Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts

3.05.2017

Sanggar Pappek Dan Sambal Tomat

sanggar pappek

Ada yang pernah makan sanggar pappek tak? Kali pertama aku makan benda ni masa belajar di Kota Kinabalu dulu. Sedap. Aku tak pasti makanan ni berasal dari mana tapi ada yang kata ini adalah makanan Bugis dan ada jugak yang aku baca sanggar pappek ni berasal dari Indonesia. Ahh tak kisah la mana-mana yang aku pasti aku suka makan benda ni. Enak loh.

Senang je nak buat sanggar pappek ni. Tutup mata pun boleh buat. :P

Cara Buat Sanggar Pappek!


sanggar pappek

Bahan utama mestilah pisang. Kena guna pisang muda yang macam ni. Aku pernah try guna pisang yang dah setengah masak dan rasanya kurang sedap dan tak sesuai kalau nak makan cecah dengan sambal. 

cara buat sanggar pappek

Gambar atas ni pisang yang dah siap dikupas dan digoreng sampai warna perang. Goreng biasa guna minyak panas tu. Jangan terlampau perang pulak sebab nak digoreng dua kali!

Bila dah siap goreng, kena tunggu pisang tu sejuk baru boleh penyekkan. Nak rasa masin sikit boleh tabur garam. Tak perlu banyak just be nice with the bananas okay. Bila dah selesai penyek boleh terus goreng guna minyak yang sama. Goreng sampai warna perang dan nampak garing.

Cara Buat Sambal Tomat! 


cara buat sanggar pappek sambal tomat

Cara buat sambal pulak memang senang. Sambal yang digunakan untuk makan dengan sanggar pappek ni adalah sambal tomat ye. Aku tak pernah cuba pulak kalau makan dengan sambal selain dari sambal tomat. Tapi yang ni memang umppph! 

Bahan-bahan sambal tomat : 

(aku tak suka letak kuantiti so agak-agak korang nak buat berapa banyak. you know the drill, babe!)
‣ tomato
‣ cili padi
‣ belacan
‣ garam
‣ gula
‣ ajinomoto

Cara-cara buat sambal tomat :

1. Goreng tomato guna minyak banyak. Agak-agak dah masak, terus angkat dan tapis.
2. Lenyek/Tumbuk cili padi, belacan dan gula. 
3. Masukkan tomato dan lenyekkan sekaligus.
4. Letak garam dan ajinomoto untuk rasa. Siap! 

Mudah je nak buat sanggar pappek dan sambal tomat ni kan? Haa cuba jangan tak cuba okay! 

READ MORE

2.26.2017

Food Hunting : Places To Eat in Kuching



Kalau aku cakap a short trip mean it is really a short trip. I finally got a chance to visit Kuching city again after few years. First time datang Kuching masa tahun 2003 or 2004 agaknya. It has been a long time lah. Actually this was an unplanned trip. I was thinking hard about where to travel this year and suddenly Kuching crossed my mind. Bila survey tiket ngam ngam harga murah, I just bought it on the next day. I didn't discuss with my parents before purchasing them cause I'm afraid they won't let me go. So the only possible way to get the green-light from them is to buy it first. I'm pretty sure dad won't let me sia-siakan the ticket hehehe!

Omnomnomnomnomnom ~ 

Rasanya aku datang semata nak buat aktiviti food hunting dan menternak lemak tepu je. Tak banyak aktiviti lain yang aku buat sebab aku datang pun dalam 5 hari je. Jumpa anak buah Adam dan Naila tapi tu aku akan cerita dalam lain entri lah. Hiks.

* * * * * * * * * * 

First Thing To Get While in Kuching! 

gulalet kuching

Benda dalam gambar dekat atas ni memang dari kecik aku panggil gulalet. Kalau di Miri memang susah cari dan yang aku tahu di Kuching je banyak jual benda alah ni. Ni bukan sabut kelapa mahupun ubi, tapi gula okayyy. So sweeeeeeeet macam aku hahaha. Aku suka makan benda ni. Curious nak tahu macam mana dorang buat! Kalau dekat tempat lain aku tak pasti ada or tak. Mungkin ada nama berlainan dan rasa berbeza kot. Kalau tak pernah cuba, mesti wajib cuba okay :D


Best Places To Eat in Kuching! 

I don't really get a chance to eat at many restaurants on this short trip. Unless I have a big tummy tank, then I'm sure I can go food hunting more and eat nonstop! Aku kuat makan tapi aku cepat kenyang. Kalau dah kenyang tu sampai tak larat nak buat apa dah. Lol just kidding!

Pure Fish Ball Cafe

best places to eat in kuching
Gambar ni gambar ihsan pakcik google. Masa makan disini aku tak sempat nak snap gambar sebab terus makan je. Don't be surprised! Well, aku pun terkejut juga sebenarnya masa first time datang sini. Kedai cina kot. Tapi bila masuk dalam, wah, banyak jugak customer melayu rupanya. Nah, they don't serve pork. Masa dekat sini aku makan buttermilk chicken. Daebak lah. Simple tapi sedap! Harga makanan pun affordable okay! Kalau nak tengok gambar-gambar makanan dekat Pure Fish Ball Cafe ni boleh tengok dekat facebook page mereka (https://www.facebook.com/purefishballcafe/). But please don't blame me if your tummy go crazy when seeing the food photos!

Mom's Laksa @ Rojak Muhammad Kucei Cafe 

best places to eat in kuching

It has been said that laksa at Mom's Laksa is one of the best in Sarawak. Kinda lucky to get this chance to try this even I'm not really a fan of laksa heheh! I do love this one except for that daun ketumbar garnish on top of my laksa!!! Kalau aku tahu mereka guna daun tu, memang aku tak suruh letak lol. Sedap memang sedap. Harga kalau tak silap aku dalam RM5 or RM6 maybe. Lupa. But worth it la sebab rasa nang nyaman bah heh. Another thing that I tried here is the rojak. Tauk sik apa rojak?

best places to eat in kuching

Tadaaa! Ini adalah rojak kambing wahai rakan sekalian! Kalau siapa suka makan lamb memang patut cuba. Sedap bak hang! Aku makan ni on spot lepas makan laksa hahahaa. Memang sesi menternak lemak sangat! Makan sampai rasa nak termuntah sebab tummy terlampau full. Kalau untuk rojak kambing ni tak ada portion kecil. Yang ni size medium dan harga RM14.50 sepinggan. Ehem aku share dengan kawan okay. Kalau makan sorang rasanya aku dah terbaring dekat kedai tu lol. 

Aiskrim Gulapong at Kuching's Open Air Market 

best places to eat in kuching

I know this photo doesn't look fancy and meriah like other aiskrim gulapong. I was a bit frustrated too actually cause when I came there, the only option for the topping that I have is the crunchy cornflakes. Masa berbaris tu bukan main lagi aku plan nak letak everything which is the crunchy peanut and the cookies. Tapi sayang cuma ada encik cornflake yang tinggal keseorangan je masa tu. Hiks. The taste not bad sebab aiskrim vanilla tu tak manis sangat dan rasa gulapong drizzle tu pun dah gila manis. Tambah lagi aku yang makan memang double triple manis lah. Huhu. This place is among one of the best places in Kuching to have your gulapong icecream ok! Do check it out :D

Swee Kang Ais Kacang 

best places to eat in kuching

Kalau sebelum ni selalu tengok je orang post pasal Swee Kang, kali ni turn aku pulak nak rasa apa yang mereka serve dekat sana. I'm a fan of ABC cendol etc and bagi aku memang sedap lepak makan ais kacang dekat Swee Kang. Apa yang aku tahu kedai ni memang femes di Kuching! Makanan dalam gambar tu pulak namanya Cha Kueh. Masakan simple tapi tengok orang yang buat makanan ni busy yang amat which is maksudnya memang banyak orang order nak makan ni. Kedai bukak dari jam 12 tengahari sampai pukul 6 petang kalau tak silap. Kalau nak datang sini pastikan pukul 11 dah tunggu dekat depan kedai okay. Kalau datang lambat terpaksalah bawak kerusi dan meja sendiri dari rumah hohoho. 


Kak Pah Nasi Kerabu

best places to eat in kuching

At first aku tak nak makan nasi kerabu sebab tak berapa suka. But then lastnya termakan jugak. Pergi masa blackout dan hari memang dah gelap dah. But I'm quite surprised cause people be like ahhh-blackout-dont-care-yang-penting-dapat-makan-situ dan kami pun makan ala-ala candlelight dinner. Nak snap gambar pun dalam gelap. Nak pakai flash malu pulak hahaha. Aku makan nasi kerabu ayam percik. Yang lain-lain semua sedap but too bad ayam agak kering. Tapi makan tetap habis okay!!

Raja Ayam Bakar

best places to eat in kuching

Ni pulak salah satu tempat makan femes di Kuching. Raja ayam bakar!! Kalau datang Kuching mesti pergi sini okay. Kedai memang tersangatlah ramai orang tapi servis taklah terlampau lambat. Sambal memang perghh lahh! Overall semua okay cumaaaaaa, ayam tu a bit pahit yang bahagian luar maybe sebab hangus sikit kot. Haa bukan ini je menu yang ada okay. Ada banyak lagi pilihan lain yang boleh dicuba kalau datang sini. Masa tu ada tengok orang meja sebelah makan ayam penyet agaknya. Nampak wow gitu lorhhh. Insyallah kalau datang Kuching lagi next time nak cuba menu lain pulak.

Emma Bakso

best places to eat in kuching

Yang ni pulak first time aku makan bakso yang guna tiga jenis mee. Nak makan pun konfius hahaha. Selalu makan bakso guna mihun je. Lokasi kedai ni dekat area Semariang. Portion nampak sikit tapi kalau dah makan memang kenyang lah. Rasa pun not bad jugak. Kalau aku makan mee ada sup macam ni tak sah kalau tak letak kicap, limau dan cili barulah perghhhh! Aku tak pasti kalau kedai lain guna tiga jenis mee macam ni but kalau nak try boleh la ke kedai ni. Hihi.

* * * * * * * * * *

So that was all yang aku makan masa di Kuching haritu. Pada pendapat aku semua makanan yang aku mention dekat atas semua sedap. Belum ada lagi makanan yang buat aku marah. Actually ada banyak lagi tempat makan yang best. Cuma tak sempat nak agak je. Takkan nak keep on eating even perut dah kenyang kan? Ya bena rangkak namanya :P Anyway, I hope you enjoy reading this post. Don't miss out the places if you're heading to Kuching cityyy! Toddles ~ x

READ MORE

7.11.2016

Homemade Jajangmyeon, Kimchi and Yangnyeom Tongdak

Siapa suka makan makanan Korea? I have been watching so many Korean dramas lately and mostly semua dalam cerita Korea tu mereka ada makan mee yang hitam legam tu lols. Jajangmyeon namanya. I am wondering and curious macam mana agaknya rasa benda tu. Terliur jugak tengok mereka makan walaupun it's obvious mereka punya tak halalan toyyiban. Disebabkan teringin nak makan ala-ala orang Korea, aku pun Google lah resepi cara buat benda alah tu. Senang je nak buat rupanya.



Jajangmyeon ni adalah Korean Chinese cuisine. And in term of my own words, jajangmyeon ni adalah mee yang dicelur dan disiram dengan kuah pekat yang dibuat daripada black soybean paste sekaligus dengan dice porks and vegetables ataupun seafood. Since I am a Muslim, I changed the ingredients to chicken or daging sapi supaya halalan toyyiban semuanya.

Yang aku buat macam dalam gambar kat atas ni bahan aku guna cuma isi ayam, diced potato and diced carrot. Rasa jajangmyeon versi ni not too bad lah. I'm not sure rasa original dia. I cannot find any black soybean paste here so aku guna kicap pekat sesudu campur kicap manis sesudu. Then pandai kau lah godek flavor garam dengan gula. Nak pedas boleh tambah cili potong atau letak cili boh lebih. Rasa jajangmyeon ni masin + manis + pahit (mungkin sbb brand kicap pekat yg aku guna tapi sedap :D) + pedas. Aku dah buat dua kali. Kali kedua aku tak letak karot sebab aku tak suka. Disebabkan hitam legam, susah aku nak pilih mana isi ayam, mana kentang and mana karot hahaha. Asyik tertipu je. Oh ya. mee tu aku guna spaghetti. Rebus mcm biasa. Dah siap masak boleh lah makan guna chopstick and fefeeling macam orang Korea :D Resepi boleh je Google sendiri.


Next experiment aku adalah kimchi. Benda ni lagilah susah nak buat unless kau penah rasa original taste dia. Aku try buat guna half cabbage. Entah jadi ke tak aku pun tak tahu. Paste yang aku buat haritu ada rasa pedas dan manis. Tak perlu letak garam sebab kobis dah dilumur dengan garam selama 4 jam before campurkan semua bahan. Resepi aku cuba dari SINI. Tak sabar pulak nak rasa homemade kimchi buatan aku ni hahaha. Akibat terpengaruh tengok cerita Korea memang macam ni agaknya :P 



Ni pulak yangnyeom tongdak as known as korean fried chicken. Eksperimen ayam goreng ni lama dah aku buat. Banyak kali dah cuba dan memang sedap. Rasanya lebih kurang macam ayam masak merah tapi lain sikit lah. Ayam aku ni lupa letak sesame seed sebab tu nampak kurang menawan hahaha. Supposed to be spicy tapi tiap kali aku buat memang tak pernah pedas. Cili boh kurang menyengat kot. Kalau nak resepi boleh je google korean fried chicken maangchi. Aku tiru dari sana. 

Aku suka buat eksperimen makanan. Setakat ni cuma tiga je makanan Korea yang aku pernah buat. I will definitely try another Korean dishes next time! Cuma certain bahan susah nak cari dan mostly tak halal so rasanya the flavor memang kurang sama. Different ingredients will alter the taste! But still, not that bad lah. You should try jugak! Bibimbap aku pernah rasa and I like it. Tapi tu beli je. Sushi je aku pernah buat sendiri. Hiks.

So, nak tanya, apa makanan Korea yang korang pernah makan? Sedap atau tak? Kalau ada yang sedap meh la share sikit apa yang korang makan! :D

Toddles x 
READ MORE

1.23.2016

Recipe : Cauliflower Goreng Kampung

Have you ever tried cooking cauliflower goreng kampung? Heheh! Its actually an atkins diet menu that they substitute the rice to veggies. Texture that almost similar to rice. Warna pun putih. It was my first time trying to cook it. I took the recipe from google! Easy peasy je :D

cara buat nasi atkins
Nampak sedap or tak?


Kurang warna warni pulak dalam makanan ni kan. Sebenanrnya aku lupa letak sayur hijau. Nak letak bayam tapi bayam dah habis. Hews. Abaikan ikan bilis yang agak rentung tu hahaha. Walaupun tak berapa nak rentung, but hakikatnya ikan bilis tu pahit. But still it tastes better bila makan dengan cauliflower goreng kampung tu. Soooo, lets cekidaut the recipe! 

Bahan - Bahan :
✿ cauliflower depend berapa banyak (blend kasar/sagat)
✿ bawang merah
✿ bawang putih
✿ cili padi
✿ belacan (sikit je)
✿ telur
✿ isi ayam (potong dadu ke bulat ke segitiga ke pun bole)

Cara - Cara : 
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan.
2. Panas minyak dan tumis bahan yang ditumbuk.
3. Masukkan isi ayam dan tumis sampai masak.
4. Pecah telur dan kacau bagi rata.
5. Masukkan kesemua cauliflower yang dah kena blend.
6. Bagi perasa dan gaul sebati. Then dah siap boleh makan terus!
7. Nak rasa sedap sikit boleh makan dengan ikan bilis :D

Haa senang je kan? Tutup mata pun boleh buat :D Minggu ni sebenarnya aku cuba nak buat atkins diet. Tiap pagi aku makan telur. Telur putih je. Kuning aku buang. But sadly bila dah tengahhari aku kecundang juaaaa. Huaa. Atkins diet ni tak boleh ambik carbs lebih dari 20g sehari. Aku minum susu anlene tiap hari. Satu kotak anlene dah 10g carbs tskkk. Lagi 10g tinggal so aku kena hati hati supaya tak overdose. Insyaallah hari isnin start lagi. Mudahan aku cekal dan tabah untuk katakan tidak pada makanan hiks. :D

x
READ MORE

1.11.2016

Recipe : Ayam Percik

Hari ni main masak masak. Konon nak berdiet. Tapi tak tertahan godaan ayam percik buatan sendiri. Hahaks. It was my second try buat ayam percik. Dulu ikut resipi chefwan. Tadi ikut resipi yang dikutip dari google. Mudah je nak masak sekarang. Google je resipi terus macam macam yang keluar. Kalau ada yang tak pandai masak lagi tu aku tak tau lah. Kemalasan tahap apa tu? Hihihi.

cara buat ayam percik
ayam percik style aku yang umphhh :P

Well aku tau tak nampak macam ayam percik. Kawan aku cakap macam rendang ayam. But seriously itu ayam percik okay!! Terlebih apa entah sebab aku main campak je bahan yang ada. Kenapa tak jadi kuah putih ye? Dah macam tempoyak pun ada aku tengok. Insyallah esok aku akan cuba lagi sebab ada request dari big boss yang nak makan hihihi. 

Nowww.. Lets cekidaut the recipes! 

Bahan - Bahan :

✿ 2 Ketul Paha Ayam
✿ 1 Kotak Santan (guna separuh atau main agak je)
✿ Bawang Merah
✿ Halia (tak perlu banyak kot sebab aku letak sikit je)
✿ Kunyit Hidup (pun letak sikit je)
✿ Serai
✿ Cili Padi (letak banyak kalau nak pedas)
✿ Cili Boh (sesudu pun cukup)
✿ Buah Keras (taktau apa fungsi benda ni tapi aku letak 2 biji)

Kesemua bahan di atas di blend sekaligus okay. As you can see, aku tak letak berapa banyak bahan tu sebab aku main agak main campak ikut suka hati je hehehee. Yang penting kena konfiden!

Cara - Cara :

1. Panaskan sedikit minyak dan campak serai dan tumis sampai naik bau.
2. Tuang kesemua bahan yang dikisar dan masak sampai pecah minyak.
3. Letak asam keping 2 keping dan keluarkan lepas beberapa minit.
4. Seasoning (garam, gula & ajinomoto. aku letak lada hitam sikit.)
5. Campak ayam dan gaul rata. Biarkan sampai ayam masak atau half cooked.
6. Letak ayam dalam dulang dan bakar dalam oven. (sampai hangus sikit pun bole :P)
7. Lebihan kuah boleh masak sampai pekat.
8. Once ayam dah masak, tuang kuah as kuah ayam lols x'D *ape niiii

Ayam dah masak dah siap sesi photography then boleh lah dimakan dan dilahap sampai licin. Hew. Actually masa aku bakar ayam tu tadi aku nak ayam tu hangus sikit. Tapi lama aku tunggu tak pandai hangus pulak. So end up dah garing sikit aku keluarkan dari oven, garnish guna daun sup yang dah layu, sesi photography jap then terus ngappp. Diet pun hancus. Huhuhuu.

resepi ayam percik
Sedap walaupun resipi mudah je. Hiks. Cooking skill level up satu bar x'D

Till here then! Enjoy cooking and toddles! ~

x
READ MORE

12.20.2015

Recipe : Mushroom Fettucine Carbonara

Im not really an expert in cooking even though I was a culinary student back then. But yeah, with little skill that I have, I still can cook an edible foods ikut selera tekak aku. Simple but boleh dikatakan sedap :P (of course lah puji makanan sendiri kan huhu). Now I want to share quite simple recipe for Mushroom Fettucine Carbonara. Easy peasy as lemon squeezy! 

fettucine carbonara recipe
Nampak sedap ke tak? Hiks. Lets start! 

Bahan - Bahan :
✿ 1 Bungkus Pasta Fettucine (direbus)
✿ 1 Kotak Full Cream Milk
✿ 1 Tin Sos Prego Carbonara Mushroom
✿ Chesdale (ikut suka banyak mana / nak guna cheese lain pun boleh)
✿ 1 Tin Button Mushroom (dihiris)
✿ Bawang Besar (ikut suka banyak mana / dicincang)
✿ Bawang Putih (2 ulas / dicincang)
✿ Isi Ayam (ikut suka banyak mana / dicincang boleh, nak hiris pun boleh)
✿ Salt & Pepper 

Cara - Cara :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan isi ayam yang dah dicincang. Kacau sehingga masak.
3. Masukkan button mushroom yang dah dihiris dan kacau sekejap.
4. Kemudian tuang sos prego kesemuanya dan gaul rata.
5. Masukkan susu full cream. Agak agak je. Setengah kotak pun cukup.
6. Masukkan beberapa keping chesdale ikut suka. Letak banyak nanti kuah pasta akan pekat.
7. Letak garam dan lada sulah secukup rasa.
8. Kacau rata dan pastikan semua chesdale dah cair.
9. Kalau rasa dah sedap, dah boleh makan terus. :P

Kuah dah siap bolehlah makan dengan pasta yang dah direbus. For decoration boleh letak oregano. Saya guna oregano dan daun sup untuk hiasan semata-mata. For ingredients I think you can put anything you want kot ikut sedap tekak sendiri. Hihihi.

x


READ MORE