleh terus add to cart dan checkout. Sistem pembayaran pun agak senang dan fleksibel. Say no more! Nak shopping pun jadi mudah yang amat dengan Lazada ni!


Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)


Lazada tanya apa produk kesukaan ni nak bagi satu ke? Tak baik tanya je tau :P

Lazada Malaysia

Sony A6000. Yang ni benda paling aku suka dan paling aku nak. Dah lama idam kamera Sony A6000 ni. Sekarang pun tengah kumpul duit nak beli kamera. Walaupun tak ada bakat persis seorang jurukamera, tapi aku tetap nak jugak kamera ni sebab aku suka snap gambar! Aku dah buat review tentang kamera ni. Kalau ambil gambar malam memang cantik gila. Terang. Sesuai untuk aku yang suka night view! Selain tu boleh snap gambar lawa ala-ala stock photos untuk blog sendiri!

Lazada Malaysia

Panasonic MJ-L500 Slow Juicer. One of my favourite kitchenware! Setiap pagi aku buat jus karot. Kadang aku buat jus epal atau jus timun. Yang aku guna sekarang adalah high-speed juicer. Bila bandingkan dengan slow juicer ni nampak macam best lagi jus tu sebab tak ada rasa kasar. Selalu kalau kita minum jus mesti ada cebisan buah yang kecik tu kan. Then kalau biarkan sekejap mesti benda tu timbul atas permukaan jus. Tapi kalau guna slow juicer ni rasanya jus tu akan jadi lebih soft! SINI ada details produk ni. Nak satu plis!

Lazada Malaysia

Cook N Home 15 Piece Non Stick Black Soft Handle Cookware Set. Aku paling suka masak guna non-stick pan. Kalau guna jenis ni memang confirm makanan takkan melekat atas permukaan kuali/periuk/pan tu. Tak perlu guna minyak pun tak apa! Memandangkan harga minyak masak pun menggila naik, at least kalau masak guna non-stick cookware ni boleh jugak jimatkan penggunaan minyak masak kan. At the same time boleh amalkan pemakanan sihat tanpa minyak sekaligus!

How do you think Lazada Malaysia can improve? 


Hmm kalau yang ini aku tak pasti apa kekurangan Lazada Malaysia. Macam semua tip top je. Based on adik aku punya pengalaman shopping barang di Lazada, servis khidmat pelanggan bahagian proses refund duit ada slow sikit. Mungkin masalah berpunca dari barang yang tak sampai. Harap pihak Lazada boleh cek balik kekurangan bahagian ni. Yang lain semua okay. Selain tu mungkin boleh tambah lagi banyak produk barangan kot supaya online shopper boleh jadi lagi menggila bila cuci mata di Lazada! Selain dari diskaun dan voucher, mungkin Lazada boleh perkenalkan sistem lain untuk menarik lebih ramai pelanggan.

What is your birthday wish to Lazada Malaysia?


Aku harap Lazada Malaysia akan terus maju, sukses dan sentiasa nombor satu di hati pelanggan. Jangan kalah dengan permintaan pelanggan yang kadang demand macam-macam ni okay! :P
Happy 5th Birthday, Lazada Malaysia!

Lazada Malaysia

Kepada yang belum join, masih ada masa lagi nak join! Jom meriahkan Lazada Birthday Blogger Contest ni!

#MYTRAVELOKAESCAPADE : Fourth Week Winner!


So it has been a long time I didn't update my blog. I don't even visit the website for the past few weeks. Yeah I'm on a super long hiatus. Mood blogging tersangatlah kelaut. Sebelum tahun baru bukan main lagi berazam nak update blog setiap hari. Hahah. Hampeh. So, this is just a short update, perhaps, to let you know that I'm back! 

So if you read my previous post, it's obvious yang saya join Traveloka contest. Saja nak cuba nasib kot kot boleh melancong free. Yes I did put my expectation high to win the grand prize but sadly rezeki tak sampai situ. Instead, I won the weekly prize! Pun kira okaylah dapat habuan. Tak sia-sia taip karangan berjela-jela demi nak memikat hati Traveloka. :P 

traveloka travel tickets


So, adanya hadiah dari Traveloka, I still haven't decide where to go this year. Teringin betul nak ke Korea but mungkin tahun ni tak dapat lagi nak jejak kaki ke sana. Or maybe yes or maybe no. Tengok keadaan kewangan lah hahah. I have been very boros bulan ni. I bought some skincare products for the sake of myself. Stay tune for the post! Now tengah fikir nak buat apa dengan voucher Traveloka ni. Memandangkan tak banyak, kenalah cari the cheapest place to go. Mungkin cukup untuk support hostel 3 4 hari huhuhu. Anyway, tahniah untuk winners Traveloka contest yang lain jugak!! Untuk yang menang weekly prize, how are you going to use the voucher? Hiks

#MyTravelokaEscapade : Chasing The Beauty of Korea



Goryeo! Goryeo aka Korea! South Korea is definitely my ultimate dream vacation among all the country that has been listed by Traveloka in the contest. Negara ni adalah salah satu negara di dunia yang kaya dengan ciri-ciri sejarah dan boleh dikatakan agak meriah dan colorful! I adore everything about Korea; the cultures, the language, foods etc and one of them is their spoon! Hah kenapa sudu? Sebab sudu mereka slim dan panjang tak macam sudu kita hihihi! And yes, I even learn Korean language because I think getting angry in Korean sounds really cool! Tapi sampai sekarang masih tak dapat tangkap apa yang mereka bebel walaupun berjuta kali dah tengok drama Korea. Don’t get me wrong, there are more exciting things about Korea that makes me fall head over heels with it! Plan nak explore Korea tahun ni tak kesampaian tapi nasib baik ada Traveloka! 

Have you ever heard about Traveloka? It is one of the best website to book your flight ticket and accommodation at one time! Tak perlu nak bukak tab berasingan kalau nak tempah tiket dan hotel. Everything is easy peasy lemon squeezy with the help from Traveloka. Dahlah jimat masa, banyak diskaun pulak tu! Paling menarik tentang Traveloka sekarang ni adalah contest yang bakal merealisasikan impian orang macam saya untuk travel ke desitinasi pilihan secara percuma! Yeay! 

When I read that Traveloka wants to know how I will spend my holiday at my favorite destination, I really want to tell them that I want to go on date with all my favorite Korean actors! Tak dapat semua tapi Ji Chang Wook saja pun boleh lah! :P But since I know Traveloka won’t approve my date with my fictional boyfriend, here goes another journey for my #MyTravelokaEscapade ! No worries, there are more things I want to do if I were given a chance to visit Korea! Korea ni best sebab mempunyai keunikan tersendiri dimana dicelah-celah kota yang moden ini pasti ada tempat yang menampakkan ciri-ciri tradisi mereka pada zaman dahulu yang masih dikekalkan. Mesti rasa macam berada di dua era berbeza kalau berada di Korea ni! So, antara benda yang saya nak buat kalau cuti saya diluluskan oleh Traveloka adalah seperti yang dinyatakan dibawah!

Indulge In A Stunning Traditional Clothing


To be honest, this is the very first thing I want to do if I step my foot in Korea. The beauty of Korean traditional dress aka Hanbok is to die for! I lied if I said I never fantasising myself wearing one of that beautiful dress. Pakaian yang lain dari yang lain. Tak sama macam pakaian tradisi kita jadi kenalah cuba kan? Hanbok ni memang sangat cantik dan unik. Teringin nak cuba dan bergaya ala-ala puteri :P 100 tahun dulu orang Korea guna hanbok setiap hari. Tapi zaman sekarang hanbok hanya digunakan ketika ada majlis tertentu sahaja. Kalau Hanbok ni macam baju kurung mesti boleh pakai hari-hari kan? Barulah molek gitu :D

Go Crazy With Love Locks at Namsan Tower


I know this is a cliché! Boleh dikatakan Namsan Tower dan filem Korea memang berpisah tiada. I am a hardcore fan of Korean dramas and I can say that most of the scenes in the films won’t leave Namsan Tower alone. Even the Mermaid from Legend of The Blue Sea needs to go there to meet her lover! And not to forget, the cutest alien on earth from My Love From Another Star did leave his love locks there! N Seoul Tower ni adalah salah satu bangunan ikonik di Seoul dan tersangatlah popular dikalangan orang-orang yang bercinta! Single? No problem! Saya tetap nak jejakkan kaki ke N Seoul Tower ni jugak dan tinggalkan padlock yang ada nama saya di sana. Harus ada dalam list #MyTravelokaEscapade !

Enjoying Korean Cultures at Korean Folk Village 


Visiting new places take tons of selfies with amazing background and leave with nothing but photos? That is so not cool, bro! I would prefer to spend my time experiencing Korean cultures through the cultural classes they offer in Korean Folk Village. And I think maybe it’s a perfect time to show my language skills to the locals; yeah, the typical “annyeonghaseyo”, “saranghaeyo”, “aigoo”, “yaaaa!”, “mianhaeyo”, “mworago” etc. It's worth watching Korean films sebab boleh belajar bahasa! Bukan setakat tengok kosong je tau. Fokus sambil belajar sikit-sikit. If we go to Korean Folk Village, we will be able to see the traditional cultures from the late Joseon era and experience everything through this trip! Dulu kalau belajar sejarah mesti kena baca buku teks je. Dah tu memang tertidur sebab tak best. Tapi ni tak. Kalau travel tempat baru, ia ibarat belajar sejarah sambil rasa suasana tu sendiri. Duhh asyik! Memang tak mengantuk dan mesti lagi banyak input yang dapat!

Explore Bukchon Hanok Village



Bukchon Hanok Village ni tengok dalam gambar memang cantik dan unik!! Dalam drama Personal Taste pun mereka berlakon di lokasi ni. It's one of my favourite Korean film! Teringin nak jejakkan kaki ke tempat macam ni sebab di Malaysia tak ada rumah tradisional orang Korea. Bukchon Hanok Village ni bukanlah tempat tourist sebenarnya sebab lebih kepada kawasan perumahan dan memang ada orang tinggal dalam rumah-rumah tersebut. Dari apa yang saya baca, kalau datang sini tak boleh buat bising. Ambil gambar bahagian dalam rumah pun dilarang walaupun pintu rumah terbuka luas. If I were to go here, I will cherish the moment walking on this street, get lost in the tiny streets atau tak pun berlari sana sini macam buat video klip. Bukan selalu kan!

Shopping in Myeong-Dong!


I'm not going to miss the chance to visit this famous shopping paradise! Even though I'm not a shopaholic, macam rugi kalau tak singgah! Bukan setakat beli barang, manatau terjumpa jodoh di MyeongDong ni sebab ada berjuta manusia yang datang sini setiap hari. Gila. Macam mana nak shopping kalau tempat padat gila? Since I never experienced that, it's officially mandatory for me to be in this area! Other than grabbing some hauls, I'm sure it's also a great time to immerse myself more to Korean cultures; example like how the people do their work, how they communicate with each other and such stuff. Nak tengok macam mana mereka tawar menawar barang atau promote barang-barang mereka!

Pig Out on Halal Korean BBQ and Street Foods


There are lots of Korean foods I want to try! Gimbap, rice cake, bibimbap, kimchi, bulgogi, japchae and more! I know there are certain halal Korean food shops over there and wish I could really taste them! Korean BBQ and the street foods is a MUST try because, just like N Seoul Tower, Korean films won't leave them alone. Setiap drama Korea mesti ada adegan mereka ber-BBQ dan makan makanan di persisiran jalan. Tiap kali tengok, tiap kali tu jugak telan air liur sebab nampak macam sedap betul je! Of course lah kena cari yang halal punya dan bersiap sedia untuk menternak lemak! Teringin jugak nak rasa banana milk yang famous tu!


Date with Seoul's Night View! 


Nothing amazes me more than seeing something breathtaking especially the night view! When I was making my Korea itinerary last time, I stumbled upon one website that shows a great place to catch a magnificent view of Seoul city during the night time. Saya memang suka tengok lampu pada waktu malam. And they said the light in Seoul city never dims! Everything is bright and fun! Nampaknya kalau singgah ke Seoul memang akan ada satu hari yang tak tidur semata-mata nak menikmati suasana malam di kota ini!

Visit Fish Market


I know Jagalchi Market from one of Korean TV shows! Selain dari Jagalchi Market, Noryangjin Fish Market antara pasar ikan yang top di Korea. Bila tengok gambar dan tengok dalam TV, semua nampak macam fresh. Dan untuk dapatkan kepastian, adalah sangat wajib untuk singgah tengok ikan dan segala jenis seafood disana! Sambil tu boleh borak-borak dengan makcik disana hihihi. Asyik tengok dalam skrin TV je, kalau Traveloka bagi peluang jejak kaki ke Korea, mestilah kena singgah. It might be different over there! Curious to know how it feels like to be in another place!

Visit Ubiquitous T.um SK Telecom


I love technologies! T.um SK Telecom is all about future and advanced technology that we rarely see and will be use in our daily life. Ada certain benda yang masih tak official dan kalau singgah ke T.um SK Telecom ni, I really want to experience how it feels to have this future technologies! Korea antara salah satu negara maju when it comes to technology dan mesti seronok bila boleh tengok benda-benda canggih macam yang ada di T.um ni,


Grab Some Traditional Korean Handicrafts and Accessories! 


Rugi kalau tak beli sesuatu kalau disini. Lagi-lagi kalau benda yang saya tak jumpa kat tempat lain yang hanya ada di Korea saja. I'm not really a big fans of handicraft but I do love them!! Kalau aksesori pulak saya nak cari yang ada digunakan dalam drama Korea yang saya dah tengok. Nak cari gelang vintage dari cerita Moonlight Drawn by Clouds! Knotting keychains pun cantik juga dan pasti cara buatannya berbeza dari yang lain. If I were given a chance, again, I will surely attend the workshop to make the handicraft accecories or dolls etc. Mesti menarik kalau dapat ber-DIY! Dan of course selain tu, saya nak tambah koleksi sudu korea!

---

These are some of the activities that I would do if I won my dream vacation! There are still lots of things that I want to discover actually but this is the ultimate list. I would say it's a mix of modern and traditional journey! I want to get lost in a busy city and escape in a peace of nature with a bit sense of Joseon era! It's a journey where I seek for fun and tranquillity at the same time. I am always curious about things and I will definitely take this chance to travel and learn about Korean cultures! Hopefully, Traveloka will send me to Korea and let me explore the country more so I can share with people about the fun activities and the knowledge and experiences I gain from my #MyTravelokaEscapade !